Friday

Sasar jualan RM1.3 bilion

Sasar jualan RM1.3 bilion


KUALA LUMPUR 7 April - Gamuda Land mahu meningkatkan jualan hartanahnya kepada RM1.3 bilion bagi tahun kewangan semasa berakhir pada 31 Julai 2011 berikutan terdapatnya permintaan berterusan di negara ini.

Peningkatan itu juga akan dibantu oleh jualan projek hartanah di kawasan pembangunan perbandaran setempat iaitu Yen So Park di Hanoi, Vietnam.

Pengarah Urusannya, Chow Chee Wah berkata, sasaran itu akan dipacu oleh beberapa projek perumahan mewah Gamuda Land yang masih berterusan seperti Kota Kemuning (Shah Alam), Valencia (Sungai Buloh), Horizon Hills (Johor Bahru), Jade Hills (Kajang) dan Bandar Botanic (Klang) dan Madge Mansions di Jalan Ampang di sini.

Chee Wah berkata, sikap pembeli di negara ini yang melihat pembelian rumah sebagai pelaburan jangka panjang menjadi sebab mengapa sasaran itu mampu tercapai.

"Kadar faedah pinjaman pembelian perumahan yang rendah ketika ini akan membantu peningkatan jualan perumahan.

"Sasaran ini (RM1.3 bilion) bakal menjadi rekod terbaik dicapai oleh Gamuda Land setakat ini," katanya pada sidang media mengenai projek kondominium mewah, Madge Mansions di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan lalu, jualan hartanahnya berjumlah RM800 juta, kata beliau sambil menambah sehingga suku ketiga tahun kewangan semasa juga, jualan oleh Gamuda Land sudah pun mencapai RM860 juta.

Kondominium mewah Madge Mansion yang dibina di atas tanah berkeluasan 0.8 hektar itu menawarkan 52 buah rumah. Setiap kediaman mempunyai keluasan dari 3,900 kaki persegi hingga 8,379 kaki persegi. Harga purata setiap kaki persegi adalah RM1,320.

Bagi setiap pembelian rumah, pembeli akan turut ditawarkan perkhidmatan seperti tukang masak, pembersih dan penjaga rumah dan pembantu aktiviti rekreasi.

Peluang tempahan telah dibuka sejak bulan lepas. Nilai pembangunan kasarnya (GDV) adalah RM320 juta dan kondominium ini dijangka siap sepenuhnya pada 2014.

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: