loading...
Artikel Motivasi - Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan 'Masalah' | Farred Property
RSS

Artikel Motivasi - Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan 'Masalah'

Tuhan bagi setiap orang cukup pakej untuk berjaya,
cuma pakej setiap orang tu berbeza.

Saya ada ramai kawan yang terer berniaga, tapi bisnes
diorang tak ke mana Puncanya, mereka terlalu LAYAN kelemahan.
Sepanjang masa asyik cakap dan mengeluh pada apa yang dia lemah.

"I tak boleh buat bisnes sebab husband/ wife tak support!"

"Saya tak boleh buat bisnes sebab ada anak-anak kecik"

"Saya tak boleh buat bisnes sebab sibuk kerja, takde masa"

"Saya tak bolah buat bisnes sebab tak ada modal"

Bila kita asyik fikir tentang kelemahan/ masalah, kita akan
jadi lemah tapi kalau kita fokus pada apa yang kita kuat,
kita akan jadi kuat...

Jangan layan sangat masalah tu sebab sepanjang masa Allah akan
bagi kita masalah. Nabi yang Tuhan sayang pun Tuhan bagi masalah,
inikan pulak kita orang biasa...

Buat Bodoh Jer Dengan Masalah

Masalah tak akan berhenti... lepas settle satu masalah, Tuhan
akan bagi masalah yang lain pulak. Masalah akan sentiasa ada
sampailah kita mati sebab Tuhan dah bagi tahu, hidup ni adalah
untuk Dia uji siapa yang lebih baik amalannya. Kalau kita tunggu
semua masalah selesai baru nak bermula dan berjaya, alamatnya
kita tak akan bermula...

Cuba cek betul-betul, siapa yang tak ada masalah?

Kita fikir orang kaya tu tak ada masalah, padahal orang
kaya tu lagi banyak masalah daripada kita. Kita fikir ustaz-ustaz
tak ada masalah, sedangkan mereka pun ada banyak masalah, cuma
beza antara orang berjaya dengan orang biasa ialah mereka tak
layan masalah. Tapi orang biasa suka layan masalah.

Ada masalah mengeluh kat facebook. Ada masalah, asyik
terfikir-fikir dan mengeluh sepanjang masa. Dalam tak sedar,
dia melemahkan diri sendiri dengan kelemahan sendiri. Padahal,
kalau dia buat bodoh jer dengan kelemahan/ masalah, dia jadi
semakin kuat. Ada masalah, cari jalan selesaikan apa termampu.
Dalam masa sama, manfaatkan segala kelebihan yang Tuhan bagi.

Apa yang saya nak syorkan kepada semua ialah buat satu senarai
panjang kekuatan atau kelebihan yang Allah bagi pada kalian. Then,
manfaatkan kekuatan tu betul-betul... Kalau ada masalah, cari jalan
keluar... buat apa yang boleh, selebihnya serah pada Tuhan. InsyaAllah,
Tuhan akan lorongkan jalan keluar untuk kalian...

dari sahabat saya Mazlie Nadzri


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Terima Kasih kerana Sudi Membaca
Judul: Artikel Motivasi - Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan 'Masalah'
Ditulis Oleh farid idris
Saya harap berikan link yang menuju ke artikel Artikel Motivasi - Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan 'Masalah' ini. Sesama blogger mari saling menghargai. Terima kasih atas perhatiannya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: