Salam semua, hari ini saya nak sharekan apa yang saya baca
dan dengar dari otai-otai hartanah.
Panduan yang saya akan berikan ini nampak simple je, tapi
mungkin ramai orang terlepas pandang.
Haa...ramai tidak
sedar bahawa kita sebenarnya hidup dalam satu komuniti, so jiran kita
adalah penting. Jika kita menghadapi masalah, orang yang paling dekat dapat
membantu kita adalah jiran kita. Bila kita bertanya pada jiran kita, kita akan
dapat tahu banyak benda seumpamanya dimana kedai yang paling dekat untuk beli
barang dapur, jiran kita kerja apa, di mana tadika yang paling dekat, dimana
sekolah paling dekat dan sebagainya.
Tip Kedua ( Lihat tempat diwaktu malam)
Anda mungkin bertanya, kenapa nak lihat rumah yang kita nak
beli tu waktu malam? Malam kan gelap, apa yang kita boleh nampak....hmm. Malam
lah waktu yang paling indah, kita boleh nampak lampu-lampu terang benderang.
Dari segi itu kita boleh menilai bahawa kawasan itu selamat atau tidak. Jika
rumah yang kita hendak beli tu, kawasannya malap & sunyi je. Adalah lebih
baik anda cari rumah yang lebih terang supaya jikalau berlaku sesuatu, orang
senang nampak.
Tip Ketiga (Traffik Jam)
Kita semua kebanyakkan ada kenderaan, tidak kira motor atau
kereta. Saya mengajak anda cuba riki atau survey kawasan yang anda hendak beli
rumah idaman itu pada waktu pagi & petang. Cuma nak tahu tahap kesesakkan traffik
di situ. Dalam masa yang sama anda boleh cari jalan untuk mengelak traffik jam.
Jika traffik di situ terlalu sesak. Anda sendiri boleh menilainya kan.
Semua tips & panduan ini hanya untuk anda gunakan
sebagai panduan. Bukan untuk merumitkan fikiran anda. So sama-sama kita nilai
sama ada baik atau tidak. Yang baik tu datang dari yg MAHA ESA, yang buruk dari
saya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment