loading...
Tanaman Hiasan yang Cantik Tapi Sebenarnya Merbahaya | Farred Property
RSS

Tanaman Hiasan yang Cantik Tapi Sebenarnya Merbahaya

Tanaman Hiasan yang Cantik Tapi Sebenarnya Merbahaya



Ramai yang minat dengan Tanaman Hiasan yang Cantik. Tidak menjadi kesalahan jika sukakan Tanaman Hiasan yang Cantik tapi anda harus tahu ciri-ciri setiap Tanaman Hiasan itu.

Mungkin ianya merbahaya dari segi getah pokok itu mengandingi racun jika di sentuh atau macam-macam lagi. Saya ingin kongsikan beberapa Tanaman Hiasan yang Cantik yang merbahaya.

Ini supaya kita kenal dengan lebih mendalam tentang Tanaman Hiasan kita.


1.  Tumbuhan yang beracun

Tumbuhan berduri, beracun, atau mempunyai getah yang gatal tidak sesuai ditanam sekiranya mempunyai anak-anak kecil. Contohnya  spesies tumbuhan berikut:

– Bunga Jepun Thevetia sp;  Oak leaf Euphorbia sp;  Bunga cina Tabernaemontana sp. – Getahnya gatal

– Kecubung Datura sp; – Daun , bunga , buah yang memabukkan

– Buta-buta Excoecaria sp;  dan Tulang-tulang Euphorbia tirucalli -Getah beracun

– Bunga loceng Allamanda cathartica; Getah beracun (seluruh tumbuhan)

– Adenium Adenium obesum Getahnya boleh jadi racun ikan

– Jarak buncit Jatropha podagrica Boleh menyebabkan koma kalau makan

– Saga laut Abrus precatorius; Biji beracun (1 biji boleh membunuh)

– Balung ayam Celosia argentea; Daun beracun

– Keladi hiasan Caladium sp; jusnya beracun

– Bunga tahi ayam Lantana camara; buahnya beracun boleh membawa maut

– Bushmanspoison –  digunakan oleh suku Khoisan di Afrika Selatan sebagai  racun untuk anak-anak panah mereka. Meski tanaman ini berbunga harum dan buahnya yang enak, tetapi getahnya merupakan racun berbahaya. Daun-daunnya sendiri boleh dijadikan bahan obat-obatan. Racunnya ini juga dikenal dengan sebutan “wintersweet”.

– Angel’s trumpet -sejenis  penyebab halusinasi yang seharusnya tidak digunakan  kerana boleh pengsan  Kandungan aktifnya adalah atropine, hyoscyamine dan scopolamine yang diklasifikasikan sebagai zat penghilang kesadaran atau anticholinergics.

2. Begitulah juga  bagi penggemar tanaman herba. Terdapat herba beracun seperti:

– Bintangur Laut – Keseluruhan pokok terutama daun dan bijinya didapati mengandungi minyak perengsa yang mengakibatkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit jika termakan. getahnya pula merbahaya kepada mata dan kulit.

– Bakung – Gel lendir atau jus pokok ini mengandungi racun alkaloid likori yang tahan haba. Sangat merbahaya jika termakan walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan.

– Balung ayam – Bahagian daunnya dikesan mengandungi sejumlah bahan alkaloid. Ia tidak merbahaya jika direbus dahulu sebelum diambil sebagai ubatan tradisional namun dalam jumlah atau kepekatan yang tinggi, ia boleh memudaratkan kesihatan.

– Seri pagi – Bijinya yang matang dikesan mengandungi racun alkaloid indol yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kabur penglihatan

– Kemunting cina– Daunnya yang tua mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya dalam keadaan mentah. Dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan.

– Sesudu– Kulit yang terkena getah akan merengsa merah dan bagi mereka yang berkulit halus pula akan menunjukkan kesan bagaikan terkena asid. Pandangan mata yang terkena getah akan menjadi kabur dan bagi keracunan serius, buta sementara. Getahnya jika tertelan akan menyebabkan muntah-muntah dan diarea yang teruk.

– Biji kesturi (castor bean) – Racun tanaman paling berbahaya di muka bumi. Sebiji kecil kesturi cukup untuk membunuh seorang dewasa hanya dalam beberapa minit saja kerana racun ricin di dalamnya.

– Rosary pea– akan menyebabkan demam, mual, mengeluarkan muntah berbusa, disfungsi gula darah, kejang-kejang, lalu menyerang ginjal,  pendarahan retina, dan luka dalam yang sukar pulih.

Kesimpulannya, anda pasti terkejut jika  sedar bahawa ada beberapa tanaman yang benar-benar sangat berbahaya tumbuh di sekitar kita, Jangan risau, setelah mengenali spesies tumbuhan yang berkenaan,  anda pasti akan dapat manfaatnya.

Sila kongsikan dengan rakan anda supaya mereka pun dapat manfaat bersama.



Klik SINI -- Mahukan Tips Hartanah PERCUMA dan List Rumah Murah... 

Baca:  Chef Wan New House...WOW! 

Baca lagi:  WOW! ...3 RUMAH MEWAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA

"Mungkin ramai yang tidak tahu, Anda sebenarnya berpeluang Buat Duit Senang dalam "USD". Cara Simple sahaja. Cuma Klik Sign Up Kotak di bawah ini. Taa Daa. Anda Dah Boleh Mula Dapat Income "USD"


VigLink banner

"Mungkin ramai yang ingin tahu informasi saya kongsikan ini, andai sudi kongsikan kepada rakan-rakan yang lain"

Farred Property memberikan Sumber Rujukan, Tips Hartanah, Rumah untuk dijual dan disewa, Bilik-bilik Sewa di Lembah Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Putrajaya. No Whatsapp/Call/SMS : 019 214 2380 (Farred)

Terima Kasih kerana Sudi Membaca
Judul: Tanaman Hiasan yang Cantik Tapi Sebenarnya Merbahaya
Ditulis Oleh farid idris
Saya harap berikan link yang menuju ke artikel Tanaman Hiasan yang Cantik Tapi Sebenarnya Merbahaya ini. Sesama blogger mari saling menghargai. Terima kasih atas perhatiannya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: