Rahman Dahlan terus trending ketika ini dikalangan benak fikiran rakyat Malaysia apa terus menerus memberikan idea, cadangan, pandangan untuk membantu survival hidup rakyat Malaysia dengan kos sara hidup di Malaysia dengan berita kenaikan harga dan caj di sana dan sini.
Apa yang boleh Berita Semasa katakan, pemimpin seperti Salleh Keruak, Rahman Dahlan dan juga Ahmad Maslan boleh belajar dengan tokoh politik yang lebih bijak dans edikit relevan dalam memberikan pandangan dan kenyataan mediaserta masih boleh diterima ramai seperti Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin, Nur Jazlan, Anifah Aman, Husni Hanadzlah.
Usahlah terlalu menonjol dan gopoh memberikan kenyataan sangat atas nama survival politik sendiri. Kelak takut rebah di kandang sendiri nanti. Ok fullstop!
Berita terkini yang Berita Semasa terima yang mana melihatkan masalah dan isu harga rumah di Malaysia dan juga isu unit-unit hartanah bumiputera acapkali menjadi masalah kerana tidak berjaya terjual oleh pemaju, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tampil dengan cadangan berdasarkan kronologi masalah di bawah ini :
Pemaju bangunkan projek perumahan, akan ada kuota untuk unit hartanah bumiputera
Pemaju merungut tidak mampu menjual unit bumiputera tersebut. Tak laku katanya
Sedangkan ramai yang mengatakan unit bumiputera acapkali habis
Pemaju akan diberikan tempoh untuk jual unit bumiputera tersebut dan boleh mohon untuk dijual unit tersebut kepada pasaran bebas (non bumi)
Jadi idea dan cadangan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu pemaju bagi masa 3 bulan kepada KPKT untuk jual lot bumiputera tersebut. Jikalau tidak boleh jual juga, barulah pemaju jual kepada pasaran bebas. Maknanya Kemnterian akan jual sendiri unit dan lot bumiputera tersebut kepada anda semua dalam tempoh 3 bulan. Setuju?
Bagi Berita Semasa sendiri, atas nama kertas nampak cantik, tetapi pelaksanaannya?
Jual Hartanah Bumiputera Tak Laku : Kerajaan Pembuat Polisi atau Peniaga?
Lagipun Kementerian bukan penjual atau peniaga. Kementerian kena tolong dan bersama dengan rakyat. Kementerian bukannya hamba dan orang suruhan pemaju untuk jual rumah dan unit hartanah bumiputera yang tidak laku daripada pemaju. Sepatutnya, Kementerian perlu draft polisi, laksana, pantau, check and balance, berkhidmat kepada rakyat, pastikan undang-undang dipatuhi.
Mengapa kerajaan Malaysia dan kementerian masih dilihat berlembut dengan kapitalis hartanah dan ikan-ikan jerung pemaju perumahan ini?
Mengapa dan kenapa Menteri tidak mahu belajar dengan kerajaan Singapore. Apa yang kerajaan Singapore laksanakan?
Contohnya, di Singapore Setiap rumah yang tidak dijual dalam tempoh tertentu, pemaju perlu membayar denda.
Malaysia?
Ataupun paling tidakpun, buat satu akta baru yang rumah-rumah yang tidak berjaya dijual bakal dirampas untuk dijual bawah harga pasaran kepada rakyat Malaysia. Ini semua membolehkan pemaju bekerja keras tanpa hanky panky untuk menjual rumah tersebut. Barulah pemaju akan berfikir 100 kali sebelum berlumba-lumba bina rumah mewah selepas ini. Ataupun sorok hartanah bumiputera dengan harapan dalam jual pada pasaran bebas (non bumi lot) dengan harga yang lebih tinggi dan mahal.
Cerdik sikitlah menteri. Tugas kementerian bukan sebagai penjual rumah, lebih kepada penggubal polisi perumahan. Jikalau penggubal polisi dan penjual adalah entiti yang sama. Apa maknanya?
P/S : Dalam pada masa Berita Semasa bukan apa, takut unit bumiputera yang dikatakan ingin dijual itu terlepas dan jatuh kepada golongan dan kelompok yang tidak sepatutnya. Sejarah sudah membuktikannya. Ehemmm…..
sumber asal : sini
Baca: Chef Wan New House...WOW!
Baca lagi: WOW! ...RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA
Farred Property memberikan Sumber Rujukan, Tips Hartanah, Rumah untuk dijual dan disewa, Bilik-bilik Sewa di Lembah Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Putrajaya. No Whatsapp/Call/SMS : 013 365 2380 (Farred)
No comments:
Post a Comment