Wednesday

Rezeki bagaikan oksigen



Assalamualaikum!
Okay, mari mulakannya dengan, “I am home!” (saya dah kembali ke perfect excel.com) 4 bulan lalu saya dan Najib membuat satu projek yang tak senang nak menyudahkannya dan memerlukan banyak masa serta komitmen untuk disiapkan. Tetapi Insyaallah berbaloi sebab ia akan menjana pendapatan pasif untuk kami berdua kelak. Insyaallah. Sekarang boleh bersantai sedikit dan menjalankan tugas harian seperti biasa. Saya nak berkongsi satu pengajaran yang amat menarik daripada Prof Dr Muhaya. Bolehlah dikatakan beliau ni salah seorang idola saya disebabkan latar belakangnya dan ahli keluarganya yang menunjukkan ciri-ciri keluarga Islam yang sebenar (erm, mengikut hemat saya bukan mudah nak mencari motivator muslimah seperti ni). Saya menonton rancangan beliau di Astro Oasis ‘Dari Mata ke Hati’. Menurut beliau, dalam dunia ni rezeki ada di mana-mana. Tiada istilah perebutan rezeki. Allah telah menetapkan setiap seorang daripada manusia ini rezeki masing-masing. Tidak pernah berlaku jika rezeki diperturunkan kepada Ahmad, maka si Salim tidak dapat rezekinya. Tidak pernah berlaku jika Solehah mendapat rezeki yang melimpah ruah, maka jirannya si Rahmah menjadi papa kedana. Rezeki bukan diberikan secara bergilir-gilir, tetapi Allah akan memberinya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Rezeki ini bagaikan oksigen. Ia ada di mana-mana setiap masa, tanpa kesusutan sumber selagi dunia belum kiamat! Oleh itu, janganlah pernah menyalahkan orang lain jika rezeki kita sempit, janganlah menuding jari kepada orang lain kononnya mereka telah menutup pintu rezeki kita. Janganlah memarahi orang lain kononnya mereka pesaing kita. Janganlah khuatir jika ada orang lain yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama seperti kita. Manusia lain bukan penyebab kegagalan perniagaan kita. Bukan jiran tetangga, bukan kerajaan, bukan pemerintah, bukan ibu bapa, bukan kawan, bukan bank, bukan orang Cina, bukan orang-orang kaya, bukan pesaing, bukan upline atau downline (ehem, istilah MLM ya) penyebab kegagalan perniagaan. Penyebab kegagalan perniagaan kita tentunya diri kita sendiri. Kita ni yang harus sentiasa muhasabah diri. Menyalahkan orang lain tu hanya escapism (melepaskan diri) sahaja. Kesimpulannya, rezeki ada di merata tempat di atas muka bumi ini. Jika kita berusaha lebih giat lagi, pasti kekayaan dan kesenangan menjadi milik kita. Niatkanlah kerana Allah. Wassalam. di petik dari perfect excel


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

No comments: