Secara umumnya, Semua kita nak cari Hartanah yang berbaloi atau nilai pulangan yang tinggi. Tapi tahu tak macam mana kita nak tahu apa kriteria yang perlu kita timbang kan sebelum membeli satu-satu hartanah. Jika tersilap beli, anda mungkin akan menanggung seksa selama 3-4 tahun. Tentu anda tidak mahu kan.
Tip 1: Pilih Hartanah berdekatan Pusat Membeli Belah
Hartanah yang berdekatan pusat membeli belah selalu mendapat tempat di hati pelabur atau pembeli rumah kerana jika ingin membeli barang dapur, perabot dan lain-lain. Lebih senang dan Jimat kos. Harga sewa juga meningkat apabila hartanah itu berdekatan pusat membeli belah. Bakal penyewa sedia ada juga akan bertambah kerana pekerja membeli belah juga perlukan rumah sewa.
Tip 2: Berhampiran Exit Lebuh Raya
Ramai antara kita mengambil mudah faktor lebuh raya ini. Untuk pengetahuan, rumah yang berhampiran dengan lebuh raya lebih disukai pembeli dan juga penyewa kerana lebih senang untuk mereka yang bekerja dengan mengunakan lebuh raya. Sekarang ini terdapat banyak lebuh raya di Lembah Klang dan juga lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Tip 3: Hartanah berdekatan Pusat Pengajian, Kolej dan Universiti
Memang apabila kita sebut kolej atau universiti, ianya sangat berkait rapat dengan penyewa rumah dan rumah sewa yang tidak mencukupi. Anda boleh membayangkan bagaimana permintaan yang tinggi apabila musim kemasukan pelajar-pelajar.
No comments:
Post a Comment