farredproperty.blogspot.com memberikan Rujukan, Tips, serta Panduan dalam Hartanah. Sumber Rujukan Tips Hartanah, Rumah untuk dijual dan disewa di Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya
“The foundation of success in life is good health: that is the substratum fortune; it is also the basis of happiness. A person cannot accumulate a fortune very well when he is sick.” P.T Barnum
Jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus – Jangan pernah memaksakan diri jadi pemimpin kalau belum pernah merasakan perjuangan menjadi pengikut/staf/anak buah. Kata mutiara ini sama dengan “a good leader comes from a good follower” (Pemimpin yang bijak lahir dari pengikut yang setia)
Bila kita nak mulakan bisnes jangan tunggu semua sempurna baru nak bermula. Bisnes ni sebenarnya adalah satu proses yang sebenarnya kita timba pengalaman, dari pengalaman inilah yang kita gunakan untuk membangunkan bisnes kita. Bisnes sentiasa ada proses penambah baikkan. Tiada bisnes yang sempurna, semuanya perlukan adalah awak kena Try, Adjust and never give up. Boleh ke boleh?
Ilmu Masa Kecik Dulu, Rupanya Penting Untuk Miliki Rumah Sekarang
Pernah tak dulu, masa kita kecik dulu. Mak kita selalu kata," Kalau tak TAHU, TANYA la Cikgu".
Pernah kan, saya nak tegaskan di sini pasal Konsep TANYA.
Di zaman serba moden ini kita dah lupa amalkan konsep TANYA kepada orang
Tak kisah la tanya jiran, tanya kawan, tanya rakan sepejabat dan seangkatan dengannya.
Contohnya, tanya jiran. Pernah ke anda tanya jiran anda. Berapa buah rumah dia ada?, Ada kah dia nak sewakan rumah dia ada? Berapa keping tanah dia ada?
Bukan nak kepoh-kepoh. Tapi kalau tak tanya, anda tak TAHU kan kan kan
Dari situ anda boleh tahu kalau anda nak cari rumah sewa atau nak beli rumah. Anda boleh pertimbangkan rumah jiran anda kalau dia nak jual atau sewa kan. Hubungan rapat anda dengan jiran mungkin beri anda kelebihan untuk dapat harga murah.
Nampak tak !!
So, konsep TANYA ini sangat-sangat membantu anda jika anda ingin jadi pelabur hartanah.
1. Banyakkan solat taubat. Kalau boleh buat hari-hari 2. Mencari ilmu bermanfaat. Yakni ilmu yang mendekatkan kita pada Allah 3. Mencari kawan yang baik. kawan kita penentu Sikap kita 4. Mencari guru yang murabbi. Mencari mentor yang betul 5. Mencari persekitaran yang baik. Persekitaran membentuk kita ke arah baik dan buruk.
Antara teknik yang hebat saya baca dan nak share dengan anda.
1. Keluar dan hapuskan zon selesa - kalau kita lama dengan zon kita sekarang. Kita boleh jadi batu cendana. kan kan. Bila anda keluar dari zon selesa. Anda boleh explore diri anda sendiri
2. Tukar perkara bosan jadi seronok - Macam selalu buat macam ni, tukar cara buat sesuatu. Pasti anda akan dapat hasil yang lain. Kan seronok lihat benda luar biasa
3. Beri upah pada diri sendiri - Walaupun anda buat sesuatu tugas yang kecil. Beri upah pada diri walaupun sekecil gula-gula. Cuba dulu, baru tahu
Saya ada terbaca yang mengatakan GAGAL tandanya BERJAYA. Mungkin anda akan kata. Tajuk je gempak, nak suruh orang baca tapi hakikatnya kita kena gagal dahulu baru berjaya.
Sebagai contoh, masa kita kecil. Kita belajar makan nasi, pada mulanya kita makan berterabur nasi sampai keluar pinggan. Tapi kini kita makan dengan tertib. Nampak tak?
" Semakin cepat kita gagal, semakin cepat kita belajar. Semakin cepat kita belajar, Semakin dekat kita dengan kejayaan."
Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Gagal juga juga merupakan pencetus inspirasi kepada individu-individu berjaya di dunia.
Anda mesti bertanya dalam hati, Macam mana la mamat dan minat ni jadi JUTAWAN?
Apa dia jual?
Apa dia buat?...
Seorang jutawan tidak lahir dengan kejayaan yang berganda. Mereka adalah golongan yang berusaha keras menghasilkan apa yang mereka inginkan dari kosong sehingga menjadi sesuatu yang istimewa. Napoleon Hill pernah berkata, para jutawan memiliki sifat seperti di bawah ini:-
Sentiasa berfikiran lain dari golongan miskin
Komited melakukan sesuatu
Sentiasa melatih diri untuk berfikir positif dan optimistik
Saya dapat rasakan anda ada sifit ini semua, tidak banyak pun sedikit ada. Apa yang penting anda harus gilap lagi dan mungkin satu hari anda akan jadi JUTAWAN juga
Saya doakan siapa yang baca post ni jadi JUTAWAN !!
Ini adalah sambungan dari 13 Perkara Orang Kuat Mental "Don't Do" (siri 1) Ini sambungannya 4. Mereka Tidak Focus pada Situasi atau Keadaan yang Mereka Tidak Boleh Control "It feels so safe to have everything under control, but thinking we have the power to always pull the strings can become problematic," Morin writes. Perasaan untuk "control" semua boleh buat kita resah gelisah. Alihkan segala tenaga, kuasa, minda anda kepada keadaan yang anda boleh "control". Ini akan meningkatkan kebahagian, kurangkan stress, dapat memperbaiki perhubungan, meningkatkan peluang untuk lebih berjaya. Contoh keadaan yang anda boleh "control" adalah memperbaiki diri sendiri dari segi pergi ke seminar-seminar untuk tambahkan ilmu. 5. Mereka Tidak Perlu Puaskan Hati Semua Orang Kita selalu fikirkan apa "orang kata" kepada kita, sedangkan mungkin mereka "tidak berkata apa-apa pun". Ada keburukan yang akan berlaku jika terlalu "people-pleaser". Satu daripadanya adalah membuang masa, orang yang nak memuaskan hati orang lain selalu ikut kehendak orang lain. Boleh dimanipulasikan. Hakikatnya manusia tidak pernah "PUAS" dengan apa yang ada. Jadi kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Tahu tidak, Jika kita buang "mindset" ini anda akan jadi lebih kuat dan lebih berani buat keputusan.
6. Mereka Berani ambil "Calculated Risks" Kebiasaan orang takut untuk berubah dari segi kewangan, emosi, tubuh badan atau membina perniagaan. Kenapa mereka takut adalah kerana mereka tidak cukup ilmu. Sebagai contoh, untuk nak basikal kita kena ada ilmu berbasikal. Cuba ingatkan kali pertama anda naik basikal. Tentu anda pernah jatuh. Jatuh itu adalah proses untuk ilmu anda naik basikal. Ni contoh soalan yang anda perlu tanya untuk ambil "Calculated Risks" - Apakah faedah nya kepada saya? - Apakah kos yang saya perlu bayar? - Bagaimana ini boleh tolong saya capai matlamat saya? - Adakah cara lain untuk selesaikan masalah ini? - Apakah perkara yang paling buruk akan berlaku jika saya buat ini? bersambung...
"Mungkin ramai yang tidak tahu, Anda sebenarnya berpeluang Buat Duit Senang dalam "USD". Cara Simple sahaja. Syaratnya anda mesti ada blogspot atau website sahaja. Cuma Klik Sign Up Kotak di bawah ini. Taa Daa. Anda Dah Boleh Mula Dapat Income "USD"
"Mungkin ramai yang ingin tahu informasi saya kongsikan ini, andai sudi kongsikan kepada rakan-rakan yang lain"
13 Perkara Orang Kuat Mental "Don't Do" (siri 1) 1. Mereka tidak membuang masa untuk meratapi apa yang telah berlaku. "Rasa bersalah atas apa yang telah berlaku boleh merosakkan diri sendiri".Ia membazirkan masa. Yang penting adalah untuk "berazam memperbaiki keadaan sekarang dan mula menghargai apa yang ada". Matlamatnya menukar rasa bersalah dengan rasa bersyukur apa yang ada sekarang dan mula bertindak untuk betulkan keaddan sekarang". 2. Mereka tidak memberikan Orang Lain "Bentuk" Masa depan Mereka. Mereka "take charge" untuk masa depan mereka. Mereka tidak membiarkan atau mengharapkan orang lain berjaya baru mereka berjaya. Anda perlu berdiri di atas kaki sendiri. Dari sini harga diri anda akan naik. Oprah Winfrey sebagai contoh seseorang yang mempunyai pegangan yang kuat terhadap kuasa mereka. Winfrey membesar berurusan dengan kemiskinan dan penderaan seksual, tetapi "dia memilih untuk menentukan siapa dia akan berada dalam kehidupan dengan tidak memberikan kuasa beliau." 3. Mereka tidak malu untuk perubahan Anda boleh berubah dari segi baju, tempat tinggal, kawan-kawan, tempat kerja tetapi selagi anda tidak merubah minda anda. Anda akan sentiasa di situ. Memamng berubah susah, perit, payah tetapi kalau tidak di mulakan dengan perubahan minda. Semua tidak akan menjadi."Semakin lama anda menunggu untuk berubah, semakin sukar mendapatkan perubahan". Kalau anda tidak berubah hari ini, orang lain akan berubah. bersambung...
"Mungkin ramai yang tidak tahu, Anda sebenarnya berpeluang Buat Duit Senang dalam "USD". Cara Simple sahaja. Syaratnya anda mesti ada blogspot atau website sahaja. Cuma Klik Sign Up Kotak di bawah ini. Taa Daa. Anda Dah Boleh Mula Dapat Income "USD"
"Mungkin ramai yang ingin tahu informasi saya kongsikan ini, andai sudi kongsikan kepada rakan-rakan yang lain"
"Mungkin ramai yang tidak tahu, Anda sebenarnya berpeluang Buat Duit Senang dalam "USD". Cara Simple sahaja. Syaratnya anda mesti ada blogspot atau website sahaja. Cuma Klik Sign Up Kotak di bawah ini. Taa Daa. Anda Dah Boleh Mula Dapat Income "USD"
"Mungkin ramai yang ingin tahu informasi saya kongsikan ini, andai sudi kongsikan kepada rakan-rakan yang lain"