loading...
Apple keluar iPhone 4 lebih murah | Farred Property
RSS

Apple keluar iPhone 4 lebih murah



PEMBEKAL Apple Inc bagi pasaran Asia akan mula mengeluarkan versi yang jauh lebih murah bagi telefon pintar terlaris, iPhone 4 dengan menggunakan pemacu 8.0 gigabait (GB) lebih kecil, demikian menurut dua individu yang mempunyai pengetahuan terhadap perkara itu.


Pemacu bagi iPhone 4 dengan kapasiti 8.0 GB kini dikeluarkan oleh sebuah syarikat Korea, katanya semalam tanpa menamakan syarikat berkenaan.


Apple kini menyumberkan pemacu bagi telefon pintar itu kepada syarikat Jepun, Toshiba dan firma Korea, Samsung Electronics. Sumber itu enggan dikenali kerana maklumat mengenainya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Apple, yang mahukan tahap kerahsiaan dan keselamatan yang tinggi daripada pembekal serta pekerjanya enggan memberi komen. Samsung turut enggan memberi komen mengenai perkara itu.
Telefon pintar iPhone sedia ada dilancarkan pada Jun tahun lalu dengan versi 16 GB dan 32 BG, manakala versi berwarna putih diperkenalkan April lalu. Versi 8.0 GB dijangka dilancarkan beberapa minggu lagi, kata sumber itu. “Apple mahu meningkatkan kehadirannya di segmen pasaran sedang muncul yang mana pengguna mahu beralih kepada telefon pintar daripada telefon berciri tinggi yang biasanya berharga antara AS$150 hingga AS$200,” kata penganalisis Yuanta Securities, Bonnie Chang. – REUTERS
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Terima Kasih kerana Sudi Membaca
Judul: Apple keluar iPhone 4 lebih murah
Ditulis Oleh farid idris
Saya harap berikan link yang menuju ke artikel Apple keluar iPhone 4 lebih murah ini. Sesama blogger mari saling menghargai. Terima kasih atas perhatiannya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: