Friday

Pesanan keselamatan sebelum pulang bercuti sempena Hari Raya Aidiladha 2011

Tips Keselamatan sebelum meninggalkan pejabat:-

1. Sila kemaskan ruang peribadi anda di pejabat, simpankan semua fail – fail, dokumen – dokumen penting, peralatan bengkel dan alat ganti di tempat yang selamat.
2. Sila pastikan tiada barang yang berharga ditinggalkan di tempat kerja seperti wang tunai, komputer riba, peralatan IT atau elektronik yang lain dan barang kemas.
3. Sila tutup semua suis dan cabut plug komputer di tempat kerja anda.
4. Sila lakukan aktiviti 5 S di tempat kerja anda dan pastikan bakul sampah peribadi di kosongkan sebelum pulang ke rumah.
5. Kepada orang yang terakhir meninggalkan pejabat, sila pastikan semua suis lampu di pejabat anda ditutup dan semua pintu dan tingkap tertutup rapi.

Tips keselamatan sebelum meninggalkan rumah

1. Matikan suis dan cabut semua plug peralatan eletrik yang tidak digunakan.
2. Tutup dan cabut kepala paip gas di dapur.
3. Pastikan semua pintu dikunci sebelum meninggalkan rumah.
4. Maklumkan kepada jiran anda yang tidak pulang ke kampung.
5. Hubungi balai polis terdekat dengan menyatakan alamat rumah anda dan tempoh anda pulang ke kampung.
6. Untuk maklumat lanjut, sila layari:- http://www.rakancop.net/
Tips keselamatan jalan raya

1. Rancang perjalanan anda dengan bijak.
2. Sila dapatkan maklumat semasa dari pihak berkuasa dan pihak konsesi lebuhraya melalui media massa.
3. Lakukan penyelenggaraan rapi dan pemeriksaan keselamatan pada kenderaan anda supaya ia dalam keadaaan yang selamat.
4. Berehat sejenak jika kepenatan semasa dalam perjalanan dan amalkan pemanduan yang berhemah.


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

No comments: