Thursday

Info Panas dari Orang Bank WHY loan rumah ditolak !!!

Saya yang berkerja di Bank ada beberapa cadangan sebelum anda berkira-kira untuk membeli rumah. Cadangan seperti berikut.


1. Biasanya Bank akan memberi pinjaman kepada siapa yang mampu dari segi kewangan. Cuba anda kira berapakah hutang anda yang sedia ada. Ini termasuk hutang kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan. Hutang anda yang sedia ada dan dicampur dengan hutang yang baru tidak boleh melebihi 50%.


2. Cuba anda pergi ke Bank Negara untuk menyemak kedudukan hutang anda (CCRIS) untuk melihat sama ada anda layak untuk membuat pinjaman baru. Biasanya rekod kewangan anda tercatat dalam maklumat Bank Negara.


3. Cuba semak rekod CTOS anda. Biasanya kita tidak sedar kita mempunyai rekod CTOS. Kebanyankkan pelanggan saya tidak tahu mereka mempunyai CTOS.


4. Satu lagi perkara yang penting bagi pihak Bank untuk melulusakan pinjaman anda ialah dimanakah anda bekerja, berapa lamakah anda bekerja. Faktor pengalaman bekerja amat dititikberatkan oleh pihak Bank. Jika anda berkerja di sektor Kerajaan atau di syarikat-syakit besar biasanya pihak Bank tidak keberatan meluluskan pinjaman anda. Ini kerana mengambil kira faktor kewangan dan kestabilan sesebuah organisasi.


5. Kawasan manakah rumah yang anda ingin beli?. Kebanyakkan pinjaman perumahan ditolak kerana rumah yang anda ingin beli terletak dikawasan yang kurang permintaan, Pemaju yang mempunyai rekod “senarai hitam” & kawasan dimana terdapat banyak rumah yang dilelong.



Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: