Thursday

Lakukan apa yang orang lain tak lakukan



ARTIKEL PILIHAN: Lakukan apa yang orang lain tak lakukan
Ramai yang berjaya kini sering berfikir melawan arus. Maksudnya, melakukan perkara di mana ramai orang lain tidak lakukan. Teringat satu kisah dalam sejarah sukan olimpik, sebelum tahun 1968, dalam acara lompat tinggi, atlit lompat tinggi akan berlari menghampiri galah dan lompat dengan badan kedepan. Ianya sehingga Dick Fosbury tergerak untuk mencuba lompat tinggi dengan cara membelakangkan badan pada galah tersebut, dan berjaya melompat lebih daripada 1 kaki dengan cara konvensional pada ketika itu (badan berhadapan dengan galah)!

Sehingga kini, gaya lompatan Dick Fosbury adalah cara konvensional.
Apa yang terjadi? Atlit Dick Fosbury mengenakan pemikiran bukan konvensional- fakir melawan arus. Bahasa kini, kita sering kaitkan dengan istilah "fikir di luar kotak". Juga kisah seorang pemuda bernama George Eastman berhenti dari kerja makan gaji di sebuah bank, dan memulakan perniagaan foto. Beliau menamakan perniagaannya KODAK.

Pada zaman itu, ianya adalah amat pelik untuk menamakan perniagaan dengan nama yang tidak mempunyai maksud. Idea Eastmen ditertawakan oleh ramai orang "Apa itu KODAK?" kata mereka.
Kini, lebih 200 tahun kemudian, "KODAK" adalah nama yang diketahui ramai! Sebagai manusia, kita takut melawan arus. Kita akan sering fikir, apakah orang akan kata kepada kita? Adakah kita akan ditertawakan orang lain? Sekiranya orang lain tak buat, aku pun tak buat! Dan seribu satu lagi fikiran bermain di minda. Sebab utama seseorang tidak berjaya adalah "Takut kepada kegagalan". Kegagalan yang dimaksudkan juga adalah "kegagalan" dari segi gagal menangani fikiran-fikiran negatif "Apa orang kata" sekiranya kita melakukan sesuatu yang kreatif dan inovatif, di mana orang lain tidak pernah lakukan. Pernahkah anda mempunyai satu idea perniagaan atau ciptaan yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah? Tetapi, anda tidak melakukan apa-apa oleh kerana idea tersebut belum ada orang lakukan. Anda akan rasa takut untuk berkongsi idea tersebut, apatah lagi memulakan idea tersebut.

Apa yang terjadi? Beberapa bulan kemudian, anda terlihat idea perniagaan atau penciptaan yang anda fikirkan tersebut menjadi kenyataan- tetapi dilakukan oleh orang lain! Bukan anda! Oleh kerana, orang lain tersebut, tidak takut melawan arus! Mereka tidak takut melakukan apa yang orang lain tidak lakukan. Berfikir sebaliknya terjadi apabila kita ingin melakukan kesemuanya dengan betul. Disitulah masalahnya. Sekiranya kita berfikir dengan cara yang betul dan "straight forward", begitu juga dengan orang-orang lain. Satu nasihat adalah, jangan takut sekiranya kita salah dan idea tidak menjadi. Ianya lebih baik menyesal kerana idea yang kita lakukan tidak menjadi, berbanding dengan menyesal kerana kita tidak lakukan apa apa.

Sebagai seorang motivator perniagaan, saya sering didatangani peserta yang mempunyai pelbagai idea perniagaan. Kebanyakan yang tidak memulakan idea perniagaan mereka dengan alasan, ianya belum lagi sempurna (not perfect). Nasihat saya dari dulu hingga kini adalah untuk mulakan juga, tidak semestinya sempurna. Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu dan takut ianya tidak sempurna, ianya tidak akan jadi sempurna.

Langkah baik adalah untuk mulakan sahaja, dan perbaiki keadaan dalam perjalanan anda. Jangan tunggu kesempurnaan oleh kerana, sempurna pada diri anda, tidak semestinya sempurna pada mata orang lain. Fikir sebaliknya, tiada maksudnya "sempurna"!


Sekiranya anda hanya mengambil satu sahaja iktibar melalui artikel ini, ianya adalah: hidup anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikir sebaliknya, dan anda akan mendapat perspektif yang baru!


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: