Showing posts with label pemaju. Show all posts

Wednesday

Cara Beli Rumah Lelong (Simple Je)

cara beli rumah lelong

1. Dapatkan Alamat penuh Rumah Lelong

2. Pergi Site Visit rumah Lelong (Lihat keadaan rumah dan Sekeliling). Dah puas hati

3. Sediakan Bank Draft 5% or 10%

4. Contact saya (019 214 2380) untuk Register Lelong

Tips Setelah Menang Rumah Lelong

Kami Mencari Hartanah Introducer!

Tanpa Modal, Masa Kerja FLEKSIBEL, Tidak Perlu "Paper work", Tidak Perlu Fikir Pasal Loan, Tidak Perlu Fikir Pasal Lawyer, Tiada Kontrak

KOMISEN Menarik akan Diberikan!

Cara Sebagai 'introducer' anda hanya perlu perkenalkan sahaja hartanah-hartanah yang kami jual dan kami akan uruskan semua hal-hal di atas. Mudah bukan?!

Cara Marketing akan diajar

Semua Ini PERCUMA!

Sila Isikan Nama dan Email Anda

Nama:
Email:

Rumah Teres 1 Tingkat untuk dijual di Tanjung Malim

1.       Rumah 20x70 teres 1 tingkat intermediate
2.       Halaman depan & Belakang simen
3.       Ada air-well kat dalam.. ada halaman kecik untuk sidai kain or tanam pokok la.. situ pun dah simen
4.       Grille semua ada.
5.       So far no problems.. leaking.. crack..
6.       RM135,000 (nego)
019-214 2380

Friday

Cara Membeli Sebuah Rumah dari PEMAJU atau DEVELOPER

Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan urusan-urusan sebelum dan
semasa membeli rumah.

1. Pilih Lokasi Rumah.

a). Pilihlah lokasi yang dekat dengan tempat kita bekerja untuk mengurangkan
kos pengangkutan ketempat kerja.

b). Pilih lokasi yang stretegik, ada potensi untuk membangun supaya harga
rumah dan kadar sewa meningkat dimasa depan.

c). Lokasi yang majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang
urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendara dsb.

2. Pilih Jenis Rumah.

a). Jenis rumah yang mampu kita beli dan sesuai dengan pendapatan kita. Tak
kiralah apartment ke, teres ke atau banglow.

b). Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya, jumlah
biliknya, parking space dsb.

c). Jenis hak milik, pajakan atau kekal.

3. Pilih Pemaju.

a). Pilihlah pemaju yang dah establish atau syarikat besar yang tersenarai
di BSKL macam Sime UEP, Negara Prop., dll. Kalau pemaju keci-kecilan, takut
projek terbengkalai. Macam kawan saya dah terkena, 3 tahun tak siap lagi.

b). Syarikat pemaju besar-besar ni, dia orang berurusan dengan pembeli
secara professional, tak banyak kerenah. Dia orang mesti jaga imej. Kalau
yang ada ISO 9000 ke lagi bagus.

4. Pilih Peguam (Loyar).

a). Loyar Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) - yang ni biasanya
free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem dan photostat.

b). Loyar Bank untuk urusan perjanjian pinjaman - boleh cari sendiri atau
suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung kepada
jumlah loan. Professional fees kalau tak silap 1% dari jumlah loan plus duit
stem, photostat dan lain-lain documentations.

5. Pilih Bank.

a). Pinjaman boleh dibuat dimana-mana bank yang menawarkan housing loan
samada panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.

b). Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman,
interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau
konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan <
1/3 dari pendapatan bulanan kita.

c). MRTA - Insuran untuk cover loan (wajib) - boleh bayar cash atau masuk
dalam loan (one lump sum).

d). Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).

6. Pengeluaran KWSP.

a). Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama
atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.

b). Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara
harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan
jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.

Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.

10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 +
RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar semua
simpanan itu. Kalau akaun2 ada RM30,000 kita cuma boleh keluarkan RM20,000
saja (sebab dikira yang terendah).
Adalah dinasihatkan kita check akaun2 dulu sebelum kita decide berapa loan
kita nak ambil. Kalau akaun2 kita banyak, kita boleh kurangkan loan.

c). Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran : i. borang
permohonan, ii. salinan S&P, iii. salinan I.C. iv. salinan surat tawaran
loan. Boleh buat kat mana-mana pejabat KWSP. Pengeluaran akan datang setiap
3 tahun sekali untuk mengurangkan loan.

7. Lain-lain hal.

a). Jaga-jaga dengan 'late payment interest'. Yang ini ramai orang terkena
masa nak ambil kunci rumah. Tak kira kesilapan siapa samada pemaju sendiri,
pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment
pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Dalam
S&P ada kata " Without prejudice to the Vendor's right under clause
bla...bla..." Dalam hal ni pembeli tak ada hak nak bersuara langsung
walaupun kesilapan yang menyebabkan kelewatan pembayaran dilakukan pihak
pemaju atau pihak bank.

b). Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar
failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian
hari.

c). Tempoh S&P biasanya 2 tahun, dan ada juga yang 3 tahun. Pihak pemaju
akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau
sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum
dapat CF dari pihak berkuasa tempatan) untuk mengelakkan dari
melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi
mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh
tapi rumah tak leh duduk - kena bayar rumah sewa lagi.

d). Lepas ambil kunci check rumah betul-betul, ada crack ke, bocor ke.
Komplain terus kepada pemaju sebab still under warranty (18 bulan).

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom Google PageRank
Checking tool

Wednesday

Projek rumah RM2b di Sabah

KOTA KINABALU 8 Feb. - Satu perkongsian pintar antara Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (SHTDA) dengan pemaju dari Semenanjung akan menyaksikan 20,000 buah rumah mampu milik dibina di seluruh Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.
Projek itu adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 2008, kata Pengurus Besar SHTDA Jenar Lamda pada sidang akhbar selepas taklimat dengan pemaju projek tersebut Probil Sonati Development Sdn. Bhd., di sini, hari ini.
Projek tersebut yang melibatkan kos RM2 bilion akan dijalankan dalam empat fasa dengan sokongan daripada Bank Rakyat, Maybank, EON Bank dan Etiqa Insurance, katanya.
Bagaimanapun, Pengerusi merangkap Presiden Sonati Group Bhd. Datuk Ir. Nik Mokhtar Hassan berkata, projek itu akan berasaskan kepada permintaan, bergantung kepada kajian kemungkinan.
Menurutnya, fasa pertama dilancarkan pada Mei tahun ini dengan 6,000 buah rumah teres di Kunak, Kudat dan Sandakan dijangka disiapkan dalam masa dua tahun, melibatkan kos kira-kira RM616 juta.
Kawasan-kawasan lain yang telah dikenal pasti bagi projek tersebut ialah Tawau, Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, dan bandar-bandar di kawasan pedalaman.
Selain rumah teres, jenis rumah yang akan dibina ialah pangsapuri, rumah berkembar dan banglo. Harga bagi rumah kediaman tersebut adalah antara RM85,000 dan RM2 juta dan agak rendah berbanding rumah-rumah lain dalam kelas yang sama.
Jenar berkata, selain ciri rumah tiga bilik dan dua bilik air, ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti akses wi-fi dan jalur lebar untuk menyediakan kepada keperluan generasi akan datang.
"Permintaan bagi rumah-rumah seperti itu ada. Menerusi projek ini, kami berharap misi kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik akan dapat dicapai," katanya.
-Bernama

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Cara beli rumah dari PEMAJU (^_^)

Cara Membeli Sebuah Rumah