Tuesday

Harga melewat-lewatkan masa!



Artikel pilihan: Harga melewat-lewatkan masa!

Oleh: Irfan Khairi

Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

Penyelidikan telah dilakukan di Univeristy di Chicago, Amerika Syarikat mendapat maklumat mengatakan bahawa bilangan besar orang ramai melewat-lewatkan kerja atau procrastinate oleh kerana dalam keadaan bawah sedar (sub-concious) telah memupuk tabiat mencari alasan untuk tidak berjaya.

Pepatah mat salleh berbunyi "Old habits, die hard". Memang sukar untuk mengikis sesuatu tabiat. Ia memerlukan usaha yang amat tinggi untuk keluar dari sesuatu tabiat yang buruk. Sering kali kita gagal mengikis sesuatu tabiat, oleh sebab itulah pepatah itu juga mengatakan ianya sukar untuk dimatikan!

Satu teknik yang boleh digunakan untuk membuangkan penyakit melewatkan kerja ini adalah dengan mengguna teknik yang saya gelar "bayangkan harga melewatkan kerja..."

Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari email-email yang saya hantarkan, atau dari buku, atau dari majalah... adakah anda terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)

Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

"Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!"

Tip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini.
Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.

Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan... 100 buku lagi!

Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya "the silent killer".


Fikir sejenak. 3 tahun lepas... 2 tahun lepas... 1 tahun lepas... atau tahun ini. Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan "the silent killer" ini dan tidak melakukan apa-apa?

Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat 'surprise' pada orang yang tersayang? atau apa sahaja... (tak semestinya berkaitan dengan wang je)

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang.

Bayangkan harga melewat-lewatkan kerja! Think about it ;)

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: