Wednesday

10 cara kreatif mencari wang muka rumah baru bahagian dua



Pada bahagian pertama kita telah mengetahui akan lima teknik kreatif mencari wang muka bagi hartanah idaman anda. Pada siri kedua kompilasi 10 cara atau kaedah terbaik untuk mendapatkan wang muka bagi mana-mana hartanah yang ingin dimiliki. Ikuti sambungannya.
6. Tingkatkan pendapatan isi rumah anda. Anda boleh melakukannya dengan mencari kerja sambilan atau melakukan kerja-kerja pada waktu lapang (freelance). Cara ini adalah satu cara yang terbaik untuk dipraktiskan. Seperti biasa mungkin ada diantara pembaca yang merasakan.. “lah! nak cari kerja ingat senang ke?” Cakap saja boleh laa. Apa yang saya ingin cuba sampaikan hanya sebagai panduan. Mencari kerja sambilan atau bisnes sambilan bukan sahaja memerlukan komitmen malah menuntun masa, tenaga, dan wang sebagai modal. Sebagai contoh jika anda boleh berkebun atau ada mesin potong rumput. Carilah kerja-kerja untuk pembersihan rumah. Sekali potong rumput + khidmat lanskap dan taman RM50 untuk 2 jam. Anda bayangkan jika anda dapat membuat perkhidmatan ini di beberapa biji rumah setiap minggu. Setiap sabtu dan ahad anda akan membuat bisnes lanskap dan taman pada 8 buah rumah empat pada hari sabtu dan empat lagi di hari ahad. Setiap rumah anda caj RM50 sekali datang.
Sabtu: RM50x4= RM200
Ahad: RM50x4= RM200
Jumlah: RM400 Seminggu.
RM400x4 minggu = RM 1600 Sebulan.
Nah! RM1600 sebulan sebagai modal permulaan anda mencari wang muka untuk rumah idaman.
7. Tawarkan sesuatu yang lain dari wang tunai. Cara ini adalah satu cara lain jika anda membeli hartanah dari pemilik individu yang bukan dari pemaju. Dengan cara pembeli menawarkan apa yang dirasakan bernilai kepada pemilik, sistem barter ini amat memudahkan kerana ia dapat diselesaikan dengan segera. Ada juga diantara pembeli menawarkan kereta atau bot laju sebagai ganti wang deposit hartanah mereka, ada pula yang menawarkan perkhidmatan seperti khidmat seni lanskap atau melukis pelan rumah banglo kepada tuan rumah untuk banglonya yang baru. Jadi terpulang kepada anda dan keperluan pemilik.
8. Jimat dengan mengambila kira pelepasan cukai anda. Dengan mengetahui hak dan pakej pelepasan cukai dan peratus potongan untuk pendapatan tertentu akan meringankan lagi bebanan kewangan anda. Dengan sumber ini bukan sahaja anda dapat berjimat malah anda juga dapat mempercepatkan lagi wang tabungan deposit hartanah anda.
9. OD atau overdraf adalah satu alternatif lain selain dari beberapa contoh diatas. Pihak bank kadang-kala menawarkan khidmat OD bersih tiga hingga enam kali ganda dari pendapatan bulanan. Senario tidak cukup wang muka ini banyak dialami oleh eksekutif dan graduan yang baru mula bekerja, dari segi pendapatan dan komitmen mereka memang tiada punya halangan untuk mendapatkan pinjaman tetapi hanya wang muka sahaja tidak mencukupi. Jai cara ini boleh membantu.
10. Usaha sama dan rakan kongsi mungkin menjadi satu alternatif lain yang dapat membantu anda didalam pelaburan hartanah. Cara ini dengan menawarkan peluang ini pada rakan-rakan dan bagaimana anda boleh menguruskan dan menguntungkan modal rakan anda. Tetapi untuk urusan ini anda harus bersiap sedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan yang akan membuatkan persahabatan anda tidak seakrab dahulu jika berlaku sesuatu yang tidak mengikut perancangan.
Semoga berjaya pelabur semua…

No comments: