Tuesday

Informasi Kesihatan - Cuaca Panas

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia.
Kesan terhadap kesihatan boleh terjadi daripada tahap sederhana
(mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba.

Golongan berisiko menjadi mangsa cuaca panas:-

1. Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang,
   ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain
2. Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda)
3. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
4. Penghidap penyakit sistem pernafasan
5. Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Anda Perlu:-

1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal
   yang anda lakukan. JANGAN tunggu sehingga anda dahaga
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
3. Sebolehnya berada di dalam rumah/bangunan
4. Hadkan aktiviti luar
5. Kerap berehat
6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar
8. Pakai topi atau payung yang besar


Elakkan:-

1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup
3. Bersenam dalam cuaca panas


Klik pada gambar untuk info lengkap 
Informasi Kesihatan Cuaca Panas

Informasi Kesihatan Cuaca Panas

--

No comments: