Showing posts with label PEMBELI HARTANAH. Show all posts
Showing posts with label PEMBELI HARTANAH. Show all posts

Thursday

List Tanah Tanih

tanah untuk dijual
Gambar sekadar Hiasan


Mencari pembeli yg berminat

1⃣ WTS- LAND MELAKA
✅Lokasi: Alor Gajah, Melaka
✅Keluasan: 860ekar. Tepi jlan utama
✅Status: Pembangunan.Pajakan tamat 2102
✅Harga: RM5.50/sqf
✅Lain Info: 5km dr bandar Alor Gajah. Dekat dgn sek, mahkamah, ipk alor gajah, pusat pentadbiran alor gajah
WTS - Land
✅Lokasi: Serkam, Melaka
✅Keluasan: 2.19ekar
✅Harga :  RM160k
✅Kategori Tanah : Pertanian
✅Status Tanah : MCL
✅Lain² Info : Tanah sesuai utk pertanian, penternakan dan aset

2⃣ WTS-TERENGGANU
Ladang Kelapa sawit 🌴untuk dijual sekali company👇
✅ Lokasi: Bukit besi, Dungun, Terengganu
✅ Size: 3000 ekar
✅ Status: Leasehold
✅ Info ➡Keluasan sawit: 2000 ekar🌴
                      Usia Pokok : 6-7 tahun untuk di tuai (tunggu Hasil)
                ➡ Keluasan: 1000 ekar
                       Tanah kosong, berbukit
✅Harga : RM 27k/ekar
✅ Aset yang ada:
1) Jalan untuk masuk ke ladang
2) Pekerja mahir yang sedia ada
3) Rumah Pekerja sedia ada dengan kemudahan elektrik dan air
4) Pejabat untuk beroperasi
* investment dan ROI untuk kelapa sawit ini amat bernilai
👆jika nak details lebih lanjut sila keluarkan LOI
Direct Lawyer yg dilantik
☎

3⃣ WTS-LAND KELANTAN
✅lokasi : Ulu Nenggeri, Daerah Bertam
✅Saiz : 10, 000 ekar
✅Status : Leasehold (Tamat2102)
✅Harga : RM26k/ekar
✅Info lain : Termasuk cabin, staff accommodation, machine, equipments. Tiada mill sendiri. Mill yg terdekata di Gua Musang 🚚🏡
✅ Lokasi : Gua Musang
✅ Size : 300ekar
✅ Status : Pertanian. Leasehold (baki 50 tahun lagi dan boleh add on ke 99 tahun)
✅ Info : kawasan lapang dan berbukit ( bukit boleh membuat kuari atau keluarkan hasil yang ada)
✅ kawasan berdekatan dengan jalan besar. Ada banggunan atau struktur bg kegunaan penternakkan lembu.🐂
✅ Harga : RM 8juta
☎
✅ Lokasi :Jalan Gua Musang
✅ Saiz : 3000 ekar (🌴 sawit)
✅Kategori : Pertanian
✅Status : Leasehold (Tamat 2102)
✅ Kategori : Pertanian
✅ Status : Freehold
✅ Harga : RM45k/ekar
✅ Info Lain : Jual dgn company sekali, ada pejabat dan rumah pekerja
☎ 
✅Lokasi : tepi jalan besar dekat pos belau
✅Harga rm25k/ekar
✅ Info : ➡400ekar - sawit umur 4-5 tahun
➡600ekar - getah 3th
✅Status : Leasehold tamat 2062
☎
✅ Lokasi : limau kasturi gua musang.
✅ Saiz : 1100 ekar lebih.
✅ Harga: RM20k/ekar
✅Info Lain : Pokok dalam 5 tahun, dah berbuah
☎
✅ Lokasi : Gua Musang
✅ Saiz : 6000+ekar (sawit)
✅ Harga: RM16,500/ekar
✅ 2300 ekar nak jual 10k seekar di Kelantan

4⃣ WTS-LAND N9
✅ lokasi : Kawasan Sendayan (Tanah Tepi Jalan)🚗 🚕 🚚
✅ Saiz : 500 ekar
✅ Status : Freehold
✅ Harga : RM12/sqf
✅Info Lain : berhampiran pejabat Perumahan Matric, sesuai utk buat kawasan perumahan 🏡, tnh kosong

Jika Berminat?

Monday

Apa itu Kaveat? [Kena Tahu Sangat]

kaveat

Kaveat – menghalang urusniaga terhadap sesuatu title tanah.. contoh: suatu kaveat adalah berjangka hayat selama 6 tahun (jika tidak ada cadangan pemotongan kaveat).. so, walaupun kita beli suatu hartanah tu dan menggunakan S&P untuk mengatakan hartanah itu ialah hak kita, ia tidaklah sangat kuat (perundangan tanah mengatakan pemilik tanah sebenar adalah nama yang tercatat di dalam geran)..

Jadi jika dalam title tu ada kaveat, ini bermakna nama pembeli tersebut tidak boleh didaftarkan/diletakkan di dalam geran selagi kaveat itu tidak dipotong. so biasanya org akan membuat carian dahulu sebelum membeli apa apa hartanah..

carian persendirian.. suatu ringkasan yang menerangkan segala maklumat tentang tanah tersebut..biasanya digunakan hanya untuk rujukan sendiri sahaja..

carian rasmi.. sama juga menerangkan maklumat tentang tanah tersebut..cuma carian rasmi digunakan untuk urusan-urusan yang melibatkan tanah tersebut dgn pejabat tanah.. contoh utk pecah bahagian, permohonan consent dsb.

Wednesday

Shop lot intermediate unit at Pangsapuri Alpha Arena

shop lot for sale

shop lot for sale





Shop lot intermediate unit at Pangsapuri Alpha Arena, Puchong Putra Perdana

22x75 sq.ft
- Well maintain condition
- Facing main road
- Below market price
- Good for investment or own use
- No hassle for parking issue
- High density area
- 99 Speed mart just same row with the shop
- Easy access to LDP and KESAS highway

Call 013-3652380 for viewing arrangement or further detail for the shop


xxx



Inginkan Tips Terkini Hartanah 2015!

Cara Beli Rumah dari Pemaju atau Developer

Cara Apply Loan 2015!

Cara Beli dan List Hartanah Lelong di Tempat Anda!
Teknik Sublet Rumah
Semua Ini PERCUMA!


Sila Isikan Nama dan Email Anda


Nama:
Email:

Friday

KESILAPAN DAHSYAT PEMBELI HARTANAH LELONG MALAYSIA

rumah lelong malaysia

Kesilapan Sebelum Beli Rumah Lelong Malaysia


  • Tidak Membuat Carian ke Atas Hartanah Lelong.
    Anda seharusnya melihat sendiri rumah lelong yang anda ingin beli. Butir yang anda perlu tahu adalah Pemilik rumah itu, nombor geran atau hak milik mesti sama dengan butir yang tercatat dalam Pengistiharan Jualan Lelong.
  • Selain itu mesti pastikan hartanah lelong itu ada kaveat, gadaian, pajakan dan sebagainya.
  • Anda juga mesti memastikan anda baca syarat-syarat jualan dan memahami syarat-syarat jualan. Adakah Bank akan tanggung tunggakan bil?
  • Berapa lamakan Tempoh Penyelesaian ("Completion date")
  • Minta bantuan tukang rumah untuk anggaran kos baik pulih rumah jika menang rumah lelong tersebut.
Saya harap anda akan lihat checklist ini sebelum beli rumah lelong

Wednesday

Projek rumah RM2b di Sabah

KOTA KINABALU 8 Feb. - Satu perkongsian pintar antara Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (SHTDA) dengan pemaju dari Semenanjung akan menyaksikan 20,000 buah rumah mampu milik dibina di seluruh Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.
Projek itu adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 2008, kata Pengurus Besar SHTDA Jenar Lamda pada sidang akhbar selepas taklimat dengan pemaju projek tersebut Probil Sonati Development Sdn. Bhd., di sini, hari ini.
Projek tersebut yang melibatkan kos RM2 bilion akan dijalankan dalam empat fasa dengan sokongan daripada Bank Rakyat, Maybank, EON Bank dan Etiqa Insurance, katanya.
Bagaimanapun, Pengerusi merangkap Presiden Sonati Group Bhd. Datuk Ir. Nik Mokhtar Hassan berkata, projek itu akan berasaskan kepada permintaan, bergantung kepada kajian kemungkinan.
Menurutnya, fasa pertama dilancarkan pada Mei tahun ini dengan 6,000 buah rumah teres di Kunak, Kudat dan Sandakan dijangka disiapkan dalam masa dua tahun, melibatkan kos kira-kira RM616 juta.
Kawasan-kawasan lain yang telah dikenal pasti bagi projek tersebut ialah Tawau, Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, dan bandar-bandar di kawasan pedalaman.
Selain rumah teres, jenis rumah yang akan dibina ialah pangsapuri, rumah berkembar dan banglo. Harga bagi rumah kediaman tersebut adalah antara RM85,000 dan RM2 juta dan agak rendah berbanding rumah-rumah lain dalam kelas yang sama.
Jenar berkata, selain ciri rumah tiga bilik dan dua bilik air, ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti akses wi-fi dan jalur lebar untuk menyediakan kepada keperluan generasi akan datang.
"Permintaan bagi rumah-rumah seperti itu ada. Menerusi projek ini, kami berharap misi kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik akan dapat dicapai," katanya.
-Bernama

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Monday

10 cara kreatif mencari wang muka rumah baru


Idea Ideal
Idea Ideal
Mendapatkan wang deposit pendahuluan adalah satu perkara yang paling sukar untuk memiliki rumah baru. Terutamanya jika ianya dalah rumah pertama anda. Seperti yang anda tahu, kebanyakkan bank hanya akan membiayai kos kediaman anda sebanyak 90% sahaja.
Jadi baki 10% kebiasaan akan dibayar oleh pembeli sebagai tanda komitmen dan penunjuk kemampuan. Bagaimana jika anda mampu dan layak tetapi deposit itu tidak dapat disediakan? Baiklah… ada beberapa cara yang dapat dilakukan. Ikuti saranan dan tip paling kreatif untuk mendapatkan duit muka atau deposit awal hartanah anda.
1. Minta tolong. Kebiasaanya anda boleh meminta tolong pada saudara terdekat seperti ibu bapa atau rakan yang prihatin dan berbangga dengan keputusan anda. Sebagai balasan anda boleh memulangkan wang yang dipinjam itu dengan sedikit lebihan sebagai tanda penghargaan. Ibu bapa kebiasaanya memang menggalakkan anak-anak mereka memiliki hartanah. Jika diikutkan meminta ibu bapa untuk membeli hartanah adalah satu perkara yang lebih mudah berbanding meminta mereka membiayaai perkahwinan anda. Betul kan? Tak percaya anda cuba…
2. Gunakan aset anda yang lain – sebagai contoh menjual aksesori kereta yang tidak digunakan atau koleksi-koleksi terhad untuk mendapatkan wang. Banyak cara anda boleh menjual secara offline pada kawan-kawan atau kumpulan. Hendak lebih mudah banyak laman-laman portal pengiklanan yang anda boleh gunakan untuk menjual barang terpakai secara online seperti ebay.com.my, lelong.com.my, mudah.my, mysimplifieds.com atau timestreets.com kesemua laman-laman web itu adalah portal pengiklanan percuma di Malaysia dan ramai yang telah mendapat manfaat dari portal-portal seperti ini. Jual apa sahaja dari barang moden hingga koleksi-koleksi antik asalkan anda tidak memandai-mandai menjual kesemua pasu-pasu bunga kesayangan nenek anda… Kesian lah kat dia kawan…
3. Ambil insuran yang memberi anda pulangan berganda mengikut tempoh tertentu. Selain dari melindungi dan melabur setiap 2-3 tahun sekali anda akan mendapat bonus mengikut caruman anda setiap bulan. Jika dirasakan perlu … anda juga boleh menyerahkan segala nilai insuran itu untuk mendapatkan tunai dan sekaligus dapat membiayai deposit hartanah anda. Jangan pula anda dengan sengaja mematahkan kaki anda dan klim insuran untuk tujuan ini. Cara itu amat bahaya…
4. Jika anda pembeli hartanah buat kali pertama, anda boleh mengeluarkan wang simpanan pekerja untuk membiayai 10% dari deposit rumah baru. Semak akaun 2, dan carilah mana-mana hartanah yang bersesuaian dengan nilai akaun itu.
5. Menabung dengan ASB adalah satu cara mudah bagi mendapatkan wang muka. Jika anda mensasarkan hartanah yang berharga RM500,000 anda hanya perlu meletakkan deposit RM1000 sebulan secara konsisten. Mengikut unjuran kalkulator saya ini, jika anda mula menyimpan pada awal tahun 2010… pada akhir 2013 anda akan mempunyai RM52,226.59 sebagai wang deposit 10% setelah empat tahun menyimpan. Jadi apa tunggu lagi? mula lah menabung dengan ASB.
Bagaimana anda boleh mendapakan wang RM1000 sebulan untuk ASB walaupun gaji anda hanya RM500 sebulan? Nantikan sambungan artikel ini

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah