Thursday

Mysedekah oleh Islamic Relief Malaysia

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak war-war kan pasal Mysedekah oleh Islamic Relief Malaysia.
Sempena bulan baik ini dan bulan Ramadan yang akan tiba. Mari kita semua tingkatkan amal kita dengan bersedekah.
Ini juga adalah salah satu cara "Menjemput Rezeki" kita. Ayuh kita bantu mereka yang memerlukan.

 

1.Apakah MySEDEKAH?

MySEDEKAH merupakan salah satu projek penjanaan dana yang paling besar di Malaysia yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia).
Ianya meliputi projek pengumpulan dana bagi tujuan pengagihan bantuan kemanusiaan kepada lebih dari 9 juta penerima manfaat di dalam dan luar Negara.
Hasil kutipan MySEDEKAH akan disalurkan kepada
1. Fakir miskin
2. Anak yatim
3. Mangsa konflik
4. Mangsa bencana
5. Ibu tunggal
6. Pesakit kronik
7. Pelarian
8. Warga emas
9. Gelandangan
10. OKU

Sektor-sektor utama yang menjadi fokus IRM di dalam menyalurkan dana yang dikumpul melalui MySEDEKAH adalah seperti berikut ;
1. Pendidikan
2. Pertaniaan & Sara diri
3. Kesihatan
4. Air & Sanitasi
5. Psikologi & Kaunseling
6. Perlindungan
7. Pemakanan.

Selain dari itu, pengagihan bantuan MySEDEKAH akan disalurkan secara langsung (direct) kepada Negara-negara seperti berikut ;
1. Malaysia
2. Palestine (Semenanjung Gaza & Tebing Barat)
3. Syria
4. Myanmar
5. Nigeria
6. Niger
7. Sudan
8. Mali
9. Somalia
Serta lain-lain penerima di negara yang benar-benar berada di dalam fasa kecemasan dan amat memerlukan bantuan untuk mereka meneruskan kelansungan hidup mereka.

Penerima-penerima manfaat (beneficiaries) ini dipilih berdasarkan penilaian (need assessement) yang dilakukan oleh pasukan IR Malaysia dan cawangan IR di negara-negara di mana berlakunya konflik berkenaan
Selain dari itu, MySEDEKAH dilaksanakan berpandu kepada prinsip-prinsip & nilai-nilai ISLAM serta patuh syariah di samping proses audit yang ketat oleh auditor dari dalam dan luar negara.
Di samping itu juga, MySEDEKAH disalurkan kepada semua penerima yang memerlukan tanpa mengira agama,bangsa, warna kulit, kefahaman politik atau warganegara.

Ini adalah link   Mysedekah

No comments: