Wednesday

Dokumen untuk Apply Loan Rumah

Dokumen untuk Apply Loan Rumah

Assalamualaikum…

Ramai klien yang aku jumpa masih kurang pasti apa dokumen yang diperlukan untuk apply loan rumah. Dokumen yang tidak lengkap hanya akan melambatkan proses untuk bank meluluskan pinjaman korang.

Di bawah ini aku senaraikan dokumen-dokumen yang perlu di hantar ke bank semasa proses permohonan pinjaman rumah:

Dokumen wajib :
- Salinan fotostat kad pengenalan /passport yang jelas
- Salinan S&P

Bekerja Makan Gaji
- 3 bulan slip gaji terkini
- Salinan penyata EPF yang terkini
- 3 bulan salinan penyata bank/saving passbook/e-statement yang terkini (akaun gaji dan akaun simpanan hasil bisnes/rumah sewa). Pastikan nama pemohon di dalam penyata tersebut atau di muka depan saving passbook.
- surat pengesahan jawatan dari majikan (jika bekerja kurang dari setahun)
- Borang EA

Bekerja Sendiri
-Borang Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D/E) bagi sole proprietorship/partnership
- Borang 9, 24, 49 untuk syarikat plc
- Borang B
- 6-8 bulan salinan penyata bank terkini syarikat
- 3 bulan salinan penyata bank terkini individu

Gaji Berdasarkan Komisyen
- 1 tahun penyata komisyen untuk mendapat average pendapatan bulanan
- 1 tahun penyata bank/saving passbook/e-statement (akaun komisyen dikreditkan)
- Borang B

Wassalam..

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

No comments: