Tuesday

Perkenalkan sistem pajak rumah


RAKYAT terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar memerlukan penginapan yang selesa dan mampu dibayar setiap bulan.
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Syarikat-syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu membantu kerajaan menangani isu lonjakan harga rumah yang mendadak ketika ini yang menyebabkan ramai kalangan rakyat tidak mampu memilikinya.

Seorang bekas jurutera awam yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang hartanah, Sharuddin Shaari mencadangkan GLIC dan GLC untuk mengkaji menggunakan skim anuiti yang menghentikan penjualan rumah, sebaliknya memberi pajakan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Beliau yang sedang membuat kajian mengenai perkara itu berkata, projek tersebut perlu dijayakan oleh GLC seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd. (PNB), syarikat-syarikat kemajuan negeri dan majlis agama negeri yang boleh bertindak sebagai pemaju.

Jelas Sharuddin, menerusi skim tersebut, rumah-rumah yang dibina akan dipajak kepada golongan yang memerlukan sehingga akhir hayat mereka pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding membeli atau menyewa rumah.

"Tidak perlu bina dan jual lagi sebaliknya mereka bina dan pajak supaya golongan bawahan ini mampu tinggal di kediaman yang lebih selesa, binalah rumah tersebut di kawasan yang hampir dengan tempat kerja supaya mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk kos pengangkutan pula.

"Mereka (GLC dan GLIC) ini perlu sedar, mereka ditubuhkan bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya menyumbang kepada masyarakat, malah menerusi skim ini, mereka tidak akan rugi kerana rumah dan tanah tersebut menjadi aset mereka sampai bila-bila.

"Manakala golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula tidak lagi terbeban dengan hutang pembiayaan rumah yang tinggi selama berpuluh-puluh tahun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Sharuddin, pemaju boleh mengenakan bayaran pajakan yang berpatutan dan pastinya lebih rendah berbanding dengan pembayaran pembiayaan rumah yang ada sekarang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bayaran pajakan itu mungkin boleh disalurkan kepada dua tabung di mana sebahagiannya untuk tujuan penyelenggaraan, pengurusan dan sebagainya, manakala sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan.

Beliau mencadangkan, apabila penyewa mencapai usia persaraan, mereka tidak lagi perlu membayar yuran pajakan, sebaliknya menerima pencen atau dividen secara bulanan hasil daripada tabung pelaburan tadi.

Ini menurut Sharuddin, secara tidak langsung membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk tinggal di kediaman yang lebih selesa, selain mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih banyak sehingga akhir hayat mereka.

"Ia sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pemaju kerana rumah tersebut adalah aset mereka, malah bayaran pajakan yang diterima setiap bulan boleh digunakan untuk tujuan pelaburan lain, faedahnya hanya akan dibayar apabila penyewa mencapai usia persaraan," katanya lagi.

Menyentuh mengenai harga tanah terutama di kawasan bandar besar yang dikatakan antara punca lonjakan harga rumah, Sharuddin berkata, skim tersebut boleh dijalankan di atas tanah kerajaan, mahupun tanah wakaf.

"Bagi majlis agama negeri, terdapat banyak tanah wakaf terbiar, mereka boleh bangunkan projek ini menggunakan wang zakat dan ia tidak menyalahi hukum kerana rumah-rumah tersebut tidak akan dijual sebaliknya hanya dipajak, " katanya.

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom Google PageRank
Checking tool

No comments: