loading...
Prasarana urus projek MRT hingga MRT Co ditubuhkan | Farred Property
RSS

Prasarana urus projek MRT hingga MRT Co ditubuhkan

SYARIKAT Prasarana Negara Bhd (Prasarana) akan terus menguruskan semua isu berkaitan projek My Rapid Transit (MRT) sehingga MRT Co ditubuhkan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Shahril Mokhtar berkata, Prasarana akan bekerjasama dengan kerajaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) bagi memastikan semua kerja berjalan lancar dan mengikut jadual.


“Semua kerja berkaitan pembinaan projek MRT perlu diteruskan. Kami perlu melaksanakan kerja dan program yang sudah diputuskan sebelum menyerahkan secara rasmi projek ini kepada MRT Co yang baru,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, beberapa perkara berkaitan pemerolehan dan taklimat sudah dilaksanakan manakala satu lagi taklimat diadakan dengan pemilik hartanah di Jalan Bukit Bintang mengenai isu pengambilalihan tanah, semalam.


“Esok (hari ini), kami akan mengadakan satu taklimat pra-tender bagi semua kontraktor pra-kelayakan. Semua mesyuarat ini dan jadual yang sudah disahkan perlu dilaksanakan tanpa gangguan.


“MRT Co adalah rakan yang baru berkaitan MRT dan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan serta tanggungjawab kami terutama apabila ia siap kelak,” katanya.

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Terima Kasih kerana Sudi Membaca
Judul: Prasarana urus projek MRT hingga MRT Co ditubuhkan
Ditulis Oleh farid idris
Saya harap berikan link yang menuju ke artikel Prasarana urus projek MRT hingga MRT Co ditubuhkan ini. Sesama blogger mari saling menghargai. Terima kasih atas perhatiannya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: