Friday

Dekorasi kamar tidur berasaskan Feng Shui

 Dekorasi kamar tidur berasaskan Feng Shui

FENG SHUI  sinonim dengan kepercayaan kuno kaum Cina. Feng bermaksud angin manakala shui bermaksud air. Umumnya, ini merupakan  ilmu kaji bumi dan langit. Kepercayaan ini boleh diterapkan untuk merancang dekorasi kamar tidur demi mendapatkan nasib yang baik dan tidur yang lena. Paling penting dalam Feng Shui ialah mengetahui tentang tenaga chi, iaitu tenaga kosmos yang perlu diserap dengan baik oleh tubuh badan kita agar sentiasa sihat, segar dan bersemangat setiap hari.

Dari segi dekorasi, terdapat tiga fungsi feng shui.

(1)   Untuk menciptakan sebuah ruang dengan tenaga chi yang terbaik.

(2)   Untuk memulihkan feng shui buruk dalam sesebuah ruangan

(3)   Untuk meramal kebaikan, keburukan berdasarkan petanda yang kelihatan.

Terlebih dahulu kita mempelajari tabu (larangan) di kamar tidur.

    Tidur di bawah kipas angin

Daun kipas dianggap menghapuskan tenaga chi yang berada di sekitarnya. Chi harus dihirup dan diserap dengan sihat oleh tubuh. Tidur di bawah kipas boleh menganggu kesihatan.

    Kehadiran cermin dalam kamar

Cermin dianggap penolak bala atau chi negatif. Feng Shui menganggap cermin sebagai pengganda, perakam kejadian kerana sifat kristalnya. Cermin ini akan membawa gejala negatif seperti penyakit insomnia sekiranya dihadap secara langsung dan tidak baik untuk hubungan suami isteri.

    Dilarang meletakkan hiasan bunga kering dalam vas kerana membawa tenaga chi  negatif.Gantikan dengan bunga hidup yang kecil-kecil serta gantikan airnya setiap hari. Bunga hidup membawa tenaga chi netral.

    Hindari dari meletakkan katil bertentangan dengan bilik mandi kerana udara dingin dari situ boleh membawa penyakit seperti reumatik (dll).Sekiranya posisi sebegini tidak dapat dielakkan, letakkan penghadang di hadapannya.

    Jangan meletakkan katil dengan kedudukan kaki kita menghadap pintu ketika tidur. Feng Shui mengganggapnya simbol kematian iaitu cara meletakkan keranda dan ini membawa nasib malang.

    Pastikan kita tidak tidur di bawah alang

    Semasa tidur, peralaran elektrik seperti televisyen, radio dll hendaklah dimatikan. Ini untuk mengelakkan pancaran gelombang elektromagnetnya mengganggu tidur dan psikologi kita.

    Biasakan meletakkan akuarium berisi ikan mas atau menggantung gambar haiwan kesayangan. Feng Shui mempercayai ini sumber-sumber mendapatkan kekayaan.

    Sampah jangan dibiarkan berserakan dalam kamar kerana kotoran menghalang punca rezeki.
        Hapuskan segala benda yang mengingatkan kita tentang kesedihan, kegagalan (dll) kerana itu tidak baik untuk jiwa yang sihat.

    Jika kamar mempunyai jendela, hendaklah kerap dicuci kerana tingkap yang kotor boleh memerangkap ‘chi’ dalam bilik, seterusnya berkumpul dan berkembang sehingga menghsilkan tenaga lembap yang tidak bagus untuk kesihatan dalaman tubuh. Begitulah juga dengan langsir atau tabirnya.

    Buang pakaian yang sudah lama dari almari anda jika  tidak mahu menggunakannya lagi. atau  sedekahkan pada orang yang memerlukan. Feng Shui melarang kita menyimpan  pakaian yang koyak atau reput.

Ketahui peranan dan pentingnya tenaga chi dalam kamar tidur

Orang Cina percaya langit dan bumi merupakan sejenis kekuatan  yang menciptakan Chi,iaitu  kekuatan yang menghubungkan manusia dengan keadaan di sekelilingnya. Umumnya, tenaga chi  sangat penting untuk memelihara tubuh, persekitaran, dan keseimbangan emosi manusia.

*Energi Chi mengalir  dalam tubuh sepertimana pengaliran darah. Kalau energi chi di kamar tidur anda sesuai dengan keperluan, ini menghasilkan kebahagiaan. Ertinya, ia mempunyai pengaruh positif dalam hidup kita. Sebaliknya jika kamar tidur sentiasa ditampilkan negatif buat diri kita, energi chi di beberapa tempat turut dapat berpengaruh negatif terhadap diri.

* Bila Chi negatif. Bangunan atau pelengkap rumah tertentu yang mempunyai kesan negatif terhadap tenaga chi. Serat sintetis, bahan bangunan sintetis, cahaya buatan dan pendingin hawa mengandungi tenaga chi buatan yang secara negatif mempengaruhi energi chi penghuni dan dapat mengakibatkan kelemahan mental dan fizikal.

* Chi lemah. Tenaga chi menjadi lemah di ruangan yang gelap, ruang yang berserakan, dan kelembaban. Akibatnya, chi tersebut mendatangkan masalah kesihatan serius dan mengganggu kehidupan kita.

Demikian sedikit sebanyak tentang perancangan dekorasi berasaskan pengetahuan Feng Shui. Semoga perkongsian ini member banyak manfaat.


Buat la yang termampu, cuba aplikasi & lihat kesannya.


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom Google PageRank
Checking tool

No comments: