farredproperty.blogspot.com memberikan Rujukan, Tips, serta Panduan dalam Hartanah. Sumber Rujukan Tips Hartanah, Rumah untuk dijual dan disewa di Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya
Thursday
Sale & Rent: Apartment Vistaria Puchong
Rental Price: RM 1k (nego)
Sale Price: RM 260k
810 sqft, 3 bilik 2 bilik air, 1 store
View: Lake View
Mysedekah oleh Islamic Relief Malaysia
Assalamualaikum,
Hari ini saya nak war-war kan pasal Mysedekah oleh Islamic Relief Malaysia.
Sempena bulan baik ini dan bulan Ramadan yang akan tiba. Mari kita semua tingkatkan amal kita dengan bersedekah.
Ini juga adalah salah satu cara "Menjemput Rezeki" kita. Ayuh kita bantu mereka yang memerlukan.
1.Apakah MySEDEKAH?
MySEDEKAH merupakan salah satu projek penjanaan dana yang paling besar di Malaysia yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia).Ianya meliputi projek pengumpulan dana bagi tujuan pengagihan bantuan kemanusiaan kepada lebih dari 9 juta penerima manfaat di dalam dan luar Negara.
Hasil kutipan MySEDEKAH akan disalurkan kepada
1. Fakir miskin
2. Anak yatim
3. Mangsa konflik
4. Mangsa bencana
5. Ibu tunggal
6. Pesakit kronik
7. Pelarian
8. Warga emas
9. Gelandangan
10. OKU
Sektor-sektor utama yang menjadi fokus IRM di dalam menyalurkan dana yang dikumpul melalui MySEDEKAH adalah seperti berikut ;
1. Pendidikan
2. Pertaniaan & Sara diri
3. Kesihatan
4. Air & Sanitasi
5. Psikologi & Kaunseling
6. Perlindungan
7. Pemakanan.
Selain dari itu, pengagihan bantuan MySEDEKAH akan disalurkan secara langsung (direct) kepada Negara-negara seperti berikut ;
1. Malaysia
2. Palestine (Semenanjung Gaza & Tebing Barat)
3. Syria
4. Myanmar
5. Nigeria
6. Niger
7. Sudan
8. Mali
9. Somalia
Serta lain-lain penerima di negara yang benar-benar berada di dalam fasa kecemasan dan amat memerlukan bantuan untuk mereka meneruskan kelansungan hidup mereka.
Penerima-penerima manfaat (beneficiaries) ini dipilih berdasarkan penilaian (need assessement) yang dilakukan oleh pasukan IR Malaysia dan cawangan IR di negara-negara di mana berlakunya konflik berkenaan
Selain dari itu, MySEDEKAH dilaksanakan berpandu kepada prinsip-prinsip & nilai-nilai ISLAM serta patuh syariah di samping proses audit yang ketat oleh auditor dari dalam dan luar negara.
Di samping itu juga, MySEDEKAH disalurkan kepada semua penerima yang memerlukan tanpa mengira agama,bangsa, warna kulit, kefahaman politik atau warganegara.
Ini adalah link Mysedekah
Wednesday
Apartment Blok Cindai Puncak alam
Price: RM 83 000
Type: Apartments, For sale
Area: Kuala Selangor
Title type: Leasehold
Other info: Bumi Lot
Size: 720 sq.ft.
Bedrooms: 3
Bathroom: 2
Property Type:Apartment/ Flat
Apartment Blok Cindai Puncak Alam
Tingkat 4
-3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Rumah dalam keadaan baik
- Partly furnished; renovated dengan table
top, grill, water heater dalam bilik
air,lampu, kipas & langsir.
- lantai marbles.
Price RM83,000 nego
Hubungi farid 013-3652380 untuk viewing
Pusat Komersial Apartment Seksyen 7 Shah Alam
Price: RM 250 000
Type: Apartments, For sale
Area: Shah Alam
Title type: Leasehold
Other info: Bumi Lot
Size: 1041 sq.ft.
Bedrooms: 3
Bathroom: 2
Property Type:Apartment/ Flat
Corner Lot
Call farid 013-3652380
Apartment D Rimba, Kota Damansara GROUND FLOOR
Location: Selangor - Kota Damansara
Price: RM 570 000
Type: Apartments, For sale
Area: Kota Damansara
Title type: Freehold
Other info: Non Bumi Lot
Size: 1300 sq.ft.
Bedrooms: 3
Bathroom: 2
D'Rimba Apartment, Kota Damansara for sale!!
Ground Floor
1300sqft
3rooms 2baths
Freehold
Non Bumi lot
Grill, fan and lighting completed and Fully Reno
Easy access to:
Guthrie Corridor Expressway, New Klang Valley
Expressway (NKVE), ELITE Highway, KESAS
Highway,Mutiara Damansara and Mont Kiara via the
Sprint-Penchala link.
Price: RM570K
Hurry up guys
Kindly call
Farid 013-3652380
Pangsapuri seri saujana,bandar saujana putra
Price: RM 150 000
Type: Apartments, For sale
Area: Jenjarom
Title type: Leasehold
Tenure: 99
Other info: Bumi Lot
Size: 750 sq.ft.
Bedrooms: 3
Bathroom: 2
Fully Reno
Tingkat 1
Facilities: Mini market, Playground, Jogging track, 24 hour security
APARTMENT SAUJANA PUTRA FULLY RENOVATED FOR SALE!!
3 bilik tidur,2 blik air
-GRILL AND WAYERING SIAP PASANG
-NEWLY PAINTED...
>>TABLE TOP AND KITCHEN CABINET
>>FULLY TILES
>>kitchen Sudan ubahsuai
-rumah baru (must view)
-RATE SEWA 500-600
-baik utk pelaburan
-kejiranan family melayu
Berdekatan dengan berbagai kemudahan seperti Telco & Post, Balai Polis, Surau &Pasar, kedai runcit, kedai makan & pasar malam setiap sabtu.
ELITE highway ke putra heights, subang jaya, shah alam, puchong, putrajaya, cyberjaya
NEW SKVE highway ke Serdang, Kajang, B.B.Bangi (SKVE highway ke klang akan dibuka tak lama lagi
ONLY SERIUS BUYER WITH GOOD CREDIT BACKGROUND..must have 10% deposit..
10% Deposit (Booking Fee 3k & Balance upon signing S&P)
Call farid 019-2142380 untuk info lebih lanjut.
2 Storey House Taman Bukit Sandaran Shah Alam
Rumah Teres 2 Tingkat di Taman Bukit Sandaran U10, Shah Alam untuk dijual.
4 bilik, 3 bilik air
18x60
non bumi lot
RM 350k
- Berhampiran UiTM Puncak Perdana Shah Alam
- Basic Unit & kosong
- Masih dalam keadaan baik
Akses & Amenities:
- Berhampiran UITM Puncak Perdana
- 10 min ke Lebuhraya Guthrie
- 10 min ke Lebuhraya NKVE
- 15 min ke Giant, Tesco, Stadium Shah Alam
- 20 min ke Pusat Bandar Shah Alam
Call/sms/whatsapp farid 013-3652380 for viewing
Thanks for reading
Tuesday
Apt Bukit Pelangi Shah Alam Corner Lot
Status: Available
Transaction type: For sale only
Price: RM235,000
Non Bumi
Negotiable: Yes
Type: Apartment (Corner lot)
Floor: 4
Square Feet: 1001 sqft
Furnishing type: Unfurnish
Occupied type: --
Title type: Individual
Tenure: Leasehold
Beds: 3
Baths: 2
1 Cover car park
Please call farred @ 013-3652380 for viewing
Sale: Apt Taman Bukit Pelangi
Status: Available
Transaction type: For sale only
Price: RM220,000
Non Bumi
Negotiable: Yes
Type: Apartment (Intermidiate)
Floor: 4
Square Feet: 928 sqft
Furnishing type: Unfurnish
Occupied type: --
Title type: Individual
Tenure: Leasehold
Beds: 3
Baths: 2
1 Cover car park
Please call farred @ 013-3652380 for viewing
Kajang Pearl Avenue Condo Sepakat Indah for Rent
Facing Pool
Pearl Avenue is strategically situated in the southern part of Klang Valley. Tipped to be the next hottest commercial spot in Kajang, It’s the perfect place for business, dining and recreation and lifestyle opportunities. Pearl Avenue stands out for its distinctive point of view in terms of aesthetics and ambiance. It is easily accessed via essential highways and routes such as North-South Highway, SILK Highway, Besraya Highway, Lekas Highway and LDP
Other info:
Location: Taman Sepakat Indah, Sg. Chua, Kajang.
Easy access to SILK Highway:
5 minit ke pusat bandar Kajang
6 minit ke Reko Sentral.
7 minit ke Bandar Baru Bangi.
10 minit ke Stesen Komuter Kajang.
15 minit ke UKM Bangi/KLIUC/UNITEN/UPM.
20 minit ke Pekan Semenyih.
20 minit ke Putrajaya.
20 minit ke Sri Petaling/Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
25 minit ke Cyberjaya.
35 minit ke pusat bandar Kuala Lumpur dan KLCC.
35 minit ke Puchong dan IOI Mall.
45 minit ke Bukit Bintang, KL.
MRT completion connetiong KL Kajang by 2015. Location not far from MRT station.
Facilities :
Swimming pool - Water fall swimming pool
Gymnasium
Multi-purpose hall
Taman permainan kanak-kanak
Jogging Track
Surau
Lift Lobby - 3 lifs
24 hours security
Access Card
Price Rent : RM 1400 (Nego)
Pls feel free to contact farred at 013-3652380 for any inquiry. Thank you.
Monday
Lot Bunglow di jalan Kebun Shah Alam
- Lorong Hj Tahir & Universiti
- 1 lot harga rm 130k (NEGO)
- terbaeek untuk pelaburan atau penempatan baru..
Call farid 0133652380
Friday
Wednesday
Wanted: Apt di kajang budget 200k
Wanted: Apt di kajang budget 200k below. tkt bawah. kalau tkt yg tinggi, nak yg ade lift
Wanted: Flat/Apt Sek 7 Shah Alam
Got ready buyer & loan approve.
Call me farid 0133652380
Fast action, fast result
Thanks for reading.
Desa Andaman wangsa Maju (corner unit) for sale
Two and a half storey terrace house (corner unit) for sale.Location: Desa Andaman, Section 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Land Area: 4,456 sqftBuilt up: 4,788 sqft4 bedrooms, 4 bathrooms.
price rm 1.7m.market 1.75m.
Call me 0133652380 for viewing
Thanks for reading.
(SBCR) Sungai Buluh Country Resort Corner Lot
Sale: (SBCR) Sungai Buluh Country Resort Corner Lot
Leasehold, Bumi Lot, 4 bed & 3 bath
Got plaster ceiling, kitchen kabinet,
20x70
Rm 425k
Call me 0133652380 for viewing
Thanks for reading.
Tuesday
Vistaria apartment puchong perdana
Vistaria apartment puchong perdana for sale..nonbumilot..price 265k nego
Call me 0133652380 for viewing
Thanks for reading
Sale: Saujana putra
Saujana putra rm330k for sale.
basic unit 20x70,4 blik..rmh bru..
saujana putra 2..
Call me 0133652380 for viewing
Thanks for reading
Sale: Alam budiman end lot
House for sale alam budiman endlot unit,renovate..price 550k.
Please call 0133652380 for viewing
Thanks for reading
Sale: 2 Sty end lot sek 27 shah alam
Double storey end lot for sale..rm880k.seksyen 27 shah alam.fully reno...
Please call farred 0133652380 for viewing.
Wednesday
For Sale @ Putra Height (Freehold & Endlot)



Price: RM 1 000 000 Type: Houses, For sale Area: Putra Heights
Title type: Freehold Tenure: - Other info: Non Bumi Lot
Size: 1950 sq.ft. Bedrooms: 4 Bathroom: 4
Estate agency no: 31416
Property Type: Double storey
Type:
*****
Double Storey Terrace House Endlot
House Condition:
****************
fully reno with contemporary design
dry and wet kitchen
fully tiles kitchen and toilet
kitchen cabinet
4 bedrooms, 3 bathrooms
facing North
Size
****
Land Area:1950 sq. ft.
Built-Up:2,500 sq. ft.
PRICE:
******
RM 1,000,000
(RM 1 Million)
******************************************
if you're interested,please contact me via call.sms.whatsapp
Farid 013-3652380
*******************************************
view to appreciate :)
loan and legal can be arranged
Friday
Ilham Apt TTDI JAYA for RENT
Bedrooms: 3 Bathroom: 2
Furnished: Not furnished
Available bulan Jun 2013
Rental : RM950
Rental Deposit : 2 + 1
Utilities Deposit : ½ month
cepat...jgn terlambat
buyer only (no agent)
Call 013-3652380
Tuesday
Sekyen 7 Flat PKNS SHAH ALAM
Leasehold
Tenure: 99
Other info: Bumi Lot
Size: 750 sq.ft.
Bedrooms: 3
Bathroom: 2
FLAT FOR SALE!!
LOKASI:
SEKSYEN 7 SHAH ALAM
KEADAAN RUMAH:
TINGKAT 5
BLOK 7
BUMILOT
3BILIK 2 BILIK AIR
BASIC UNIT
PENYEWA SEDIA ADA
RM600-RM800
BERDEKATAN:
UITM SHAH ALAM
I-CITY SHAH ALAM
UNISEL
PETROL PAM
KFC
MASJID/SURAU
KEDAI RUNCIT
LOKASI STRATEGIK
AKSES:
LALUAN KE KLANG
LALUAN KE SUBANG JAYA
LALUAN KE KUALA LUMPUR
HIGHWAY FEDERAL
HIGHWAY KESAS
HIGHWAY NKVE
CALL 013-3652380
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Cara tahu kawasan "hot".
Assalamualaikum,
Saya nak berkongsi cara mengetahui kawasan "hot". Maknanya kawasan yang banyak permintaan. Senang cerita kawasan yang banyak buyer cari untuk beli rumah.
Caranya:-
1. Cari dalam mudah.my kawasan yang anda hendak beli. Ambil 5 buah rumah. Lepas tu try call. Jika dari jawapan call tu cakap dah jual. Maknanya kawasan tu "hot" La.
2. Jika banyak papan tanda di kawasan tu. Maknanya kawasan tu "hot" La.
Sekian
Sunday
Meningkatkan Nilai Hartanah Anda
Meningkatkan Nilai Hartanah Anda
Antara perkara yang teramat penting bagi sesuatu hartanah ialah nilainya atau yang selalu kita sebut Market Value (MV). Bagi anda yang ingin menjual hartanah anda atau membuat pelaburan pada hartanah anda seperti rumah yang ingin anda sewakan, sudah tentunya anda mahu meningkatkan nilai hartanah anda untuk memperoleh keuntungan dari hartanah tersebut.
Mari kita lihat beberapa cara untuk meningkatkan nilai hartanah anda.
Sebelum anda melakukan apa-apa renovation, kaji dahulu penambahbaikan yang bagaimanakah yang boleh meningkatkan nilai hartanah anda. Secara kasarnya, nilai hartanah boleh ditambah dengan penambahbaikan yang kekal dan “melekat” pada struktur. Bermakna perabot yang boleh diangkut seperti sofa, rak TV, kerusi, peti sejuk dan perabot yang boleh dialih tidak akan dikira untuk menaikkan nilai hartanah. Aircond kadangkala dihitung juga dalam kiraan nilai hartanah – terpulang kepada valuer yang memeriksa hartanah anda.
Namun agak berbeza bagi anda yang ingin membuat pelaburan dengan menyewakan rumah anda di mana anda boleh menaikkan harga sewa dengan menyediakan perabot dan kemudahan yang serba lengkap seperti aircond, TV, peti sejuk dan perabot lain kepada penyewa anda. Masuk boleh duduk terus. Paling kurang cat semula dinding rumah sebelum anda membuka hartanah tersebut untuk disewakan.
Salah satu cara yang menguntungkan ialah dengan membeli perabot esklusif yang dijual dengan harga murah. Perabot-perabot ini selalunya perabot recycle yang digunakan di hotel-hotel dan bila mereka nak jual perabot-perabot tersebut untuk gantikan dengan perabot yang baru di premis mereka, anda boleh beli perabot-perabot ini dengan harga murah dan sediakan kepada penyewa-penyewa anda. Berbaloi.
Berikut adalah beberapa elemen yang boleh anda masukkan dalam pemerhatian untuk anda lakukan penambahbaikan dan menaikkan nilai hartanah anda.
Decorate halaman rumah
Cat semula dinding rumah
Renovate pagar rumah
Balkoni rumah
Parking
Lampu interior rumah
Struktur tingkap yang lebih esklusif
Kitchen cabinet
Optimumkan penggunaan ruangan yang belum diguna seperti loteng
Alamari yang melekat pada struktur
Pintu rumah
Namun harus diingat ada jenis penambahbaikan tertentu terutamanya yang melibatkan luaran rumah (exterior) yang memerlukan anda memohon kebenaran (approval) dari pihak berkuasa tempatan. Pastikan anda memeriksa prosedur dengan mereka sekiranya penambahbaikan yang anda lakukan melibatkan struktur luaran rumah.
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Saturday
15 website rujukan utama Pelaburan Hartanah di Malaysia
Hartanah merupakan salah satu pilihan utama dalam pelaburan di Malaysia malah di seluruh dunia. Tahukah anda terdapat 2 cara kita boleh menjana keuntungan daripada pelaburan HARTANAH ?
PERTAMA: CAPITAL GAIN iaitu melalui peningkatan harga rumah dengan cara membeli dengan harga yang rendah dan menjual pada harga yang lebih tinggi. Contohnya, Ahmad membeli rumah teres 2 tingkat di Ayer Keroh Melaka pada tahun 2000 dengan harga RM 150,000 dan menjualnya pada tahun 2012 dengan harga RM 250,000
KEDUA: RENTAL RETURN iaitu dengan mengutip duit sewa setiap bulan daripada hartanah tersebut.
Tahukah anda pelaburan hartanah ini boleh memberikan pulangan melebihi 30% setahun ?
Kalau tak percaya, boleh baca berita yang keluar di akhbar Berita Harian baru-baru ini. Klik di sini –> Nilai tanah Lembah Klang naik
Berikut adalah antara 15 website rujukan utama Pelaburan Hartanah di Malaysia:
Enjin Carian (Search Engines)
1) iProperty – http://www.iproperty.com.my/
2) Mudah.com – http://www.mudah.my/
3) ThinkProperty – http://thinkproperty.com.my/realestate/
4) PropertyGuru – http://www.propertyguru.com.my/
5) Star Property – http://www.starproperty.my
Hartanah Lelong (Auction Properties Search Engine)
1) Lelong Tips - http://www.lelongtips.com/
2) Property Auction House – http://auctions.com.my/
Pinjaman (Mortgage Information)
1) Malaysia Housing Loan – http://malaysiahousingloan.net/
Informasi Hartanah
1) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Malaysia – http://jpph.gov.my/
2) Property Guide – http://www.globalpropertyguide.com/
Peta (Map)
1) Google Map – https://maps.google.com.my/
2) Wikimapia – http://wikimapia.org/
3) Ho Chin Soon Map Maker – http://www.hochinsoon.com/
Ebook
1) Nota Hartanah – Nota Pelaburan Tips Hartanah
2) Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (Cukup ilmu, Baru beli rumah)
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Friday
Kenapa bank REJECT pinjaman Rumah anda
Membuat pinjaman bank pada individu tertentu adalah sesuatu yang memudahkan, tetapi pada sesetengah orang membuat pinjaman dengan bank adalah satu perkara seumur hidup yang menyakitkan hati. Sudah lah banyak dokumen yang perlu disediakan, alih-alih pinjaman pula tidak dapat diluluskan… kenapa?
Saya bukanlah seorang yang arif tentang prosedur bank, cuma bergiat didalam industri hartanah membuatkan saya secara tidak langsung bercampur dengan rakan-rakan dari industri kewangan ini.
Pertama sekali, saya ingin bertanyakan kepada anda… anda tahu tak sebenarnya institusi perbankkan bukanlah dari industri hartanah? mereka adalah “alien” disini tetapi didalam masa yang sama kita sangat-sangat memerlukan mereka, kenapa?
Boleh saya katakan… institusi perbankkan hanya ingin membuat keuntungan dengan anda!
Yup! memang pun, tetapi apa boleh buat, memang lumrah hidup, memang susah kita hendak membuat simpanan, asalkan ada duit.. ada saja benda lain untuk digunakan. Jadi sampai ke tua pun kita tidak akan memiliki rumah. Dengan adanya bank sebagai wahyu anda… mungkin sudah tiba masanya anda merealisasikan impian memiliki hartanah idaman.
Berbalik pada tajuk artikel ini, kenapa bank menolak pinjaman anda? secara asasnya saya pun tak tahu. Tetapi alasan yang kerap saya terima dari bank, pemohon ini tidak berkelayakkan, liabiliti pemohon tinggi, ccris, ctos, business tak bagus, penyata bank tak selari, penyata epf, pemohon tak bayar cukai… dan macam – macam hal lagi.
Jika pinjaman anda tidak lulus dengan sebuah bank, mungkin cawangan dan bank lain dapat membiayai pemilikan rumah anda. Saya mempunyai beberapa pelanggan yang memohon pinjaman pada cawangan yang berdekatan dengan pejabatnya… Selepas seminggu seorang “officer bank” menelefon si pemohon dan mengatakan pinjaman tidak diluluskan kerana faktor laibiliti atau komitmen yang terlalu tinggi. Tetapi apabila dia pergi momohon ke cawangan bank berhampiran dengan rumahnya, permohonan itu telah diluluskan tidak sampai seminggu pun. Pada hal masih bank yang sama…. cuba fikirkan….
Jika pihak bank memberi alasan “anda punyai komitmen yang tinggi”, anda sebenarnya masih berpeluang, kerana saya dapati ada sesetengah cawangan mempunyai kouta tertentu. Pengurus-pengurus pinjaman disana mempunyai had maksima untuk meluluskan pinjaman sebelum mereka menghantar permohonan itu ke ibu pejabat untuk mendapatkan kebenaran. Walau pun begitu jangan anda berdegil, jika 2-3 bank telah “reject” permohonan anda, ini bermakna memangkomitmen anda tinggi. Cuma jika anda gagal kali pertama, tidak bermakna anda tidak dapat membiayai rumah anda, cari bank lain.
Dari maklumat yang saya terima, ada juga sesetengah bank hanya meluluskan peruntukkan tertentu pada sesuatu projek. Sebagai contoh untuk projek A bank ini memperuntukkan RM20 juta dan jika kelulusan telah lebih dari kuota bank…. mreka akan mula “reject” semua kes-kes yang datang dari perojek ini.
Tidak perlu risau… sebaliknya tanya kembali pada pegawai bank – Kenapa permohonan anda ditolak? ada cara lain untuk saya mendapatkan pembiayaan rumah saya? mungkin pegawai itu dapat memberikan beberapa cadangan kepada anda.
Apa-apa pun jangan berputusa asa, cuba tanya pada penjual hartanah anda mungkin beliau dapat membantu didalam pencarian anda ini. Kebiasaan mereka yang terlibat didalam hartanah akan memberikan anda nombor telefon pegawai bank yang boleh dipercayai dan pantas didalam kerja.
Semoga berjaya.
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Dekorasi kamar tidur berasaskan Feng Shui
FENG SHUI sinonim dengan kepercayaan kuno kaum Cina. Feng bermaksud angin manakala shui bermaksud air. Umumnya, ini merupakan ilmu kaji bumi dan langit. Kepercayaan ini boleh diterapkan untuk merancang dekorasi kamar tidur demi mendapatkan nasib yang baik dan tidur yang lena. Paling penting dalam Feng Shui ialah mengetahui tentang tenaga chi, iaitu tenaga kosmos yang perlu diserap dengan baik oleh tubuh badan kita agar sentiasa sihat, segar dan bersemangat setiap hari.
Dari segi dekorasi, terdapat tiga fungsi feng shui.
(1) Untuk menciptakan sebuah ruang dengan tenaga chi yang terbaik.
(2) Untuk memulihkan feng shui buruk dalam sesebuah ruangan
(3) Untuk meramal kebaikan, keburukan berdasarkan petanda yang kelihatan.
Terlebih dahulu kita mempelajari tabu (larangan) di kamar tidur.
Tidur di bawah kipas angin
Daun kipas dianggap menghapuskan tenaga chi yang berada di sekitarnya. Chi harus dihirup dan diserap dengan sihat oleh tubuh. Tidur di bawah kipas boleh menganggu kesihatan.
Kehadiran cermin dalam kamar
Cermin dianggap penolak bala atau chi negatif. Feng Shui menganggap cermin sebagai pengganda, perakam kejadian kerana sifat kristalnya. Cermin ini akan membawa gejala negatif seperti penyakit insomnia sekiranya dihadap secara langsung dan tidak baik untuk hubungan suami isteri.
Dilarang meletakkan hiasan bunga kering dalam vas kerana membawa tenaga chi negatif.Gantikan dengan bunga hidup yang kecil-kecil serta gantikan airnya setiap hari. Bunga hidup membawa tenaga chi netral.
Hindari dari meletakkan katil bertentangan dengan bilik mandi kerana udara dingin dari situ boleh membawa penyakit seperti reumatik (dll).Sekiranya posisi sebegini tidak dapat dielakkan, letakkan penghadang di hadapannya.
Jangan meletakkan katil dengan kedudukan kaki kita menghadap pintu ketika tidur. Feng Shui mengganggapnya simbol kematian iaitu cara meletakkan keranda dan ini membawa nasib malang.
Pastikan kita tidak tidur di bawah alang
Semasa tidur, peralaran elektrik seperti televisyen, radio dll hendaklah dimatikan. Ini untuk mengelakkan pancaran gelombang elektromagnetnya mengganggu tidur dan psikologi kita.
Biasakan meletakkan akuarium berisi ikan mas atau menggantung gambar haiwan kesayangan. Feng Shui mempercayai ini sumber-sumber mendapatkan kekayaan.
Sampah jangan dibiarkan berserakan dalam kamar kerana kotoran menghalang punca rezeki.
Hapuskan segala benda yang mengingatkan kita tentang kesedihan, kegagalan (dll) kerana itu tidak baik untuk jiwa yang sihat.
Jika kamar mempunyai jendela, hendaklah kerap dicuci kerana tingkap yang kotor boleh memerangkap ‘chi’ dalam bilik, seterusnya berkumpul dan berkembang sehingga menghsilkan tenaga lembap yang tidak bagus untuk kesihatan dalaman tubuh. Begitulah juga dengan langsir atau tabirnya.
Buang pakaian yang sudah lama dari almari anda jika tidak mahu menggunakannya lagi. atau sedekahkan pada orang yang memerlukan. Feng Shui melarang kita menyimpan pakaian yang koyak atau reput.
Ketahui peranan dan pentingnya tenaga chi dalam kamar tidur
Orang Cina percaya langit dan bumi merupakan sejenis kekuatan yang menciptakan Chi,iaitu kekuatan yang menghubungkan manusia dengan keadaan di sekelilingnya. Umumnya, tenaga chi sangat penting untuk memelihara tubuh, persekitaran, dan keseimbangan emosi manusia.
*Energi Chi mengalir dalam tubuh sepertimana pengaliran darah. Kalau energi chi di kamar tidur anda sesuai dengan keperluan, ini menghasilkan kebahagiaan. Ertinya, ia mempunyai pengaruh positif dalam hidup kita. Sebaliknya jika kamar tidur sentiasa ditampilkan negatif buat diri kita, energi chi di beberapa tempat turut dapat berpengaruh negatif terhadap diri.
* Bila Chi negatif. Bangunan atau pelengkap rumah tertentu yang mempunyai kesan negatif terhadap tenaga chi. Serat sintetis, bahan bangunan sintetis, cahaya buatan dan pendingin hawa mengandungi tenaga chi buatan yang secara negatif mempengaruhi energi chi penghuni dan dapat mengakibatkan kelemahan mental dan fizikal.
* Chi lemah. Tenaga chi menjadi lemah di ruangan yang gelap, ruang yang berserakan, dan kelembaban. Akibatnya, chi tersebut mendatangkan masalah kesihatan serius dan mengganggu kehidupan kita.
Demikian sedikit sebanyak tentang perancangan dekorasi berasaskan pengetahuan Feng Shui. Semoga perkongsian ini member banyak manfaat.
Buat la yang termampu, cuba aplikasi & lihat kesannya.
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Thursday
2 Sty Semenyih for SALE
Type: Houses, For sale
Area: Semenyih
Title type: Freehold
Tenure: -
Other info: Bumi Lot
Size: 16x55 sq.ft.
Bedrooms: 3
Bathroom: 2
Property Type: Double storey
Please call 013-3652380
Double Sty Kajang for SALE
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Apt vista indah putra bayu perdana klang
Apt vista indah putra bayu perdana klang
For SALE
Price: RM 155 000
Type:
Apt
Title type: Freehold
Tenure: -
Other info: Bumi Lot
Size: 950 sq.ft.
Bedrooms: 3
Bathroom: 2
Contact: 013-3652380 (farid)
Please refer to detail below :
# Apt vista indah putra bayu perdana klang
# basic unit
Jemput & Like ke Page face booka kami 'Farred Property', untuk berbagai pilihan rumah yg ingin dijual & sewa.
For viewing
Please call/sms/whatsapp
Contact: 013-3652380 (farid)
Friday
2 Sty Super Link House at D Kayangan, Shah Alam
Status: Available
Transaction type: For sale only
Address: Super link House at D'Kayangan Residence
City: Shah Alam Sek 13
State: Selangor
Country: Malaysia
Rental price: Call For Price Sales
Price: RM800,000
Negotiable: Yes
Type: 2 Sty Super link House
Storey: 2
Square Feet: 26 x 80
Furnishing type: Unfurnish
Occupied type: --
Title type: Individual
Tenure: Leasehold
Beds: 5+1
Baths: 4
Other information
* Urgent Sale, Below Market Value!!
* Best accessibility via Federal Highway, NKVE, Elite & Kesas
* Surround with amenities: Giant, Tesco,
MSU University, PTPL, Politeknik Shah Alam, Golf Club
* Non Bumi Lot
Call farred @ 0133652380
Grab now coz below market value
Deposit 10%. Earnest Deposit 3%, balance 7% masa S&P.
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Tuesday
Semi D bukit bandaraya for rent
Rent: Semi furnish semi-d (autogate,water pump n heater,kitch cabinet,grills dll)
bukit bandaraya Shah alam
Selangor
Rm 2250
Call farred 0133652380 for viewing
Thanks for reading my add
Friday
Ttdi jaya Teres 2 tingkat (urgent sale)
Built up 1400 sq ft
Land area 1985 sq ft
Empty land 33 feet x 20 feet for extra land future renovation,
Inclusive w new kitchen cabinet, normal lighting,plaster syling,grill, auto gate,door n window security alarm, green turf ,
Friendly neighbor n peaceful.
Easy excess to all area- Klang, Guthrie, subang, puncak alam, s alam, plus, nkve , federal ...
Giant, Rescom , space u8,
Bank, petrol pump, schools, restaurant ,
Price rm 550k negotiable.
Call farred 013 3652380
Wednesday
Verdania, Denai Alam for Sale
Tenure:Freehold
Title Type:Individual
Land Area:24 x 80 sq. ft.
Built-Up:2,681 sq. ft.
Asking PriceRM 795,000 nett
Bedrooms:4
Bathrooms:4
Unit type:Intermediate
Occupancy:Vacant
Furnishing:Unfurnished
Facing Direction:SouthEast
Thursday
Cara mendidik anak mengikut Islam...
Dalam kita mengejar harta benda & RM, kita sering lupa harta yang sebenarnya adalah "ANAK KITA". Saya bukan nak mengajar suma nak share info je.
Ni sekadar panduan sahaja, bagi yang dah tahu, Alhamdulillah. Bagi yang belum tahu boleh kita sama-sama dapat manfaat dari info ini.
Cara mendidik anak mengikut Islam...
Tuesday
3 Panduan & Tips Penting Beli Rumah
Monday
Park 51 Residency @ PJ by Taipan


Description
Unfurnished condominium for sale # 921 sf built-up. Park 51 Residency @ PJ by Taipan Group of Companies
Price : RM 369 000 (NEGO)
Type: Condo, For sale (Block D, 7th Floor)
Area: Petaling Jaya
Title type: Leasehold
Tenure: 99
Other info: Non Bumi Lot
Size: 921 sq.ft.
Bedrooms: 2+1
Bathroom: 2
Property Type: Condo
Near
-LDP
-SPRINT
-North-South Highway
-New Pantai Expressway
-North Kelang Valley Expressway
-in the middle of PJ central business district
-Behind Cycle and Carriage (Merc Benz Showroom)
Perks
-Free complimentary membership to the Park51 Clubhouse, which is going to be the largest Clubhouse in PJ.
-Full Condo Facilities. 1 full floor of Gym, sauna, swimming pool, basketball court, designer landscaped garden, BBQ area, etc etc.
-Ample parking space
-Gated community with 24hours CCTV and smart card access.
Building Finishes
-Full height tiles in kitchen and bathrooms.
-Luxurious fittings and free shower glass door. (not the cheapo sliding door, its the swinging door)
call farred @ 013-3652380 for more info
Asking Price
RM 369,000 (NEGO)
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Friday
Ringkasan Dan Kandungan Bajet 2013
Ringkasan Dan Kandungan Bajet 2013
Bajet 2013: Bonus sebulan setengah pada penjawat awam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.
Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
Bajet 2013: Ringkasan Pembentangan Bajet 2013
Gambaran umum
- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.
- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.
- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.
- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.
Isi penting
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal
- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
Petani, nelayan & penjaja kecil
- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
Galakan amanah perniagaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
Pasaran modal
- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Pasukan keselamatan
- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
Imbuhan
- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
- Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
- Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
- Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.
Kandungan Penuh Bajet 2013
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom
Tuesday
Perkenalkan sistem pajak rumah
RAKYAT terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar memerlukan penginapan yang selesa dan mampu dibayar setiap bulan.
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Syarikat-syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu membantu kerajaan menangani isu lonjakan harga rumah yang mendadak ketika ini yang menyebabkan ramai kalangan rakyat tidak mampu memilikinya.
Seorang bekas jurutera awam yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang hartanah, Sharuddin Shaari mencadangkan GLIC dan GLC untuk mengkaji menggunakan skim anuiti yang menghentikan penjualan rumah, sebaliknya memberi pajakan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Beliau yang sedang membuat kajian mengenai perkara itu berkata, projek tersebut perlu dijayakan oleh GLC seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd. (PNB), syarikat-syarikat kemajuan negeri dan majlis agama negeri yang boleh bertindak sebagai pemaju.
Jelas Sharuddin, menerusi skim tersebut, rumah-rumah yang dibina akan dipajak kepada golongan yang memerlukan sehingga akhir hayat mereka pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding membeli atau menyewa rumah.
"Tidak perlu bina dan jual lagi sebaliknya mereka bina dan pajak supaya golongan bawahan ini mampu tinggal di kediaman yang lebih selesa, binalah rumah tersebut di kawasan yang hampir dengan tempat kerja supaya mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk kos pengangkutan pula.
"Mereka (GLC dan GLIC) ini perlu sedar, mereka ditubuhkan bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya menyumbang kepada masyarakat, malah menerusi skim ini, mereka tidak akan rugi kerana rumah dan tanah tersebut menjadi aset mereka sampai bila-bila.
"Manakala golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula tidak lagi terbeban dengan hutang pembiayaan rumah yang tinggi selama berpuluh-puluh tahun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Menurut Sharuddin, pemaju boleh mengenakan bayaran pajakan yang berpatutan dan pastinya lebih rendah berbanding dengan pembayaran pembiayaan rumah yang ada sekarang.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bayaran pajakan itu mungkin boleh disalurkan kepada dua tabung di mana sebahagiannya untuk tujuan penyelenggaraan, pengurusan dan sebagainya, manakala sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan.
Beliau mencadangkan, apabila penyewa mencapai usia persaraan, mereka tidak lagi perlu membayar yuran pajakan, sebaliknya menerima pencen atau dividen secara bulanan hasil daripada tabung pelaburan tadi.
Ini menurut Sharuddin, secara tidak langsung membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk tinggal di kediaman yang lebih selesa, selain mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih banyak sehingga akhir hayat mereka.
"Ia sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pemaju kerana rumah tersebut adalah aset mereka, malah bayaran pajakan yang diterima setiap bulan boleh digunakan untuk tujuan pelaburan lain, faedahnya hanya akan dibayar apabila penyewa mencapai usia persaraan," katanya lagi.
Menyentuh mengenai harga tanah terutama di kawasan bandar besar yang dikatakan antara punca lonjakan harga rumah, Sharuddin berkata, skim tersebut boleh dijalankan di atas tanah kerajaan, mahupun tanah wakaf.
"Bagi majlis agama negeri, terdapat banyak tanah wakaf terbiar, mereka boleh bangunkan projek ini menggunakan wang zakat dan ia tidak menyalahi hukum kerana rumah-rumah tersebut tidak akan dijual sebaliknya hanya dipajak, " katanya.
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom












