loading...
Husni: Sektor hartanah meningkat 6.8 peratus | Farred Property
RSS

Husni: Sektor hartanah meningkat 6.8 peratus

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sektor hartanah Malaysia dijangka berkembang 6.8 peratus tahun ini dan 5.7 peratus tahun depan meskipun terdapatnya persekitaran ekonomi luaran yang mencabar.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sektor hartanah domestik dijangka dapat mengekalkan momentum pertumbuhannya kerana Bajet 2012 sudah cukup akomodatif untuk mengurangkan sebarang gangguan sistematik kepada ekonomi.

"Sektor hartanah kita juga telah menyaksikan pemulihan yang mengagumkan daripada kemerosotan 8.3 peratus dari tahun 2008 hingga 2009 kepada pertumbuhan tahun-atas-tahun 32.6 peratus dalam tahun 2010," kata beliau di Kongres Hartanah Asia Pasifik FIABCI 2011 di sini hari ini.

Ahmad Husni juga berkata, sektor perkhidmatan perniagaan akan mengalami pertumbuhan yang serupa iaitu 6.8 peratus tahun ini dan 5.7 peratus tahun depan.

"Sejak pemulihan ekonomi Malaysia daripada kejutan luar yang disebabkan oleh krisis ekonomi global 2009, keyakinan dalam pertumbuhan masa depan ekonomi domestik telah kembali," kata beliau.

Beliau berkata, masa depan pembangunan hartanah di dalam negara cerah kerana kerajaan bercadang membina sistem pengangkutan awam dan mewujudkan perkhidmatan pengantara dalam tempoh 10 tahun ini.

Projek-projek lain termasuklah menggiatkan semula Sungai Klang untuk bertindak sebagai titik utama bagi kawasan komersil dan rekreasi sepanjang sungai, kata beliau sambil menambah yang kerajaan akan menggalakkan pembinaan pembangunan bandar ikonik.

Ahmad Husni juga berkata, Asia Pasifik akan menyumbang kepada peratusan tertinggi pembangunan hartanah seluruh dunia.

"Seiring dengan perkembangan pendapatan per kapita, industri hartanah Asia akan menyaksikan permintaan yang meningkat untuk produk sofistikated," kata beliau. - Bernama


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Terima Kasih kerana Sudi Membaca
Judul: Husni: Sektor hartanah meningkat 6.8 peratus
Ditulis Oleh farid idris
Saya harap berikan link yang menuju ke artikel Husni: Sektor hartanah meningkat 6.8 peratus ini. Sesama blogger mari saling menghargai. Terima kasih atas perhatiannya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: