Showing posts with label rumah siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label rumah siti nurhaliza. Show all posts

Wednesday

Lelongan di Bulan Puasa, bawah 100k

Lelongan di Bulan Puasa, bawah 100k

Sempena Bulan Ramadhan yang Mulia ini

Aktiviti melelong "property" tidak akan terhenti. Aktiviti ini diteruskan.

Kepada sesiapa yang berminat nak survey rumah bawah RM 100k

Ada di sini ===> Info Lanjut

lelongan ramadhan

lelongan ramadhan


Akhir sekali, "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, SEMOGA RAMADHAN KALI INI YANG TERBAIK SEKALI"




Cara Beli Rumah Lelong

Step Setelah Beli Rumah Lelong

Bilik Sewa Dekat LRT

Buat TANPA Tapi, Lakukan TANPA Nanti

Saya Doakan Anda Lebih Berjaya, Bahagia, Berkat

Tuesday

WOW! ...RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA

RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA
Gambar Rumah Datuk Siti Nurhaliza di Cameron Highland

Gambar Rumah Mewah Datuk Siti Nurhaliza Di Malaysia

Satu malaysia tahu bahawa, Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya , Dato' K mempunyai beberapa hartanah dan rumah diseluruh Malaysia dan luar negara. Datuk Siti Nurhaliza yang baru-baru ini membuat persembahan di Anugerah Meletop se memangnya kaya. Kekayaan pasangan suami isteri ini tidak boleh disangkal dengan kekayaan mencecah jutaan ringgit . Pelaburan hartanah pada masa kini memang menguntungkan. Jadi memiliki sebanyak mungkin rumah bukanlah sesuatu yang merugikan. Dan yang penting, ianya datang dari hasil titik peluh mereka bekerja keras selama ini. Di tambah dengan perniagaan kecantikan Datuk Siti Nurhaliza "Simply Siti".

Ini adalah antara rumah-rumah yang dimiliki Datuk Siti Nurhaliza yang dimilikinya di Malaysia






RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA

Rumah asal Datuk Siti Nurhaliza di Pahang yang diubahsuai menjadi sebuah banglo mewah dan dihuni oleh ibunya ketika ini. 

RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA

Ini pula Rumah utama Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza yang terletak di kawasan penempatan elit di Bukit Antarabangsa. Rumah ini adalah antara kediaman termewah dikawasan tersebut dan boleh diumpamakan sebuah mahligai dan bukannya rumah biasa.

dan terakhir adalah rumah banglo Datuk Siti Nurhaliza di Cheras.

RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA 

Siapa sangka, seorang gadis kampung yang dulunya hanya menjual kuih bagi membantu keluarga, kini merupakan seorang wanita elit yang berjaya dan memiliki kekayaan yang diidamkan oleh semua orang. 

Ditambah dengan perkahwinannya bersama seorang usahawan berjaya di Malaysia. Mungkin ramai gadis mengidamkan menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza. Apapun , hanya usaha yang kuat dan  berterusan sahaja mampu menjadikan anda seperti beliau. 

Apapun Datuk Siti Nurhaliza memang seorang artis yang aku sangat salute sebab disebalik kekayaan dan kejayaan yang dimiliki, beliau masih seorang yang merendah diri dan tidak bermegah dengan kekayaanya.

Monday

Semi D dekat Putrajaya untuk dijual (Hot Deal!)






Detail Below:

Status: Available

Transaction type: For sale only
Address: Desa Pinggiran Putra
City: Dekat Putrajaya
State: Selangor
Country: Malaysia
Rental price: Call For Price Sales
Price: RM440,000
Negotiable: yes
Type: Semi D (Intermediate but already renovate)
Storey: 1
Square Feet: 42.5 x 80
Furnishing type: Unfurnish
Occupied type: --
Title type: Individual
Tenure: Leasehold
Beds: 3
Baths: 2
Other information

* Very Near Playground
* Very Near Shop


Full Description: - 3 bilik tidur/2 bilik air. Rumah dekat dengan padang bola dan taman permainan. Rumah Renoate 20x70 . 8 minit sampai ke Putrajaya. Sekolah baru dah nak siap. Pasaraya berdekatan adalah Alamanda...Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang- JUAL SEGERA !!-Harga RM 440K. Deposit 10%. Earnest Deposit 3%, balance 7% masa S&P. Lawyer akan diuruskan. Loan guna panel bank yang senang lulus. Dinasihatkan anda semak status Loan terlebih dahulu di mana-mana bank. Please call Mohd 013-3652380 untuk temujanji. Email : farred5077@gmail.com


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Wednesday

10 cara kreatif mencari wang muka rumah baru bahagian dua



Pada bahagian pertama kita telah mengetahui akan lima teknik kreatif mencari wang muka bagi hartanah idaman anda. Pada siri kedua kompilasi 10 cara atau kaedah terbaik untuk mendapatkan wang muka bagi mana-mana hartanah yang ingin dimiliki. Ikuti sambungannya.
6. Tingkatkan pendapatan isi rumah anda. Anda boleh melakukannya dengan mencari kerja sambilan atau melakukan kerja-kerja pada waktu lapang (freelance). Cara ini adalah satu cara yang terbaik untuk dipraktiskan. Seperti biasa mungkin ada diantara pembaca yang merasakan.. “lah! nak cari kerja ingat senang ke?” Cakap saja boleh laa. Apa yang saya ingin cuba sampaikan hanya sebagai panduan. Mencari kerja sambilan atau bisnes sambilan bukan sahaja memerlukan komitmen malah menuntun masa, tenaga, dan wang sebagai modal. Sebagai contoh jika anda boleh berkebun atau ada mesin potong rumput. Carilah kerja-kerja untuk pembersihan rumah. Sekali potong rumput + khidmat lanskap dan taman RM50 untuk 2 jam. Anda bayangkan jika anda dapat membuat perkhidmatan ini di beberapa biji rumah setiap minggu. Setiap sabtu dan ahad anda akan membuat bisnes lanskap dan taman pada 8 buah rumah empat pada hari sabtu dan empat lagi di hari ahad. Setiap rumah anda caj RM50 sekali datang.
Sabtu: RM50x4= RM200
Ahad: RM50x4= RM200
Jumlah: RM400 Seminggu.
RM400x4 minggu = RM 1600 Sebulan.
Nah! RM1600 sebulan sebagai modal permulaan anda mencari wang muka untuk rumah idaman.
7. Tawarkan sesuatu yang lain dari wang tunai. Cara ini adalah satu cara lain jika anda membeli hartanah dari pemilik individu yang bukan dari pemaju. Dengan cara pembeli menawarkan apa yang dirasakan bernilai kepada pemilik, sistem barter ini amat memudahkan kerana ia dapat diselesaikan dengan segera. Ada juga diantara pembeli menawarkan kereta atau bot laju sebagai ganti wang deposit hartanah mereka, ada pula yang menawarkan perkhidmatan seperti khidmat seni lanskap atau melukis pelan rumah banglo kepada tuan rumah untuk banglonya yang baru. Jadi terpulang kepada anda dan keperluan pemilik.
8. Jimat dengan mengambila kira pelepasan cukai anda. Dengan mengetahui hak dan pakej pelepasan cukai dan peratus potongan untuk pendapatan tertentu akan meringankan lagi bebanan kewangan anda. Dengan sumber ini bukan sahaja anda dapat berjimat malah anda juga dapat mempercepatkan lagi wang tabungan deposit hartanah anda.
9. OD atau overdraf adalah satu alternatif lain selain dari beberapa contoh diatas. Pihak bank kadang-kala menawarkan khidmat OD bersih tiga hingga enam kali ganda dari pendapatan bulanan. Senario tidak cukup wang muka ini banyak dialami oleh eksekutif dan graduan yang baru mula bekerja, dari segi pendapatan dan komitmen mereka memang tiada punya halangan untuk mendapatkan pinjaman tetapi hanya wang muka sahaja tidak mencukupi. Jai cara ini boleh membantu.
10. Usaha sama dan rakan kongsi mungkin menjadi satu alternatif lain yang dapat membantu anda didalam pelaburan hartanah. Cara ini dengan menawarkan peluang ini pada rakan-rakan dan bagaimana anda boleh menguruskan dan menguntungkan modal rakan anda. Tetapi untuk urusan ini anda harus bersiap sedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan yang akan membuatkan persahabatan anda tidak seakrab dahulu jika berlaku sesuatu yang tidak mengikut perancangan.
Semoga berjaya pelabur semua…