Jana pendapatan dengan affiliate dengan
menulis di blog.
Persoalannya, bagaimana nak hasilkan
tulisan blog yang mampu buat orang tertarik
dengan produk affiliate tersebut?
Ok. Sebenarnya, teknik ini telah lama saya gunakan.
Bahan utama yang diperlukan bagi
teknik ini ialah sebuah blog.
Ok, bagaimana caranya?
1. Saya assume anda sudah mempunyai blog
2. Saya juga assume anda telah mempunyai
produk yang berkaitan dengan blog anda
untuk dipromosikan.
Nota : Perkara kedua ni amat penting, kita
tak nak promosikan produk yang langsung
tiada kaitan dengan blog kita. Contoh, produk
berkaitan kecantikan, tetapi kita promot
minyak hitam. Kan tak kena tu.
3. Sebaik-baiknya anda guna dahulu
produk berkenaan dan dapatkan feel
produk tersebut terlebih dahulu.
4. Tulis dengan penuh perasaan.
Biasanya, orang dapat tahu apa yang
kita tulis tu, benar-benar ikhlas atau tidak.
Ok, ini antara elemen yang perlu dimasukkan
dalam post produk review tadi :
1. Nama produk
2. Cerita kita (atau orang lain) dengan
produk tersebut.
3. Timbulkan jawapan , "eh, macam aku lah",
atau "Ha ah, betul jugak".
Nota : Untuk hal no 3 tu, contohnya begini.
Katakan anda nak promot produk
affiliate berkaitan Autoresponder Percuma.
Jadi kita boleh timbulkan persoalan,
"Dahulu saya menghabiskan ribuan ringgit
setahun untuk mengumpul mailing list.
Bukan semua subscriber saya baca pun email
saya. Rasa macam rugi sahaja. Namun, semenjak
saya mendapatkan produk "Autoresponder Percuma"
ini, saya telah mampu menjimatkan wang tersebut
dan dapat saya tingkatkan promosi .....bla..bla..."
Penjelasan
Element 1 : "Dahulu saya menghabiskan ribuan ringgit
setahun untuk mengumpul mailing list"
Target tepat kena kepada mereka yang ada autoresponder
dan perlu maintain mahal-mahal.
Element 2 : "Bukan semua subscriber saya baca pun email
saya. Rasa macam rugi sahaja"
Kukuhkan lagi hujah kita, dengan menambah alasan yang
seolah-olah perkara tersebut berlaku kepada saya dan
pembaca
Element 3 : "Namun, semenjak
saya mendapatkan produk "Autoresponder Percuma"
ini, saya telah mampu menjimatkan wang tersebut
dan dapat saya tingkatkan promosi"
Dah timbulkan persoalan, saya pastikan saya
memberikan penyelesaian kepada persoalan tersebut.
Fuhh.....
Amacam? Ada gaya seorang lecturer tak saya ni?
haha....
dulu kecik-kecik nak jadi proffesor, tapi
hajat tak kesampaian pulak.
Ok, balik kepada cerita asal.
Setelah kita tulis post review tersebut.
Save dahulu. Jangan gopoh-gopoh terus publish.
Tutup post tadi, dan buat benda lain.
Selepas 15 minit, baca semula.
Yang mana rasa lain, cuba ubahsuai bagi jadi
cantik.
Kalau dapat, cari 2 atau 3 orang kawan kita,
untuk baca post yang kita tulis. Tanya samada
mereka dapat tangkap tak apa yang kita nak sampaikan.
Perkongsian ini very powerful, kalau
anda suka dengan email ini, kongsi-kongsikanlah
dengan kawan-kawan anda.
Ikhlas;
farid
farid
Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah
No comments:
Post a Comment