loading...
August 2013 | Farred Property
RSS

Sale: Dataran Otomobil sek 15 Shah alam

1.Dataran otomobil
835sqft tgkat 4
167k nego tenanted
2.dataran otomobil
835sqft tingkat 3
175k nego

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 storey end lot, Tmn Maznah Klang

1storey End Lot, Tmn Maznah Klang
20x 75
4room 2bathroom 1store
Freehold, non bumi
Clean/ well maintain
Near giant kampung jawa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semi d carmita ada 2unit lagi

Semi-d carmita ada 2unit lagi. Sapa nak beli boleh bgtau.1 unit 400k. 1 unit 390k.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sale : Apt kasuarina puncak alam tingkat 4

Apt kasuarina puncak alam tingkat 4, rm90k. Sape ade nak beli... Pm saya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Otai Property cakap (Robert Kyosaki ) Jangan Beli Rumah!



Selamat tengah hari,
Saya nak kongsikan kenapa " Otai Property cakap (Robert Kyosaki ) Jangan Beli Rumah!
".
Apa tujuan anda beli rumah? untuk duduk sendiri atau invest?
Kalau untuk tujuan sendiri, rumah akan jadi liabiliti kepada anda (Bad debt), dalam bahasa melayu yang mudah "bayar ansuran rumah, keluar duit poket sendiri la".
Kalau untuk invest, rumah tu akan jadi aset kepada anda (Good Debt), dalam bahasa melayu yang mudah "bayar ansuran rumah, orang bayarkan + untung (duit masuk poket u)"
Biasanya investor atau big business owner dia orang akan pikir macam mana dia nak beli something (contoh rumah, kereta, dll) guna duit orang dahulu sebelum beli barang tu.
Ini pendapat saya sahaja, bukan tunjuk pandai...hanya berkongsi. kalau salah, saya suka terima teguran.
Petikan dari Robert Kyosaki
Debt
“Buy a house. Your house is an asset and your biggest investment.”
Advising most people to invest in a home is training them to go to the bank
and get into bad debt. A house is a liability because it only takes money out
of your pocket. Often, your house is not your biggest investment; it is your
biggest liability. It does not put money into your pocket. That truth is no more
apparent than today’s economic crisis.
Those with the investor and big business owner mindset use the debt to
purchase cash-flowing assets like apartment buildings-assets that put money
into their pockets, not take money out of them. People with the investor and
big business owner mindset know the difference between good debt and
bad debt.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sewa:Flat pkns sek 7 Shah alam

Sewa Rm 900
Tingkat 5
Peti ais & mesin basuh ada.
Dekat Uitm, Jakel, Ict, and hospital
Call farred
0133652380

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Merawat Permaidani-Tips hari ini

Hai, selamat bertemu kembali, pada hari ini kita akan mencuba tip-tip yang baru cara-cara untuk merawat permaidani. Pastikan permaidani yang digunakan adalah untuk menyerikan lagi rumah anda bukan sebaliknya. Ini kerana permaidani yang kusam, kotor dan berhabuk tiadak dapat menceriakan suasana di dalam rumah anda.
Bagaimana untuk Merawat Permaidani
1.       Gulung atau hamparkan kain bersih di atas permaidani anda  setiap kali hendak masuk tidur atau sewaktu hendak meninggalkan rumah. Ini kerana untuk menjaga kebersihan permukaan permaidani yang sering menimbulkan masalah kerana mudah memerangkap habuk.
2.       Untuk mencegah pembiakan hama pada bulu permaidani, jemur permaidani di bawah panas terik matahari beberapa jam sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
3.       Sila gunting hujung benang yang terkeluar jika terdapat jahitan benang atau bulu permaidani yang tercabut, jangan ditarik kerana ini boleh menyebabkan keseluruhan benang tanggal.
4.       Penjagaan lebih teliti perlu diberi untuk permaidani yang mahal dan berkualiti. Permaidani seperti ini mungkin hanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Pastikan permaidani dibersihkan dan dikeringkan sebelum digulung dan dibalut dengan kertas warna coklat untuk disimpan. Tutup bahagian hujung gulungan supaya tidak dimasuki habuk dan serangga. Simpan di tempat gelap dan berudara.
Sekian, Terima kasih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapa Kata Pindah Rumah Mahal, Ikut tip ini

Selepas proses pengambil alihan hartanah selesai, dan anda telah memperolehi kunci rumah yang dibeli. Ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan. Bayangkan jika seseorang itu baru sahaja keluar dari rumah tersebut, atau kemungkinan rumah tersebut masih baru anda pasti mahu mengubahnya mengikut citarasa anda. Dengan itu, berikut disediakan beberapa perkara penting, selepas memperolehi kunci rumah idaman.
Dapatkan Krew pembersihan
Sebelum anda datang ke rumah baru dengan berkotak-kotak dan berlori-lori barangan peribadi, anda perlu pastikan yang rumah atau hartanah tersebut telah dibersihkan. Jangan terkejut jika anda datang semula ke rumah tersebut, anda berjumpa dengan bermacam-macam lubang dan binatang “buas” seperti ular dan lipan. :)
Oleh itu, rekrut krew pembersihan. Hari ini pelbagai perkhidmatan pembersihan disediakan oleh macam-macam syarikat. Ada yang murah ada yang mahal, bergantung pada kualiti yang tuan/ puan mahu. Jika baget menghalang, cukup saja memanggil anak-anak atau saudara untuk membantu. Jangan terkejut, kawan-kawan pun jika di jemput akan membantu, upah lah makan tengah hari untuk mereka. Sudah pasti mereka dengan rela hati membantu. Anggap saja ini macam “gathering” antara anda dan keluarga, saudara dan kawan-kawan.
Dapatkan seseorang yang mahir
Semasa menjemput mereka itu, pastikan apa kemahiran mereka. Sebagai contoh; dapatkan orang yang tahu sedikit tentang pemasangan barang elektirk atau membaiki sikit-sikit “plug” atau “suis’ yang tertanggal. ini menjimatkan kos penyelenggaraan. Sesuatu yang pasti didalam rumah yang lama, iaitu paip bocor. Minta lah seseorang yang tahu untuk membantu, anda sediakan barang kerja, mereka bantu anda untuk membaikinya. Tetapi Awas! jangan memaksa, nanti lain pula jadinya.
Walaupun terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan sendiri, pasti anda beberapa perkara yang membatasi kemampuan anda dan krew pembersihan. Ianya berlaku apabila hartanah yang dibeli itu tidak didalam keadaan baik. Jika anda mendapati hartanah itu memerlukan khidmat ubahsuai, adalah baik anda menghubungi pakar ubahsuai sebelum anda berpindah. Anda senaraikan barangan yang mahu di ubah dan mereka akan memberi sebut harga pada khidmat tersebut.
Dapatkan pakar ubahsuai
Adalah baik sebelum berpindah, anda membuat kesemua ubahsuai mengikut citarasa. Mungkin anda mampu untuk membelanjakan beberapa puluh ribu untuk keselesaan, jadi mulakan dari awal. Kerana apabila anda tinggal disana dan barulah mahu memecahkan siling untuk ditukar ke siling kapur dengan “cornish” berwarna emas, mungkin akan membuatkan anda tidak selesa beberapa minggu. Jadi buat ubah suai sebelum anda masuk. Jika tidak darah tinggi anda mungkin naik, bila setiap hari memandang rumah yang bagai kapal pecah.
Sesuaikan keadaan kewangan
Membeli hartanah baru walaupun dengan pinjaman bank, kadang-kadang kosnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi sesuaikan keadaan dengan menumpukan dahulu bayaran pinjaman. Jika ada wang lebihan, baru lah anda berkarya mengikut bajet. Oleh itu pastikan perbelanjaan anda tidak melampau dan menghakis rizab bayaran bulanan pinjaman. Biarkan jika ia mengambil masa 2-3 bulan atau pun setahun untuk cantik. Yang penting, anda tidak membebankan keluarga dengan perbelanjaan “super” mewah sedangkan anda boleh mengadakan sesuatu yang lebih baik untuk keluarga.
Sekian sahaja tip kali ini,
Semoga berjaya pelabur semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengenakan tindakan lebih tegas dengan menyenaraikan seramai 420,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) mulai bulan ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, PTPTN telah mewujudkan sistem berkenaan dengan kerjasama Bank Negara bagi membolehkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman selepas tempoh tiga setengah tahun tamat pengajian.
“Penyenaraian kepada sistem CCRIS ini bukanlah sesuatu yang bakal menyusahkan peminjam tetapi untuk memberi kesedaran kepada para peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjaman atau berunding dengan pihak PTPTN.
“Selain itu, kita juga akan fokus kepada mereka yang masih ingkar selepas diberi beberapa notis awal serta amaran akhir, kita akan mengambil tindakan CCRIS,” katanya selepas Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTPTN di sini hari ini. - KOSMO!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS