Wednesday

Bilionair juga berjimat cermat! Oleh: Irfan Khairi

Terkejut apabila saya terbaca berita di Internet mengatakan antara orang terkaya di dunia hidup berjimat cermat.

· Pemilik Wal-Mart, antara pasaraya terbesar di US, Jim Walton, hanya membawa kereta nya yang berumur 15 tahun ke kerja.

· Ingvar Kamprad, pemilik Ikea di Sweden membawa kereta Volvo berumur 15 tahun, terbang menaiki kelas ekonomi sahaja, dan makan di restoran-restoran murah

· Warren Buffet, billionaire terkenal dan antara orang terkaya di dunia, tinggal di rumahnya yang dibeli pada harga US31,000 sejak 50 tahun lalu!

· Azim Premji, Tycoon perniagaan dari India hanya membawa kereta Toyota Corolla

· Billionaire John Caudwell and David Cheriton pilih untuk memotong sendiri di rumah sahaja tanpa pergi kedai gunting rambut mahal.

Dapatkan role model dalam bidang kewangan. Ia tidak semestinya orang yang anda kenali, seperti ikon di TV, ataupun orang yang anda kenali, jiran, rakan sekerja atau ahli keluarga. Billionaire seperti Warren Buffet menjalankan hidup secara sederhana. Ini boleh menjadi role model kewangan kita.


Ataupun anda mempunyai pakcik yang menjalankan perniagaan yang berjaya tetapi hidup sederhana bersama keluarga. Atau anda mengenali seorang CEO syarikat besar, tetapi tetap merendah diri dari segi kewangan.


Tan Sri Mokhtar Bukhari adalah role model yang hebat, sebagai bumiputera terkaya di Malaysia, tetap menderma berjuta RM dibawah Yayasan Al Bukhari untuk mereka yang kurang bernasib baik.


Dapatkan role model (tidak semestinya seorang sahaja) dan ikuti tabiat kewangan mereka. Manusia mudah belajar daripada melihat manusia yang lain. Kuncinya adalah, pastikan role model yang dipilih adalah role model yang betul!

ps: Teringat saya lagu 'Bilionaire' nyanyian Bruno Mars! ;)


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: