Tuesday

Cara Membeli Rumah Baru

Cara Membeli Rumah Baru

Cara Membeli Rumah Baru

Ramai yang bertanya bagaimana cara membeli rumah baru, biar saya kongsikan sedikit ilmu yang saya tahu. Lebih baik saya tulis dalam bentuk point supaya mudah dibaca.

  1.  Kita mesti tahu kawasan yang hendak di beli. Kalau boleh survey kawasan itu pada waktu siang dan pada waktu malam. Lihat pada keadaan traffik ke tempat itu pada waktu pagi dan malam. 
  2.  Lihat bakal jiran yang kita akan berkawan nanti. Bagi orang islam, boleh la solat berjemaah di masjid yang anda bakal duduk dan bertegur sapa untuk mengenali secara kasar penduduk di situ. Bila rasa sudah selesa, barulah kita cari rumah yang bersesuaian di tempat tersebut.
  3.  Jangan lupa lihat kemudahan awam yang ada di situ seperti klinik, hospital, LRT, MRT, pasaraya, kedai-kedai makan supaya kalau anak tidak sihat ke, mudah untuk pergi klinik
  4.  Ok, tip 1 hingga 3 lebih kepada kawasan persekitaran rumah yang anda bakal beli. Tapi tip 4 dan seterusnya adalah lebih kepada tip kewangan untuk beli rumah. Pergi ke bank terdekat dan bawa dokumen untuk apply loan untuk mengetahui kelayakan anda membeli rumah. Contohnya: (bank akan kira termasuk komitment) Gaji RM4000 - kereta (RM800) - dan lain-lain. Bank akan beritahu, rumah yang harga mana anda layak beli. Jika anda sudah tahu itu. Katakan anda layak membeli rumah harga RM500,000. Kerja anda lebih mudah, anda cuma cari rumah dengan harga tersebut. dan bank akan mudah meluluskan permohonan pinjaman anda.
  5.  Untuk mengetahui interest bank terkini, download apps iMoney Home Loan Calculator untuk hampir semua bank di Malaysia.
  6.  Pastikan anda sudah ada 10% (down payment) + 5% (legal fees). Kenapa saya cakap 15%, kerana untuk memudahkan kira kos yang anda akan keluarkan membeli rumah baru. Ada tanya, boleh tak keluarkan kwsp. Jawapannya Boleh. Namun kebanyakkan kes anda perlu keluarkan duit simpanan anda sendiri. Ok tu serba sedikit pasal kewangan.
  7.  Di mana nak cari rumah? Ini kita boleh cari di mudah.my, iproperty, thinkproperty atau anda ada kawan agen hartanah. Tanya lah kepada mereka, mana tahu mereka ada rumah impian anda.
  8.  Last sekali, site visit. Jangan biarkan agen atau isteri atau kawan lihat rumah tu. Dan dia kata cantik sedangkan anda tidak pergi melihatnya sendiri. Ini rumah yang anda akan duduk di dalamnya selama anda mahu. Anda harus pergi site visit sendiri. Apa bila anda telah berpuas hati dengan keadaan rumah itu. Baru la anda teruskan hajat untuk meminang rumah tersebut. Hehehe
  9.  Tapi kalau anda nak tahu cara membeli rumah dari pemaju. Anda boleh baca sini
Kalau anda nak tip hartanah terus ke email anda, ringankan jari untuk tekan banner di bawah. 




Klik SINI -- Mahukan Tips Hartanah PERCUMA dan List Rumah Murah... 

Baca:  Chef Wan New House...WOW! 

Baca lagi:  WOW! ...3 RUMAH MEWAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA

"Mungkin ramai yang ingin tahu informasi saya kongsikan ini, andai sudi kongsikan kepada rakan-rakan yang lain"

Farred Property memberikan Sumber Rujukan, Tips Hartanah, Rumah untuk dijual dan disewa, Bilik-bilik Sewa di Lembah Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Putrajaya. No Whatsapp/Call/SMS : 019 214 2380 (Farred)

No comments: