Tuesday

Siapa Kata Pindah Rumah Mahal, Ikut tip ini

Selepas proses pengambil alihan hartanah selesai, dan anda telah memperolehi kunci rumah yang dibeli. Ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan. Bayangkan jika seseorang itu baru sahaja keluar dari rumah tersebut, atau kemungkinan rumah tersebut masih baru anda pasti mahu mengubahnya mengikut citarasa anda. Dengan itu, berikut disediakan beberapa perkara penting, selepas memperolehi kunci rumah idaman.
Dapatkan Krew pembersihan
Sebelum anda datang ke rumah baru dengan berkotak-kotak dan berlori-lori barangan peribadi, anda perlu pastikan yang rumah atau hartanah tersebut telah dibersihkan. Jangan terkejut jika anda datang semula ke rumah tersebut, anda berjumpa dengan bermacam-macam lubang dan binatang “buas” seperti ular dan lipan. :)
Oleh itu, rekrut krew pembersihan. Hari ini pelbagai perkhidmatan pembersihan disediakan oleh macam-macam syarikat. Ada yang murah ada yang mahal, bergantung pada kualiti yang tuan/ puan mahu. Jika baget menghalang, cukup saja memanggil anak-anak atau saudara untuk membantu. Jangan terkejut, kawan-kawan pun jika di jemput akan membantu, upah lah makan tengah hari untuk mereka. Sudah pasti mereka dengan rela hati membantu. Anggap saja ini macam “gathering” antara anda dan keluarga, saudara dan kawan-kawan.
Dapatkan seseorang yang mahir
Semasa menjemput mereka itu, pastikan apa kemahiran mereka. Sebagai contoh; dapatkan orang yang tahu sedikit tentang pemasangan barang elektirk atau membaiki sikit-sikit “plug” atau “suis’ yang tertanggal. ini menjimatkan kos penyelenggaraan. Sesuatu yang pasti didalam rumah yang lama, iaitu paip bocor. Minta lah seseorang yang tahu untuk membantu, anda sediakan barang kerja, mereka bantu anda untuk membaikinya. Tetapi Awas! jangan memaksa, nanti lain pula jadinya.
Walaupun terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan sendiri, pasti anda beberapa perkara yang membatasi kemampuan anda dan krew pembersihan. Ianya berlaku apabila hartanah yang dibeli itu tidak didalam keadaan baik. Jika anda mendapati hartanah itu memerlukan khidmat ubahsuai, adalah baik anda menghubungi pakar ubahsuai sebelum anda berpindah. Anda senaraikan barangan yang mahu di ubah dan mereka akan memberi sebut harga pada khidmat tersebut.
Dapatkan pakar ubahsuai
Adalah baik sebelum berpindah, anda membuat kesemua ubahsuai mengikut citarasa. Mungkin anda mampu untuk membelanjakan beberapa puluh ribu untuk keselesaan, jadi mulakan dari awal. Kerana apabila anda tinggal disana dan barulah mahu memecahkan siling untuk ditukar ke siling kapur dengan “cornish” berwarna emas, mungkin akan membuatkan anda tidak selesa beberapa minggu. Jadi buat ubah suai sebelum anda masuk. Jika tidak darah tinggi anda mungkin naik, bila setiap hari memandang rumah yang bagai kapal pecah.
Sesuaikan keadaan kewangan
Membeli hartanah baru walaupun dengan pinjaman bank, kadang-kadang kosnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi sesuaikan keadaan dengan menumpukan dahulu bayaran pinjaman. Jika ada wang lebihan, baru lah anda berkarya mengikut bajet. Oleh itu pastikan perbelanjaan anda tidak melampau dan menghakis rizab bayaran bulanan pinjaman. Biarkan jika ia mengambil masa 2-3 bulan atau pun setahun untuk cantik. Yang penting, anda tidak membebankan keluarga dengan perbelanjaan “super” mewah sedangkan anda boleh mengadakan sesuatu yang lebih baik untuk keluarga.
Sekian sahaja tip kali ini,
Semoga berjaya pelabur semua.

No comments: