Wednesday

Feng Shui Rumah? Apa tu?



Feng Shui hmmm, ramai pembeli Hartanah yang tidak hiraukan factor yang satu ni untuk beli Hartanah. Anda mungkin akan mengangguk “dalam hati” walaupun berat nak tunjuk kan. Setiap anda yang beli “property” ada niat untuk menjual atau menyewakan kepada seseorang kan?. Tapi kalau yang nak dok sendiri tu, terpulang la. Kepada yang ingin menyewakan atau menjual pada orang lain (semua kaum “1 Malaysia). Faktor yang penting ini jangan dilupakan.

Pada pandang saya Feng Shui adalah garis panduan untuk memiliki “property”. Anda mahu percaya atau tidak “tepuk dada, Tanya selera”. Bila difikirkan ada betulnya Feng Shui ini. Anda pernah dengar tak, ada sesetengah “property” yang mempunyai Feng Shui yang baik, harganya pun “baik (tinggi)”. Ini bukan cerita lawak, memang berlaku. Tuan rumah yang mempunyai Feng Shui“property” yang baik adalah bertuah. Dalam buku AZIZI ALI “ Jutawan Hartanah” ada sedikit ilmu yang saya mahu kongsikan dengan anda semua.

Menurut Feng Shui, elakkan:

  1. Rumah yang menghadap jalan lurus
  2. Rumah yang menghadap simpang tiga
  3. Nombor rumah yang berakhir dengan angka 4 (membawa maksud beritma dengan kematian dalam bahasa Cina)
  4. Rumah yang bersebelahan tanah perkuburan, tempat pembuangan sampah, janakuasa elektrik
  5. Unit paling atas dalam apartment
  6. Rumah yang menghadap sungai (takut banjir je)

Menurut Feng Shui, kalau boleh:

  1. Beli hartanah yang mempunyai warna yang terang benderang (nampak menarik)
  2. Beli hartanah yang mempunyai siling yang tinggi (pengudaraan baik)
  3. hartanah yang mempunyai tangga yang luas sekurangnya 3 kaki (senang nak angkut barang, semua katil dan almari kan besar-besar)

Nak lebih lagi ilmu Feng Shui, Ni dia pakar Feng Shui Malaysia http://www.lillian-too.com/index.php banyak ilmu Feng Shui di sini. Semoga tip ini dapat menambah ilmu untuk membeli rumah untuk investment.

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: