Tuesday

Rezeki, rezeki, rezeki























Kali ini saya nak berbicara tentang rezeki.

Mungkin ramai yang melihat rezeki itu hanya pada
wang ringgit, makanan dan minum, serta pangkat...

Sebenarnya bukan itu sahaja...rezeki itu amat luas
pengertiannya.

Contohnya hari ini, kita masih dapat bernafas dan
menghirup udara yang nyaman, dikurniakan tubuh badan
yang sihat, dikurniakan cahaya mata dan anak-anak,
idea dan fikiran yang lapang dan pelbagai lagi juga
adalah satu rezeki yang patut kita syukuri...

Sebenarnya rezeki kita telah ada dan telah ditetapkan
oleh yang Maha Esa, cuma kita perlu usaha dan dapatkannya
sahaja.

Jika apa yang kita usahakan tak berjaya, usaha lagi...
jangan putus asa...sampai berjaya!

Jika kita masih belum berjaya, mungkin ianya bukan
rezeki kita di situ...mungkin rezeki kita di tempat
lain..dengan cara yang lain...

Usaha lagi dengan cara yang lain pula kejayaan sedang
menanti kita di sana!

InsyaAllah jika kita redha dan percaya dengan ketentuanNYA, motivasi dan usaha hidup kita akan terus meningkat!

Jadi, dalam apa jua yang kita usahakan, percayalah rezeki
kita tetap ada! Jangan putus asa!

Saranan saya mulai hari ini, tingkatkan usaha dalam apa jua
yang kita usahakan dan jangan sesekali putus asa!

Semoga berjaya!

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: