Thursday

Rumah mewah tak laku?


PERMINTAAN tinggi rumah mampu milik menyaksikan pemaju lebih berminat membinanya pada masa depan. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Pasaran hartanah kediaman diramalkan kekal menggalakkan pada tahun depan apabila rumah mampu milik dijadikan tumpuan.

Bagaimanapun, OSK Research berkata, pada masa yang sama segelintir pemaju juga lebih berhati-hati terhadap tinjauan kediaman mewah bertanah dan unit-unit kediaman tinggi.

Katanya, kebanyakan projek perumahan yang dilancarkan baru-baru ini melibatkan rumah mewah, sekali gus memberi isyarat tentang arah aliran pembinaan rumah tersebut telah sampai ke penghujung dan para pemaju cuba menguasai baki permintaan sebelum sentimen mendapatkan rumah mewah mulai pudar.

‘‘Seterusnya, kami menjangka para pemaju menumpukan kepada pembinaan rumah mampu milik untuk menampung permintaan yang tinggi terutama kepada pembeli kali pertama,” kata firma penyelidikan itu.

Peralihan itu semakin jelas apabila pemaju rumah mewah seperti SP Setia dan Mah Sing mengambil alih tanah yang luas di Lembah Klang bagi membangunkan kawasan perbandaran sedemikian yang menawarkan perumahan mampu dimiliki.

“Bagi pemaju yang masih fokus pada pasaran mewah, tawaran yang dibuat semakin mengecil,’’ ujarnya.

Sementara itu, dalam nota berasingan, firma penyelidikan itu mengunjurkan, purata harga minyak mentah sawit (MSM) pada 2012 dijangka lebih tinggi iaitu RM3,000 setan berbanding jangkaan sebelum ini sebanyak RM2,700 setan.

OSK Research berkata, kenaikan harga komoditi itu didorong oleh keadaan cuaca yang lebih baik, peningkatan hasil daripada pokok-pokok muda dan kawasan matang baharu di Indonesia.

‘‘Kebanyakan tanaman kelapa sawit yang dibuat di Indonesia pada 2007, mencapai tahap matang pada tahun ini, sekali gus membantu meningkatkan pengeluaran.

‘‘Pengeluaran daripada kawasan matang ini dijangka berlarutan sehingga empat hingga lima tahun lagi,’’ katanya dalam nota penyelidikan.

Meskipun, pengeluaran hasil bertambah, OSK Research meramalkan permintaan merosot terutama dari India dan China pada tahun ini.

Ramalan itu mengambil kira penyusutan pembelian minyak masak jatuh sebanyak 7.9 peratus pada sembilan bulan pertama tahun ini kepada kedudukan paling rendah sejak 2005.

Pembelian minyak masak ke India juga menyusut sebanyak tujuh peratus. Bagaimanapun permintaan bagi kedua-dua negara ini dijangka bertambah baik pada 2012.


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

No comments: