Friday

105% Pembiayaan Loan Perumahan MBSB (Update)


Skim Rumah Pertamaku-i

Skim Rumah Pertamaku-i ditawarkan kepada golongan dewasa dengan menyediakan kemudahan pembiayaan sehingga 105% bagi memiliki rumah kediaman pertama.

Kontrak Syariah

  • Bai’ Bithaman Ajil (BBA) adalah kontrak jual beli sesuatu aset secara pembayaran bertangguh dan secara ansuran dalam tempoh pembayaran yang telah dipersetujui.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 40 tahun ke bawah;
  • Permohonan individu atau bersama;
  • Pembelian rumah pertama;
  • Bermajikan:-
    • Pemohon yang telah disahkan jawatan oleh majikan yang sama sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh mula berkerja; dan
    • Graduan (lepasan Ijazah) atau sekurang-kurangnya mempunyai 3 tahun pengalaman berkerja (bukan lepasan Ijazah).

    Kelayakan Hartanah

    • Hartanah kediaman bernilai RM100,000 sehingga RM500,000;
    • Hartanah kediaman siap atau dalam pembinaan di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kota Kinabalu, Kuching, Ipoh, Kuantan dan Negeri Sembilan; atau
    • Hartanah kediaman yang dibeli dari mana-mana pemaju yang mempunyai pembiayaan penyambung dari MBSB;
    • Untuk kediaman sendiri.

    Tempoh Pembiayaan

    • Sehingga 35 tahun atau berumur 75 tahun; yang mana lebih awal.

    Kadar Keuntungan

    • Kadar keuntungan efektif yang menarik serendah 5.05%* setahun.

    Faedah Istimewa

    • Tiada had pendapatan maksima;
    • Subsidi yuran guaman dan penilaian sehingga RM6,000;
    • Pengecualian yuran pemprosesan;
    • Perlindungan kadar maksima dari perubahan Kadar Dana Efektif-i (KDE-i) dan kenaikan kadar pembiayaan.
    *Tertakluk pada Terma dan Syarat.
    Kadar Dana Efektif-i (KDE-i) MBSB semasa adalah 6.75%.



Klik SINI -- Mahukan Tips Hartanah PERCUMA dan List Rumah Murah... 

Baca:  Chef Wan New House...WOW! 

Baca lagi:  WOW! ...3 RUMAH MEWAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA

"Mungkin ramai yang ingin tahu informasi saya kongsikan ini, andai sudi kongsikan kepada rakan-rakan yang lain"

Farred Property memberikan Sumber Rujukan, Tips Hartanah, Rumah untuk dijual dan disewa, Bilik-bilik Sewa di Lembah Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Putrajaya. No Whatsapp/Call/SMS : 019 214 2380 (Farred)

No comments: