Tip 1-3 Beli Rumah Berbaloi
Tip 4: Dalam 30 Minit boleh Sampai
Mesti pening kan, macam mana nak tahu kawasan yang 30 minit boleh sampai. Anda juga boleh buat begini. Dalam Google maps Malaysia. Anda pilih kawasan mana yang anda nak pergi dari rumah anda. Google maps akan nyatakan jarak dan anggaran berapa minit anda akan sampai. Target anda adalah kawasan yang boleh sampai dalam masa 30 minit atau jarak 30km. Cari rumah sekitar tu. InsyaALLAH teknik ni berbaloi.
Tip 5: Berhampiran Sekolah, Masjid/Surau dan Tempat Beriadah
Rata-rata pembeli rumah berbangsa Melayu, mereka lebih gemar untuk membeli atau menyewakan rumah yang berhampiran dengan sekolah dan juga masjid/surau. Ini kerana mereka lebih gemar persekitaran yang memudahkan anak-anak mereka berjalan kaki ke sekolah. Bagi anda yang gemar untuk menyewakan rumah anda, carilah peluang peluang rumah yang menawarkan lokasi rumah berdekatan dengan sekolah, masjid dan surau.
Tip 6: Pengangkutan awam iaitu LRT/MRT
Memang tidak dapat disangkal lagi, hartanah yang berhampiran dengan laluan LRT ataupun laluan cadangan MRT bakal memberikan anda nilai hartanah yang tinggi jika anda memilikinya sekarang. Setiap kali saya berkongsi pandangan tentang hartanah yang berdekatan dengan LRT/MRT ialah anda akan lihat hasilnya bukannya 100% kenaikan atau keuntungan, ianya lebih daripada itu. Jika anda mempunyai masa terluang cuba bandingkan harga hartanah berdekatan LRT pada ketika tahun 2008-09 dan sekarang tahun 2013. Anda pasti terkejut!
Jika anda mempunyai masa terluang cuba bandingkan harga hartanah berdekatan LRT pada ketika tahun 2008-09 dan sekarang tahun 2013. Anda pasti terkejut!
No comments:
Post a Comment