Wednesday

Kondomium Di Kuala Lumpur Catat Prestasi Jualan Kukuh

Kondomium Di Kuala Lumpur Catat Prestasi Jualan Kukuh


Kadar belian kondominium di kawasan utama di Kuala Lumpur pada suku pertama 2011 mencatatkan angka memberangsangkan iaitu antara 65 peratus dan 88 peratus, kata pengerusi eksekutif CB Richard Ellis Malaysia Christopher Boyd.

Katanya kawasan utama yang menarik perhatian ialah Mont Kiara, Ampang Hilir, daerah pusat perniagaan Kuala Lumpur, KLCC, Bukit Tunku, U-thant dan Bangsar.

“Minat telah meningkat ketara kerana pembeli mahu membeli harta untuk pelaburan dan mereka boleh mendapat harta berkualiti di sini dengan harga yang rendah,” kata Boyd ketika membentangkan kertas mengenai pasaran harta di Kuala Lumpur pada forum “Melabur di Malaysia, Melabur di Kuala Lumpur” yang diadakan di sini Sabtu.

Forum setengah hari yang dianjurkan Eastern & Oriental Bhd, dihadiri kira-kira 30 bakal pembeli.

Boyd berkata projek-projek mewah di Kuala Lumpur telah melihat pulangan yang menggalakkan dengan purata kutipan sewa sebanyak enam peratus.

“Nilai kondominium agak stabil semenjak 2009 di sebalik peningkatan ketara harga tanah dan kos pembinaan.

“Nilai harta tanah bagaimanapun telah melonjak tinggi berikutan kekurangan bekalan sementara. Kini, kondominium di pusat bandar mula kelihatan murah menurut perbandingan,” katanya.

– BERNAMA


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: