Thursday

Apa yang kita perlu buat kalau dah ada property?

Salam semua,

Semalam saya ada terfikir nak share sesuatu dan hari ini saya na kupas topik lain sikit dari biasa
(extraordinary). Selalunya kita dok cakap asyik macam mana nak beli rumah, apa yang perlu di consider
dalam nak beli property, senang cerita la langkah macam mana nak dapatkan property.

Today saya nak share apa yang kita perlu buat kalau dah ada property. Tapi sini saya tak mahu kupas untuk property
yang hendak disewakan. Kita cuma focus pada property yang nak duduk sendiri.
Ni antara list tanggungjawab owner:-

* Bil Air (tukar nama bil air (SYABAS) kepada nama ANDA)
* Bil Elektrik (tukar nama bil elektrik (kedai Tenaga) kepada nama ANDA)
* Bil Indah Water (tukar nama bil Indah Water kepada nama ANDA)
* Cukai Pintu (tukar nama bil cukai Pintu kepada nama ANDA di Majlis Bandaran)
* Cukai Tanah
* Tukar kunci (jika perlu)
* Bil Maintenance (APt/Flat/Condo/Service Condo)
* Semua document penting di simpan di tempat yang selamat dan senang dicapai jika berlaku kecemasan
* Cara nak langsai hutang rumah dalam tempoh yang singkat

So kalau ada terkurang, dipersilakan comen..."story are gifts so let share it"

So bila dah masuk rumah tu, elok la basuh bersih-bersih, lepastu kita buat kenduri kecil doa selamat (bagi orang Islam).
Dalam masa yang sama boleh kenal jiran-jiran, dapat mengeratkan silaturrahim.


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: