Tuesday

KidZania tarikan terbaru Damansara



KidZania sasar tarik 500,000 pengunjung

PETALING JAYA 28 Feb. - Taman Tema berunsurkan pendidikan, KidZania Kuala Lumpur menerima penajaan bernilai lebih RM8 juta daripada enam syarikat terkemuka di negara ini.

Syarikat-syarikat tersebut adalah AirAsia Bhd., Kumpulan CIMB, Media Prima Bhd., The News Straits Times Press (Malaysia) Bhd. (NSTP), Pos Malaysia Bhd. dan pengeluar kenderaan Jepun, Honda.

Ketua Pegawai Eksekutif, KidZania Kuala Lumpur, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin berkata, penajaan adalah berbentuk pembiayaan pembangunan beberapa peralatan dan kelengkapan yang melambangkan operasi perniagaan masing-masing di dalam saiz kanak-kanak.

Kanak-kanak berpeluang untuk menimba pengalaman sebagai pemandu kereta lumba Honda, menjadi wartawan di NSTP atau juruterbang AirAsia di KidZania Kuala Lumpur, " katanya di dalam sidang media selepas memeterai perjanjian dengan enam syarikat penaja berkenaan.

Turut hadir adalah Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar, Ketua Perkhidmatan Kewangan Runcit CIMB Bank, Peter England, Ketua Jualan dan Pemasaran Honda Malaysia, Takeshi Hirano, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Perkhidmatan Perkongsian Media Prima, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar yang mewakili syarikat masing-masing untuk menandatangani perjanjian itu.

Taman tema tertutup berunsurkan pendidikan ini menawarkan peluang kepada kanak-kanak berusia seawal tiga tahun untuk merasai pengalaman dan melakukan pelbagai pekerjaan serta aktiviti orang dewasa.

Tambah Tunku Ahmad, setiap penaja akan menyumbangkan dana yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti di KidZania Kuala Lumpur.

Mengunjurkan 500,000 pengunjung setahun, KidZania Kuala Lumpur dijangka mengenakan caj masuk sebanyak RM50 seorang.

"Kami masih meneliti harga tersebut dan mungkin akan turut memperkenalkan pakej-pakej untuk keluarga, " katanya.

KidZania Kuala Lumpur yang akan dibuka kepada umum pada suku keempat tahun ini dijangka mampu menawarkan 400 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Ia dibina di atas tanah seluas 7432.24 meter persegi berhampiran pusat membeli-belah The Curve, Mutiara Damansara.

KidZania Kuala Lumpur bermula pada Jun 2009 apabila Themed Attractions dan Resorts Sdn. Bhd. (TAR) milik Khazanah Nasional dan Boustead Curve Sdn. Bhd. (Boustead Curve) memeterai perjanjian perlesenan untuk membangunkan KidZania menerusi satu syarikat usahasama Rakan Riang Sdn. Bhd. (Rakan Riang)

TAR memiliki 80 peratus kepentingan di dalam Rakan Riang manakala bakinya dimiliki Boustead Curve.

Tambah Tunku Ahmad, di bawah perjanjian berkenaan, Rakan Riang dibenarkan untuk membina KidZania di lokasi-lokasi lain di Malaysia dan rantau ini.

Bagaimanapun, mereka hanya mahu memberi fokus kepada KidZania Kuala Lumpur buat masa ini.

Dengan adanya KidZania ini secara tidak langsung dapat meningkatkan atau merancakkan industri Hartanah di Damansara.


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: