Thursday

Mengapa Nak Berniaga?


Assalamualaikum,

Ni cerita yang saya dapat dari salah satu laman web yang saya suka.

Cerita agak panjang...tetapi penuh pengisian. Tu yang saya nak kongsi ni

Pada zaman Nabi Muhamad, banyak sahabatnya yang kaya raya sebab berniaga seperti Abu Bakar dan ramai lagi.
Nabi idak menghalang kita menjadi kaya dengan berniaga. Yang pentung matlamat / tujuan berniaga tu.

Kenapa? Why?

Kisahnya bermula di sini---

Pada mulanya, saya hanya berniaga secara sambil-sambilan sahaja. Matlamat utama saya, adalah sebab “nak cari duit lebih untuk perbelanjaan kahwin”.

Alhamdulillah.. selepas berusaha lebih kurang setahun… saya pun berjaya meng”kahwin”kan diri ( Best woo kahwin! ).

Setelah berjaya kahwin… momentum untuk berniaga menjadi sedikit kurang… (Yer la, sudah tidak ada apa lagi yang mahu dikejarkan)… Namun begitu, saya masih lagi teruskan perniagaan yang sudah pun dilakukan.

Hinggalah sampai satu tahap di dalam kehidupan, dimana, tanggungjawab semakin bertambah (dah ada anak) , bebanan & kedudukan kewangan menjadi sedikit tergugat (duit cukup-cukup je sampai hujung bulan).…

Ianya menyuntik sedikit semangat untuk saya berusaha lebih gigih di dalam mencari punca pendapatan untuk keluarga.. Jadi, saya terus berusaha dengan mengembangkan lagi perniagaan saya..

Kali ini, jika ditanya …. ”Mengapa saya berniaga?”, dengan pantas saya akan jawab.. “Sebab saya nak jadi kaya! Nak bebas kewangan!” (Tension woo memikirkan perihal duit yang asyik cukup-cukup je setiap bulan!)

Tiga tahun berlalu.. Alhamdulilah.. saya betul-betul bebas kewangan… saya sudah tidak perlu lagi terlalu memikirkan tentang duit setiap bulan.. dan ianya sekaligus membawa maksud, saya sudah tidak perlu lagi bekerja!…

Jadi, saya pun berhenti kerja. (Yerla.. dah kaya, buat per nak kerja lagi? Cis!)

Selepas itu, saya tercari-cari tujuan & hala tuju yang baru…“Mengapa saya berniaga?”

Kali ini, saya agak sukar mencari jawapan yang kukuh mengapa saya perlu terus berniaga… jadi, momentum & motivasi menjadi semakin kurang…. semakin hari semakin kurang.. kurang dan kurang…

Saya terus berfikir, berfikir dan berfikir.. mencari-cari sebab dan alasan….. “Mengapa saya perlu berniaga? Why? Why? Why?”…

Kemudian, saya teringat cita-cita saya sewaktu kecil… iaitu ingin berjasa kepada kedua orang tua saya yang telah banyak bersusah payah, melahir, mendidik, menjaga dan memberikan segala-galanya kepada saya selama ini. (Janji sudah ditepati, kini masa untuk membalas budi~~~ Hah?)

Jadi, saya mendapat inspirasi baru… “Berniaga untuk membalas budi ibu-bapa serta keluarga!…”

Maka saya pun meneruskan perniagaan saya… berniaga.. berniaga dan berniaga….(Alhamdulilah.. Banyaklah juga duit dapat dikirimkan ke kampung untuk orang tua..)

Sehinggalah pada 13 April 2009.. Hari bapa saya kembali ke Rahmattullah…(Al-Fatihah buat beliau). Saya berasa sangat sedih…  pemergiaan beliau, telah turut membawa pergi segala motivasi & semangat saya untuk terus berniaga….

Ianya membuatkan saya sedikit hilang arah & halatuju…

Hampir 3 tahun, saya tercari-cari semula halatuju, motivasi dan inspirasi… “Mengapa? Mengapa saya perlu berniaga?”.

Dalam tempoh itu, perniagaan yang ada.. tetap saya teruskan, kali ini, saya berniaga hanyalah disebabkan untuk memenuhi keperluan hidup… untuk makan, untuk pakaian, dan lain-lain keperluan hidup. Pendek kata, saya berniaga adalah untuk terus hidup. (Lebih kurang macam slogan.. makan untuk hidup!)

Perkara ini berterusan…. sehinggalah peristiwa mendengar ceramah di radio (yang saya ceritakan pada entry sebelum ini). Ianya benar-benar menjadi titik perubahan (“turning point”) di dalam hidup saya.

Ianya memberikan saya satu insipirasi baru untuk saya terus berniaga.

Ianya memberikan saya kesedaran tentang…  lillahhitaala (kerana Allah).
Iaitu melakukan sesuatu, semata-mata kerana Allah.

Ianya satu perkataan yang seringkali kita sebut setiap hari, masa niat sembahyang sebut, masa niat puasa sebut, namun amat jarang sekali untuk kita fahami maksudnya dengan mendalam.

Saya tersedar… segala perbuataan yang kita lakukan dan kerjakan di dunia ini, pada akhir-akhirnya.. ia sebenarnya akan kembali kepada Allah juga akhirnya…

Contohnya?..

Mengapa saya berniaga?

Saya berniaga untuk mencari rezeki untuk keluarga..

Kenapa kena cari rezeki untuk keluarga?

Kerana ianya adalah amanah yang Allah berikan kepada saya, keluarga (isteri & anak-anak) adalah satu “kelebihan/kurniaan” yang Allah pinjamkan kepada saya. Apabila sudah diberi “pinjam”, maka saya perlulah menjaga ia dengan penuh rasa amanah. Perlu ditunaikan hak-hak keatasnya. Jangan dirosakkan ia dan jangan gunakan ia untuk merosakkan hidup kita. Tetapi, ia perlu digunakan sebaik mungkin untuk membolehkan saya mencari dan menambah lebih banyak pahala.

Kenapa kena cari pahala?

Sebab, itulah matlamat hidup kita didunia ini.  Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, kehidupan akhirat kekal abadi. Satu-satunya perkara yang boleh kita bawa sebagai bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak, ialah pahala!

Segala-gala yang ada di dalam hidup kita ini.. sebenarnya adalah satu “pinjaman”..

Kekayaan, kejayaan, kebahagian, kesihatan, harta, perniagaan, pekerjaan, keluarga.. semuanya adalah “kelebihan/kemudahan yang dipinjamkan” oleh Allah.

Jadi, apabila sudah namanya “pinjam”, maka, ada 2 perkara yang dilakukan..

1. Jaga  ”pinjaman” tersebut dengan baik (jangan dirosakkan = keluarga jangan diabaikan, kesihatan, kekayaan perlu dijaga & diguna). Ianya adalah suatu amanah.
2. Gunakan ia dengan sebaik mungkin (untuk menambah pahala).

Jadi, amatlah rugi jika segala “kurniaan/kelebihan & kemudahan” yang Allah pinjamkan kepada kita di dunia ini, tidak kita gunakan ia untuk menjana pahala.

Ringkasnya kini, saya telah menemui satu inspirasi yang baru… jika ditanya.. “Mengapa saya berniaga?”..

Dengan yakin saya menjawab.. “lillahhitaala (kerana Allah)…”

Hakikatnya, buatlah apa-apa pun perkara di dunia ini… berniaga ke?, bekerja ke?, belajar ke? berceramah ke? jadi penyanyi ke? jadi tukang masak ke? jadi pelabur hartanah ke? semuanya itu, adalah  satu anugerah/kelebihan yang Allah pinjamkan kepada kita buat sementara waktu untuk kehidupan di dunia ini. Jagalah “amanah” itu dan gunakanlah ia sebaik mungkin untuk menghasilkan pahala sebanyak yang mungkin untuk kehidupan di akhirat kelak.

Sekian, wassalam….

“Inna solati wanusuki wamah yaya, wamamati lillahi robbil alamin…”
(“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah semata-mata..” )

Aminnn….

No comments: