Showing posts with label tip memilih penyewa. Show all posts
Showing posts with label tip memilih penyewa. Show all posts

Monday

Tips Kenal PENYEWA

Tips Kenal PENYEWA

Tips Kenal PENYEWA

Setiap tuan rumah yang ingin menyewakan Hartanah mereka mesti tahu siapa penyewa mereka.

Ada beberapa kategori PENYEWA

PELAJAR (STUDENT)
Satu rumah boleh duduk ramai-ramai baik perempuan atau lelaki
Lagi bagus kalau dekat dengan pengangkutan awam

Keadaan rumah: mungkin kurang terjaga

Bayar sewa: Mungkin lambat 

ORANG YANG BEKERJA (lelaki atau perempuan)
Bayar mahal tidak apa janji selesa, kalau boleh satu bilik sorang
Kelengkapan rumah mesti ada supaya senang nak memasak dan lain-lain

Keadaan rumah: Mungkin terjaga mungkin tidak bergantung pada attitude penyewa

Bayar sewa: Selalunya on time

ORANG YANG BERKELUARGA (anak sedikit atau anak ramai)
Harga sewa tidak boleh terlalu tinggi
Keperluan keluarga anak-anak perlu diutamakan dari bayar sewa

Keadaan rumah: Mungkin terjaga mungkin tidak bergantung pada attitude penyewa

Bayar sewa: Kalau autodebit lagi bagus

Semua kategori ada PRO dan KON, tiada peraturan tertentu untuk pastikan kita dapat penyewa yang baik.

Apa yang boleh kita lakukan adalah, ambil butiran penyewa selengkap mungkin contoh

no whatsapp
nama facebook
slip gaji penyewa
no contact jika tidak dapat contact penyewa
no ibu bapa penyewa

Ini apa yang saya kongsikan, akan datang saya akan kongsikan tip-tip yang lain

Klik SINI -- Mahukan Tips Hartanah PERCUMA dan List Rumah Murah... 

Baca:  Chef Wan New House...WOW! 

Baca lagi:  WOW! ...3 RUMAH MEWAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA

"Mungkin ramai yang ingin tahu informasi saya kongsikan ini, andai sudi kongsikan kepada rakan-rakan yang lain"

Farred Property memberikan Sumber Rujukan, Tips Hartanah, Rumah untuk dijual dan disewa, Bilik-bilik Sewa di Lembah Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Putrajaya. No Whatsapp/Call/SMS : 019 214 2380 (Farred)

Wednesday

Bila masa yang sesuai nak cari penyewa?


masa yang sesuai
masa yang sesuai

Bila masa yang sesuai nak cari penyewa?

Masa rumah dah ready atau sebelum rumah dah ready?

Saya buat sebelum rumah ready untuk duduk saya dah cari penyewa

Mengikut pengalaman saya, penyewa sanggup tunggu kalau rumah tu dia berkenan.

Orang lain, saya tidak tahu caranya.

Itu masa yang sesuai saya rasakan. Kalau rumah / bilik dah ready, kaw kaw punya cantik tapi penyewa belum dapat.

Sedih kan

Ini sekadar pendapat saya

Mana yang boleh pakai, pakai. mana yang tak boleh pakai, tolak tepi

Baca:  Chef Wan New House...WOW! 

Baca lagi:  WOW! ...RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA 

Tuesday

Rumah Sek 8 Shah Alam [untuk dijual]

seksyen 8 shah alam untuk dijual

seksyen 8 shah alam untuk dijual

seksyen 8 shah alam untuk dijual

seksyen 8 shah alam untuk dijual


Rumah Seksyen 8 Shah Alam untuk dijual

Harga : RM ___

Call / whatsapp 013-365 2380


Inginkan Tips Terkini Hartanah 2015!

Cara Beli Rumah dari Pemaju atau Developer
Cara Apply Loan 2015!
Cara Beli dan List Hartanah Lelong di Tempat Anda!
Teknik Sublet Rumah
Semua Ini PERCUMA!


Sila Isikan Nama dan Email Anda

Nama:
Email:

[Jelebu Negeri 9] Tanah Getah untuk dijual

tanah getah untuk dijual

[Jelebu Negeri 9] Tanah Getah untuk dijual
Pokok Getah baru ditanam
Keluasan : 2 ekar lebih
Harga Jual : RM 75,000

Call 013-365 2380


Inginkan Tips Terkini Hartanah 2015!

Cara Beli Rumah dari Pemaju atau Developer
Cara Apply Loan 2015!
Cara Beli dan List Hartanah Lelong di Tempat Anda!
Teknik Sublet Rumah
Semua Ini PERCUMA!


Sila Isikan Nama dan Email Anda

Nama:
Email:

Monday

Lelong in Kuala Lumpur, Malaysia

lelong kuala lumpur
lelong kuala lumpur

lelong kuala lumpur

lelong kuala lumpur

Please contact farred for full address

013-365 2380




Inginkan Tips Terkini Hartanah 2015!

Cara Beli Rumah dari Pemaju atau Developer
Cara Apply Loan 2015!
Cara Beli dan List Hartanah Lelong di Tempat Anda!
Teknik Sublet Rumah
Semua Ini PERCUMA!


Sila Isikan Nama dan Email Anda

Nama:
Email:

Apa Perlu Buat jika Penyewa Nak Masuk Rumah

penyewa masuk rumah

Kadang kala kira sering terlupa, apa perlu kita buat jika dah dapat penyewa?

Sini saya nak kongsi, perkara yang perlu diberi perhatian jika dah dapat penyewa
  1. Layan penyewa secara profesional ( Tiada perasan peribadi)
  2. Periksa hartanah anda bersama dengan penyewa
  3. Menandatangani surat perjanjian sewa bersama dengan penyewa
  4. Sediakan satu fail khas untuk penyewa tersebut. Di dalam fail tersebut, kita isikan:
  •  Permohonan sewa, slip pendapatan, CCRIS, kad pengenalan dan segala butir-butir penyewa
  •  Perjanjian sewa yang sudah dimatikan setem cukai.
  •  Senarai semak hartanah yang telah ditanda tangan oleh kedua-dua pihak
  •  Tarikh dan jumlah semua transaksi termasuk deposit sekuriti dan sewa
  •  Baik pulih yang dipinta dan baik pulih yang telah dibuat
  •  Rungutan daripada penyewa atau mengenai mereka
  •  Segala surat-menyurat di antara tuan tanah dan penyewa
Pernah tengok tak penyewa macam ini?


Jadi kan iktibar 

Wednesday

Cara nak tahu penyewa mampu bayar ke tidak?

bakal penyewa
Bakal penyewa (sekadar hiasan)


Saya nak DEDAHKAN... Cara nak tahu penyewa mampu bayar ke tidak?

Walaupun penyewa anda Comey dan Cun macam gambar di atas,  Perkara ini perlu di ambil berat kalau nak memilih penyewa:-


  • Pastikan punca pendapatan bakal penyewa terbabit. Mungkin dengan salinan slip gaji penyewa dapat membantu anda.
  • Kira nisbah pendapatan untuk pembayaran sewa. 30% daripada pendapatan kasar penyewa. Sebagai contoh, pendapatan kasar ialah RM2000. 30% daripada RM2000
    ialah RM600. Maka penyewa kemungkinan mampu untuk menyewa rumah RM600 ke bawah.
  • Periksa kedudukan kewangan bakal penyewa. Dapatkan salinan CCRIS untuk mengetahui latar belakang kredit bakal penyewa.
  • Menghubungi rujukan penyewa atau tuan rumah sebelum ini untuk mengetahui kelakuan bakal penyewa anda.
  • Buatkan sesi temuduga dengan bakal penyewa, dari sini kita dapat tahu kadar ke seriusan dan kadar kewangan penyewa.
Sekian


______________________________________________________________________________
Bilik Sewa Dekat LRT -->> SINI

Monday

10 cara kreatif mencari wang muka rumah baru


Idea Ideal
Idea Ideal
Mendapatkan wang deposit pendahuluan adalah satu perkara yang paling sukar untuk memiliki rumah baru. Terutamanya jika ianya dalah rumah pertama anda. Seperti yang anda tahu, kebanyakkan bank hanya akan membiayai kos kediaman anda sebanyak 90% sahaja.
Jadi baki 10% kebiasaan akan dibayar oleh pembeli sebagai tanda komitmen dan penunjuk kemampuan. Bagaimana jika anda mampu dan layak tetapi deposit itu tidak dapat disediakan? Baiklah… ada beberapa cara yang dapat dilakukan. Ikuti saranan dan tip paling kreatif untuk mendapatkan duit muka atau deposit awal hartanah anda.
1. Minta tolong. Kebiasaanya anda boleh meminta tolong pada saudara terdekat seperti ibu bapa atau rakan yang prihatin dan berbangga dengan keputusan anda. Sebagai balasan anda boleh memulangkan wang yang dipinjam itu dengan sedikit lebihan sebagai tanda penghargaan. Ibu bapa kebiasaanya memang menggalakkan anak-anak mereka memiliki hartanah. Jika diikutkan meminta ibu bapa untuk membeli hartanah adalah satu perkara yang lebih mudah berbanding meminta mereka membiayaai perkahwinan anda. Betul kan? Tak percaya anda cuba…
2. Gunakan aset anda yang lain – sebagai contoh menjual aksesori kereta yang tidak digunakan atau koleksi-koleksi terhad untuk mendapatkan wang. Banyak cara anda boleh menjual secara offline pada kawan-kawan atau kumpulan. Hendak lebih mudah banyak laman-laman portal pengiklanan yang anda boleh gunakan untuk menjual barang terpakai secara online seperti ebay.com.my, lelong.com.my, mudah.my, mysimplifieds.com atau timestreets.com kesemua laman-laman web itu adalah portal pengiklanan percuma di Malaysia dan ramai yang telah mendapat manfaat dari portal-portal seperti ini. Jual apa sahaja dari barang moden hingga koleksi-koleksi antik asalkan anda tidak memandai-mandai menjual kesemua pasu-pasu bunga kesayangan nenek anda… Kesian lah kat dia kawan…
3. Ambil insuran yang memberi anda pulangan berganda mengikut tempoh tertentu. Selain dari melindungi dan melabur setiap 2-3 tahun sekali anda akan mendapat bonus mengikut caruman anda setiap bulan. Jika dirasakan perlu … anda juga boleh menyerahkan segala nilai insuran itu untuk mendapatkan tunai dan sekaligus dapat membiayai deposit hartanah anda. Jangan pula anda dengan sengaja mematahkan kaki anda dan klim insuran untuk tujuan ini. Cara itu amat bahaya…
4. Jika anda pembeli hartanah buat kali pertama, anda boleh mengeluarkan wang simpanan pekerja untuk membiayai 10% dari deposit rumah baru. Semak akaun 2, dan carilah mana-mana hartanah yang bersesuaian dengan nilai akaun itu.
5. Menabung dengan ASB adalah satu cara mudah bagi mendapatkan wang muka. Jika anda mensasarkan hartanah yang berharga RM500,000 anda hanya perlu meletakkan deposit RM1000 sebulan secara konsisten. Mengikut unjuran kalkulator saya ini, jika anda mula menyimpan pada awal tahun 2010… pada akhir 2013 anda akan mempunyai RM52,226.59 sebagai wang deposit 10% setelah empat tahun menyimpan. Jadi apa tunggu lagi? mula lah menabung dengan ASB.
Bagaimana anda boleh mendapakan wang RM1000 sebulan untuk ASB walaupun gaji anda hanya RM500 sebulan? Nantikan sambungan artikel ini

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Friday

7 lokasi kediaman terbaik di lembah klang tahun 2010

7 lokasi kediaman terbaik di lembah klang tahun 2010

Secara umumnya kebanyakkan pemaju perumahan di lembah klang hari ini tertumpu pada pembangunan sedarhana sehinggalah penempatan mewah khususnya dibandar-bandar utama.
Dari pemerhatian yang dibuat, majoriti hartanah yang di bina pada suku pertama tahun ini adalah hartanah yang berada pada harga RM400,000 keatas yang mewakili 81% pembangunan hartanah baru. Walau bagaimanapun keseluruhan pembangunan untuk suku tahun pertama masih rendah berbanding pelancaran projek kediaman pada waktu yang sama tahun lepas.
Jika disusuri setiap pemaju dan lokasi yang cadangkan ini, hampir kesemua pemaju yang tersenarai mempunyai model pembangunan yang serupa iaitu pembangunan sebuah bandar pintar. Setelah membuat perbandingan menyeluruh, Drumah.com menyenaraikan 7 Lokasi Pembangunan Kediaman Bandar Pintar Terbaik Pada Tahun 2010 Pilihan Editor; lokasi tersebut adalah;-
1. Bukit Jelutong, Shah Alam (Sime Darby)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)
Laporan ini berdasarkan skor kredit (+1, -1,0) pilihan editor pada lokasi dan fasiliti, reka bentuk hartanah, keluasan tanah, luas binaan, spesifikasi, tawaran harga realistik, lanskap (township) dan nilai tambah pelan pembangunaan masa hadapan jangka singkat sekurang-kurangnya 5 tahun.
Dari perbandingan diantara contoh pembangunaan diatas, terdapat permintaan dan tren pemilikan hartanah berpagar di kawasan Kuala Lumpur; manakala daerah Hulu Langat bakal terus mencatatkan permintaan yang berterusan.
Daerah Sepang kini mempunyai prospek pertumbuhan baik dengan pelan pembangunan sokongan dari pihak Majlis Tempatan yang dilakukan secara berperingkat. Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Putrajaya dan KLIA ia menjadikan Sepang sebagai lokasi berpotensi untuk diterokai.
Dari sudut sewaan, hartanah-hartanah yang berada di kawasan utama seperti Bangsar, Damansara Heights, TTDI dan Bandar Utama terus dijadikan tumpuan pelabur dengan tawaran gaya hidup moden dan faktor keselamatan menjadi pilihan.
Secara keseluruhannya, tawaran pembangunan hartanah kediaman dan plot pada tahun ini mungkin akan mengalami sedikit penurunan. Walau bagaimanapun, nilai hartanah di bandar-bandar besar utama seperti Kuala Lumpur, Damansara Heights dan Daerah Petaling mungkin akan mengalami kenaikan singkat berbanding lokasi lain yang mungkin mendatar sehingga ke penghujung tahun.
Tujuh lokasi terbaik pembangunan kediaman untuk tahun 2010 adalah satu cadangan dari pihak editor farred property untuk komuniti majalah hartanah online nya. Pelabur dan pembeli dinasihati untuk membuat penilaian yang lebih mendalam sebelum membuat sebarang tindakan berdasarkan artikel ini.
Bagaimana dengan anda? Sekian, semoga berjaya pelabur semua.