1.Dataran otomobil
835sqft tgkat 4
167k nego tenanted
2.dataran otomobil
835sqft tingkat 3
175k nego
farredproperty.blogspot.com memberikan Rujukan, Tips, serta Panduan dalam Hartanah. Sumber Rujukan Tips Hartanah, Rumah untuk dijual dan disewa di Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya
Thursday
Sale: Dataran Otomobil sek 15 Shah alam
1 storey end lot, Tmn Maznah Klang
1storey End Lot, Tmn Maznah Klang
20x 75
4room 2bathroom 1store
Freehold, non bumi
Clean/ well maintain
Near giant kampung jawa
Semi d carmita ada 2unit lagi
Semi-d carmita ada 2unit lagi. Sapa nak beli boleh bgtau.1 unit 400k. 1 unit 390k.
Sale : Apt kasuarina puncak alam tingkat 4
Apt kasuarina puncak alam tingkat 4, rm90k. Sape ade nak beli... Pm saya
Wednesday
Otai Property cakap (Robert Kyosaki ) Jangan Beli Rumah!
Selamat tengah hari,
Saya nak kongsikan kenapa " Otai Property cakap (Robert
Kyosaki ) Jangan Beli Rumah!
".
Apa tujuan anda beli rumah? untuk duduk sendiri atau invest?
Kalau untuk tujuan sendiri, rumah akan jadi liabiliti kepada
anda (Bad debt), dalam bahasa melayu yang mudah "bayar ansuran rumah,
keluar duit poket sendiri la".
Kalau untuk invest, rumah tu akan jadi aset kepada anda
(Good Debt), dalam bahasa melayu yang mudah "bayar ansuran rumah, orang
bayarkan + untung (duit masuk poket u)"
Biasanya investor atau big business owner dia orang akan
pikir macam mana dia nak beli something (contoh rumah, kereta, dll) guna duit
orang dahulu sebelum beli barang tu.
Ini pendapat saya sahaja, bukan tunjuk pandai...hanya
berkongsi. kalau salah, saya suka terima teguran.
Petikan dari Robert Kyosaki
Debt
“Buy
a house. Your house is an asset and your biggest investment.”
Advising
most people to invest in a home is training them to go to the bank
and
get into bad debt. A house is a liability because it only takes money out
of
your pocket. Often, your house is not your biggest investment; it is your
biggest
liability. It does not put money into your pocket. That truth is no more
apparent
than today’s economic crisis.
Those
with the investor and big business owner mindset use the debt to
purchase
cash-flowing assets like apartment buildings-assets that put money
into
their pockets, not take money out of them. People with the investor and
big
business owner mindset know the difference between good debt and
bad debt.
Tuesday
Sewa:Flat pkns sek 7 Shah alam
Sewa Rm 900
Tingkat 5
Peti ais & mesin basuh ada.
Dekat Uitm, Jakel, Ict, and hospital
Call farred
0133652380
Merawat Permaidani-Tips hari ini
Hai, selamat bertemu kembali, pada hari
ini kita akan mencuba tip-tip yang baru cara-cara untuk merawat
permaidani. Pastikan permaidani yang digunakan adalah untuk menyerikan
lagi rumah anda bukan sebaliknya. Ini kerana permaidani yang kusam,
kotor dan berhabuk tiadak dapat menceriakan suasana di dalam rumah anda.
Bagaimana untuk Merawat Permaidani
1. Gulung atau hamparkan kain
bersih di atas permaidani anda setiap kali hendak masuk tidur atau
sewaktu hendak meninggalkan rumah. Ini kerana untuk menjaga kebersihan
permukaan permaidani yang sering menimbulkan masalah kerana mudah
memerangkap habuk.
2. Untuk mencegah pembiakan hama
pada bulu permaidani, jemur permaidani di bawah panas terik matahari
beberapa jam sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
3. Sila gunting hujung benang yang
terkeluar jika terdapat jahitan benang atau bulu permaidani yang
tercabut, jangan ditarik kerana ini boleh menyebabkan keseluruhan benang
tanggal.
4. Penjagaan lebih teliti perlu
diberi untuk permaidani yang mahal dan berkualiti. Permaidani seperti
ini mungkin hanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu sahaja.
Pastikan permaidani dibersihkan dan dikeringkan sebelum digulung dan
dibalut dengan kertas warna coklat untuk disimpan. Tutup bahagian hujung
gulungan supaya tidak dimasuki habuk dan serangga. Simpan di tempat
gelap dan berudara.
Sekian, Terima kasih
Siapa Kata Pindah Rumah Mahal, Ikut tip ini
Selepas proses pengambil alihan hartanah
selesai, dan anda telah memperolehi kunci rumah yang dibeli. Ada
beberapa perkara yang anda perlu lakukan. Bayangkan jika seseorang itu
baru sahaja keluar dari rumah tersebut, atau kemungkinan rumah tersebut
masih baru anda pasti mahu mengubahnya mengikut citarasa anda. Dengan
itu, berikut disediakan beberapa perkara penting, selepas memperolehi
kunci rumah idaman.
Dapatkan Krew pembersihan
Sebelum anda datang ke rumah baru dengan
berkotak-kotak dan berlori-lori barangan peribadi, anda perlu pastikan
yang rumah atau hartanah tersebut telah dibersihkan. Jangan terkejut
jika anda datang semula ke rumah tersebut, anda berjumpa dengan
bermacam-macam lubang dan binatang “buas” seperti ular dan lipan.
Oleh itu, rekrut krew pembersihan. Hari
ini pelbagai perkhidmatan pembersihan disediakan oleh macam-macam
syarikat. Ada yang murah ada yang mahal, bergantung pada kualiti yang
tuan/ puan mahu. Jika baget menghalang, cukup saja memanggil anak-anak
atau saudara untuk membantu. Jangan terkejut, kawan-kawan pun jika di
jemput akan membantu, upah lah makan tengah hari untuk mereka. Sudah
pasti mereka dengan rela hati membantu. Anggap saja ini macam
“gathering” antara anda dan keluarga, saudara dan kawan-kawan.
Dapatkan seseorang yang mahir
Semasa menjemput mereka itu, pastikan
apa kemahiran mereka. Sebagai contoh; dapatkan orang yang tahu sedikit
tentang pemasangan barang elektirk atau membaiki sikit-sikit “plug” atau
“suis’ yang tertanggal. ini menjimatkan kos penyelenggaraan. Sesuatu
yang pasti didalam rumah yang lama, iaitu paip bocor. Minta lah
seseorang yang tahu untuk membantu, anda sediakan barang kerja, mereka
bantu anda untuk membaikinya. Tetapi Awas! jangan memaksa, nanti lain
pula jadinya.
Walaupun terdapat beberapa perkara yang
anda boleh lakukan sendiri, pasti anda beberapa perkara yang membatasi
kemampuan anda dan krew pembersihan. Ianya berlaku apabila hartanah yang
dibeli itu tidak didalam keadaan baik. Jika anda mendapati hartanah itu
memerlukan khidmat ubahsuai, adalah baik anda menghubungi pakar
ubahsuai sebelum anda berpindah. Anda senaraikan barangan yang mahu di
ubah dan mereka akan memberi sebut harga pada khidmat tersebut.
Dapatkan pakar ubahsuai
Adalah baik sebelum berpindah, anda
membuat kesemua ubahsuai mengikut citarasa. Mungkin anda mampu untuk
membelanjakan beberapa puluh ribu untuk keselesaan, jadi mulakan dari
awal. Kerana apabila anda tinggal disana dan barulah mahu memecahkan
siling untuk ditukar ke siling kapur dengan “cornish” berwarna emas,
mungkin akan membuatkan anda tidak selesa beberapa minggu. Jadi buat
ubah suai sebelum anda masuk. Jika tidak darah tinggi anda mungkin naik,
bila setiap hari memandang rumah yang bagai kapal pecah.
Sesuaikan keadaan kewangan
Membeli hartanah baru walaupun dengan
pinjaman bank, kadang-kadang kosnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Jadi sesuaikan keadaan dengan menumpukan dahulu bayaran pinjaman. Jika
ada wang lebihan, baru lah anda berkarya mengikut bajet. Oleh itu
pastikan perbelanjaan anda tidak melampau dan menghakis rizab bayaran
bulanan pinjaman. Biarkan jika ia mengambil masa 2-3 bulan atau pun
setahun untuk cantik. Yang penting, anda tidak membebankan keluarga
dengan perbelanjaan “super” mewah sedangkan anda boleh mengadakan
sesuatu yang lebih baik untuk keluarga.
Sekian sahaja tip kali ini,
Semoga berjaya pelabur semua.
PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS
KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
akan mengenakan tindakan lebih tegas dengan menyenaraikan seramai
420,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN dalam Sistem
Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) mulai bulan ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, PTPTN telah mewujudkan sistem berkenaan dengan kerjasama Bank Negara bagi membolehkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman selepas tempoh tiga setengah tahun tamat pengajian.
“Penyenaraian kepada sistem CCRIS ini bukanlah sesuatu yang bakal menyusahkan peminjam tetapi untuk memberi kesedaran kepada para peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjaman atau berunding dengan pihak PTPTN.
“Selain itu, kita juga akan fokus kepada mereka yang masih ingkar selepas diberi beberapa notis awal serta amaran akhir, kita akan mengambil tindakan CCRIS,” katanya selepas Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTPTN di sini hari ini. - KOSMO!
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, PTPTN telah mewujudkan sistem berkenaan dengan kerjasama Bank Negara bagi membolehkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman selepas tempoh tiga setengah tahun tamat pengajian.
“Penyenaraian kepada sistem CCRIS ini bukanlah sesuatu yang bakal menyusahkan peminjam tetapi untuk memberi kesedaran kepada para peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjaman atau berunding dengan pihak PTPTN.
“Selain itu, kita juga akan fokus kepada mereka yang masih ingkar selepas diberi beberapa notis awal serta amaran akhir, kita akan mengambil tindakan CCRIS,” katanya selepas Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTPTN di sini hari ini. - KOSMO!
Subscribe to:
Posts (Atom)