Sunday

Bisnes tanpa MODAL?

Assalamualaikum,

Bisnes yang saya maksudkan tu adalah AFFILIATE.

Dalam post saya sebelum ni ada menyatakan apa itu AFFILIATE.

Ini saya nak terangkan pasal AFFILIATE INI ada macam-macam jenis. Kira AFFILIATE Bhg 2 la ni.

AFFILIATE terbahagi pada 3

1. Pay-Per-Sale – PPS (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead – PPL (dibayar berdasarkan download)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik)
Hari ini saya akan terangkan program affiliate yang berkonsepkan PPS

• Affiliate Pay Per Sales
Pendaftaran affiliate ini biasanya adalah percuma dan sesiapa pun boleh
menyertainya. Dengan sistem affiliate ini, anda akan mendaftar sebagai agen affiliate dan akan mempromosi produk penjual tadi di internet.
Selepas anda mendaftar sebagai agen affiliate, anda akan diberikan link affiliate anda (link id anda). Anda akan menggunakan link ini apabila mempromosinya.
Sekiranya ada jualan melalui link anda, komisyen akan direkodkan
secara automatik ke dalam ruangan affiliate anda. Jumlah komisyen
akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda apabila tiba masanya, biasanya pada tengah bulan atau  akhir bulan .
Biasanya komisyen yang dibayar adalah dalam lingkungan 40% – 70%
dari setiap jualan yang berjaya anda lakukan. Contohnya, anda promosi ebook  tentang penjagaan kereta  melalui link/id anda, dan ada satu jualan. Jika ebook tersebut berharga RM30, anda akan dibayar komisyen 50% iaitu RM15. Itu baru satu jualan, jika banyak jualan, lagi banyak untung yang bakal anda terima.
Jualan ini semuanya dikesan secara automatik oleh sistem affiliate yang
dipasang oleh pemilik/penganjur/penjual produk affiliate tersebut. Maknanya, apabila anda mempromosikan link affiliate anda, cookies akan ditanam dalam komputer pembaca selama – lamanya (kecuali pembaca itu clearkan cookies).
Walaupun pembaca tersebut tidak membeli selepas membuka link affiliate anda itu, cookies akan terus tertanam. Dan apabila di lain masa pembaca itu membuka semula laman web tadi tanpa menaip link affiliate anda, dan apabila jualan dibuat, komisyen tetap akan masuk ke akaun anda.
mudahkan???

No comments: