Hai, selamat bertemu kembali, pada hari
ini kita akan mencuba tip-tip yang baru cara-cara untuk merawat
permaidani. Pastikan permaidani yang digunakan adalah untuk menyerikan
lagi rumah anda bukan sebaliknya. Ini kerana permaidani yang kusam,
kotor dan berhabuk tiadak dapat menceriakan suasana di dalam rumah anda.
Bagaimana untuk Merawat Permaidani
1. Gulung atau hamparkan kain
bersih di atas permaidani anda setiap kali hendak masuk tidur atau
sewaktu hendak meninggalkan rumah. Ini kerana untuk menjaga kebersihan
permukaan permaidani yang sering menimbulkan masalah kerana mudah
memerangkap habuk.
2. Untuk mencegah pembiakan hama
pada bulu permaidani, jemur permaidani di bawah panas terik matahari
beberapa jam sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
3. Sila gunting hujung benang yang
terkeluar jika terdapat jahitan benang atau bulu permaidani yang
tercabut, jangan ditarik kerana ini boleh menyebabkan keseluruhan benang
tanggal.
4. Penjagaan lebih teliti perlu
diberi untuk permaidani yang mahal dan berkualiti. Permaidani seperti
ini mungkin hanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu sahaja.
Pastikan permaidani dibersihkan dan dikeringkan sebelum digulung dan
dibalut dengan kertas warna coklat untuk disimpan. Tutup bahagian hujung
gulungan supaya tidak dimasuki habuk dan serangga. Simpan di tempat
gelap dan berudara.
Sekian, Terima kasih
No comments:
Post a Comment