Wednesday

Bersama Azlina Abdul Rahim: Menghadapi Masalah Kewangan



Adakah ketika ini anda mengalami masalah kewangan? Dengan izin ALLAH pasti ada jalan penyelesaiannya. Seperti yang kita ketahui setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.


Melalui melalui artikel ini, saya ingin berkongsi tentang kaedah bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan. Jika ketika ini anda mengalami masalah kewangan dan anda benar-benar memerlukan wang , anda hanya perlu melakukan satu perkara iaitu satu perkara yang sering dilakukan dan masih dilakukan oleh orang yang paling kaya di dunia ini.

Ianya adalah satu perkara dan tindakan yang dijamin 100 peratus dapat menyelesaikan masalah kewangan anda tetapi kebanyakan orang amat takut untuk melakukannya.


Apakah perkara itu? Jawapannya ialah berikan wang. Ya, memberikan wang atau bersedekah adalah solusi atau penyelesai masalah kewangan anda.

Jangan berikan wang anda kerana mengharapkan balasan dari si penerima tetapi berikanlah dengan penuh kesedaran bahawa wang itu akan kembali kepada anda dengan lebih banyak lagi dari sumber yang pelbagai.


Walaupun rumus matematik mengatakan bahawa untuk memperbanyak apa yang anda miliki adalah dengan cara menambahnya, bukan menguranginya, Tetapi rumus sedekah pula berbeza,dimana setiap wang yang anda keluarkan untuk bersedekah , anda akan memperolehi 10 kali ganda dari apa yang anda keluarkan.
Jadi jika anda mengeluarkan RM10 untuk bersedekah, pasti wang anda akan bertambah kepada 10 kali ganda iaitu RM100.

Rumus rezeki mengajar bahawa hidup ini haruslah sentiasa memberi. Dengan memberi ianya akan memberikan manfaat kepada orang lain. Dengan memberi anda membantu memperbaiki kehidupan orang lain, maka ALLAH pasti akan memberikan ganjaran kepada anda dengan memperbaiki hidup anda .

Jadi janganlah khuatir akan kekurangan.
Semakin besar ketulusan yang anda berikan, makin banyak pula pintu rezeki yang akan terbuka untuk anda. Itulah hukum alam atau sunnatullah yang pasti terjamin dan tidak akan berubah.

Penyumbang: Azlina Abdul Rahim


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

No comments: