Friday

Q&A: Should I invest in small properties first before moving on to bigger properties?

Hi Mr Azizi Ali,

I recently started studying about property investments. I also read your book How to Become a Property Millionaire and it is really amazing and easy to understand. However, I still need to learn more in order for me to get a good investment. Currently I am reading a book of how and why we have to choose our own lawyer for buying own properties. So I hope that you can guide me on what book to read to gain further knowledge on properties.

Also, I need your advice of Palm Spring at Damansara. Is that condominium a worthy investment? I search the value at moment is about RM220k to RM250k for a two to three bedroom unit. I thought it would be better for me to invest in a small condominium before going further with a bigger investment.

Your kind reply is much appreciated.

Thanks

Ken Lai



Hi Ken Lai,

Thank you for your kind words, Ken. I’m happy to know that my book has helped you and even happier to know that you want to continue your education. This is an excellent move – the more books on money matters that you read, the wealthier you will be. (That’s why I read three books a week.)

As far as my recommendations on the titles, you must read all my four books on property investment! (No surprises there.) But don’t stop there; read as many books on the subject matter as you can. The good thing is that there are quite a number of good books on the subject, written by Malaysian authors and those from overseas. I would recommend 40 Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying a Residential Property in Malaysia by Khairul Anuar, The Millionaire Real Estate School For Beginners by Wendy Koh and Real Estate Investing For Dummies by Eric Tyson.

Next point; your idea of investing in a small condo first is spot on. It ties in nicely with the concept of learning as much as you can about the subject, starting small, getting some real life experience, and then growing bigger as you get better. This is a tried and tested success formula. My first property investment was a RM100,000 PKNS apartment – thought you’d like to know that.

Thirdly, I’m afraid that I don’t know a lot about Palm Spring condo therefore am unable to comment much on it. However, I can say this: the location is certainly a plus – it being close to Mutiara Damansara. You can get more details easily about the condo by Googling the name and logging on to the relevant web pages. You should also talk to real estate agents, current owners and also renters there.

Finally, you should consider looking at other properties before making your decision. Property investment is like the fairy tale about the frog prince – you have to kiss a lot of frogs before finding your prince! Likewise, you have to look at a lot of properties before finding a gem.

I wish you the best in your quest, Ken. Have a great future ahead of you.

Regards,
Azizi Ali

Here is some property below 100k


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Thursday

17 Sikap Usahawan Internet Sejati

Pagi-pagi ni nak share, sikap yang perlu ada pada Usahawan Internet Sejati. So kita boleh check and balance. kalau sikap yang ada ni tiada pada anda, jangan gusar. Kita perkasa kan sikap tu dalam diri kita. Amacam ada bran!!!
  1. Berani mengambil risiko
  2. Bijak. Walaupun berani, tetapi harus bijak mengambil risiko
  3. Up To Date dengan perubahan dan peredaran zaman.
  4. Bijak mengurus masa. Menjadi usahawan, mendedahkan diri pada pelbagai komitmen. Kadang-kadang nak jumpa beberapa orang dalam sehari. Kadang-kadang nak balas beratus email dalam sehari. Jadi, perlu bijak mengurus
  5. Tidak terlalu emotional. Emotional penting, tetapi jangan terbawa-bawa semasa menjalankan perniagaan. Mungkin hari ini seseorang itu kawan, hari lain menjadi lawan dan sebaliknya.
  6. Tegas. Terutama kepada mereka yang selalu cakap begini , "..dengan kawan-kawan pun nak berkira ke?".
  7. Kreatif. Kalau hari ini orang jual tudung, esok kita juallah tudung shawl. Kalau hari ini orang jual ebook, pakar ebook, esok kita jual lah, ebook, jutawan ebook. Sudah tentu ianya tidak terhad kepada penggunaan nama yang berbeza. Isi pun kena kreatif.
  8. Menggunakan semua medium yang ada. Jangan terlalu ego hendak menggunakan pelbagai medium lain. Adalah *****, kalau kita berfikir "disebabkan RK dah guna youtube untuk pemasaran, aku tak boleh guna youtube". Atau, "RK, guna Facebook, R1 guna facebook juga, R2 pun sama, aku taknak lah guna facebook". Tolonglah. Lantaklah orang lain nak kata apa, yang penting, kita mahu untung :p
  9. Ada matlamat. Tetapkan matlamat sebulan daripada sekarang. Setahun daripada sekarang. 5 tahun daripada sekarang. 10 tahun daripada sekarang.
  10. Pantang berundur. Gagal adalah satu perkataan. Bukan satu garisan penamat. Bila gagal, jadi macam bola. Melantun semula. Naik semula. Belajar daripada kegagalan.
  11. Ikut resam padi. Makin berisi makin tunduk. Jangan nak bongkak. Baru rasa RM1 juta, dah berlagak kalahkan Bill Gates.
  12. Laser. Ya. Anda perlu laser kepada diri sendiri. Tegur diri sendiri. Kalau tak reti, cuba buat macam ni. Berikan gelaran kepada diri kita "yang tak berapa betul". Kemudian, marah "dia". Tak faham? Baca 8 kali ayat ini.
  13. Sentiasa dahagakan ilmu. Setiap bulan saya akan spend sekurang-kurangnya USD100 untuk ebook, software dan lain-lain. (BM dan English). Ada orang lain, saya dengar $400, ada juga yang beribu-ribu sebulan. Ikut kemampuan anda. Kalau mampu pergi seminar. Pergi. Kalau mampu beli ebook, beli. Kalau mampu pergi bengkel pergi. Paling penting, jangan takut invest untuk diri sendiri.
  14. Networking. Untuk berjaya dengan kadar exponent, anda perlu mempunyai networking. Networking dengan orang yang berjaya. Tip networking. "Aku beri dan beri dan beri baru minta".
  15. Jujur. Contohi usahawan terbaik, Rasulullah. Kalau kain yang baginda jual koyak, baginda akan kata koyak. Tak payah berdolak dalih.
  16. Terima kritikan seadanya. Ramai yang menyuruh kita mesti terima kritikan. TAK. Bukan semua kritikan kita kena terima. Sebaliknya, terima kritikan yang membina sahaja. Kalau kritikan menjatuhkan, abaikan sahaja.
  17. Ada lagi sebenarnya ciri-ciri usahawan sejati ni, lain kali lah tambah…

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Wednesday

Senario mencari PENYEWA, SUSAH or SENANG?



Hari ini saya nak berkongsi satu senario yang mungkin membuka mata hati anda nanti.

Ceritanya begini, jeng jeng jeng

Satu hari yang indah di pagi yang hening seorang tuan rumah Amad ( bukan nama sebenar) berhasrat menyewakan rumah teres 2 tingkat di kawasan Kuala Lumpur. So Amad buat la iklan print satu kertas A4 dan letak di hadapan rumah yang nak sewa tu. Alangkah tak percayanya ke esok kan harinya palinggilan telefon bertubi-tubi berdering tanyakan pasal rumah sewa berkenaan.

Amad apa lagi tersenyum gembira la, so Amad buat la appoinment dengan potential penyewa. Lepas sorang sorang la Amad jumpa. Pada setiap orang tu, Amad akan cakap “ saya tak boleh nak beri keputusan sekarang pasal esok lusa pun ada orang nak tengok rumah tu lagi. Kalau encik/puan nak sewa rumah ni, bagi la duit dulu”. So lepas tu, orang yang kelima datang bawa duit dan berikan pada encik Amad. Apa lagi tersenyum kambing laa encik Amad ( dalam hati Amad kacang jer nak cari penyewa).

Penyewa tu pun masuk ke rumah encik Amad bulan depan. Memandangkan encik Amad ni buzy jugak orangnya so tak sempatla menjenguk rumah sewa nya. Yang dia tahu duit sewa masuk walaupun lambat tapi masuk. Masuk bulan 7, encik Amad tidak terima duit sewa dalam akaun dia, dia heran lalu pergi ke rumah sewanya. Nak jadikan cerita, penyewa dah lari dari rumah sewa dan tinggalkan barang-barang bersepah dalam rumah. Kos untuk membaiki rumah tu RM 25++ sedangkan sewanya hanya RM550 sebulan. Berbaloikah? Dengan apa yang terjadi pada encik Amad.

Saya rasa tak berbaloi, apa kata (andalah yang bijaksana tu). Saya dapat kesan kesalahan encik Amad (tuan rumah amatur) dan apa yang kita boleh improve kat sini. Encik Amad kena cari penyewa yang baik bukan penyewa yang boleh beri duit sewa cepat.

Tapi anda mungkin kata kita dah buat saringan penyewa yang ketat tapi dapat jugak penyewa “ dari neraka”. Apa yang boleh saya katakan, kita telah usaha, kalau dapat juga penyewa yang bermasalah. Yang penting kita dah usaha kan kan kan (^_^)


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Tuesday

Nilai Tanah Di Kawasan Penting Utama Meningkat Dengan Projek MRT




Nilai tanah di kawasan-kawasan penting utama di Kuala Lumpur boleh meningkat sebanyak 11 hingga 13 peratus setahun terutamanya ekoran pelaksanaan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT), kata HwangDBS Vickers Research.

Kawasan penting utama itu ialah KLCC-Bukit Bintang, KL Sentral, Pusat Bandar Damansara-Damansara Heights, KL Eco-City-Midvalley dan Sentul.

Projek MRT itu juga disifatkan sebagai pemangkin untuk melonjakkan nilai hartanah Kuala Lumpur ke tahap yang lebih tinggi.

Pengarah Sekutu HwangDBS Vickers Research, Yee Mei Hui, berkata kenaikan nilai tanah dalam dua hingga tiga tahun akan datang didorong oleh harga jualan harta mewah, nisbah pembangunan-kawasan yang lebih tinggi serta pewujudan lebih banyak zon komersial.

Beliau berkata pelabur-pelabur haruslah memberi perhatian dan mengambil bahagian dalam tema MRT bernilai RM43 bilion dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang.

“Dengan pengganda tiga kali, projek MRT akan memberi impak besar sebanyak RM210 bilion dalam 10 tahun ke atas ekonomi Malaysia dan meningkatkan kerancakan dan kesesuaian untuk hidup di Kuala Lumpur,” katanya pada satu taklimat media Jumaat.

Projek MRT di bawah Rancangan Greater Kuala Lumpur itu adalah pembangunan prasarana terbesar yang pernah dilaksanakan oleh Malaysia.

Menjelaskan lebih lanjut, Yee berkata projek MRT boleh menggalakkan lebih banyak usaha sama, penggabungan dan pengambilalihan serta pelabur harta yang mahu mengumpul simpanan tanah.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan tanah, mereka perlu bertindak cepat.

“Harta yang berhampiran dengan MRT berkemungkinan besar meraih premium 20 hingga 30 peratus,” katanya.

Menurut Yee, penerima manfaat terbesar daripada projek MRT ialah pemaju atau pemilik tanah yang luas berhampiran stesen pertukaran MRT di Bandaraya Kuala Lumpur dengan potensi pembangunan ketumpatan tinggi.

Beliau berkata pemilik dan pemaju harta ini mempunyai pemegang saham yang kukuh dan berpengaruh serta lembaran imbangan yang teguh, di samping rekod pencapaian dalam pembangunan ketumpatan tinggi untuk membida bagi stesen MRT disepadukan atau dibina berhampiran projek mereka.

“Pilihan utama kami ialah YTL Land & Development Bhd, Selangor Properties Bhd, Guocoland (M) Bhd, Bolton Bhd dan SP Setia Bhd yang mempunyai pendedahan Nilai Aset Bersih Dinilai Semula tertinggi kepada stesen pertukaran yang bakal dibina,” katanya.

Katanya meskipun tarikh MRT disasarkan siap masih jauh iaitu dari 2016 hingga 2020, namun harga hartanah akan mula meningkat kerana pemaju menetapkan harga berdasarkan jangkaan kemudahan dan jumlah lalu lintas yang lebih tinggi daripada projek MRT itu.

Kerajaan telah memulakan peragaan awam MRT Blue Line yang diluluskan selama tiga bulan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai, dan lebih banyak perincian mungkin diumumkan berikutan siapnya Pelan Pembangunan Rel Bandar yang dijangkakan pada Mac tahun ini.

Yee menegaskan bahawa projek MRT itu mungkin dilaksanakan beriringan dengan lebuhraya-lebuhraya utama yang seharusnya membantu meminimumkan kos pengambilan tanah dan kelewatan pembinaan.

“Dengan projek MRT itu, kerajaan tidak perlu mengambil lebih banyak tanah kerana rizab lebuh raya digunakan. Ini akan meminimumkan kos pengambilan tanah.

“Kami meramalkan potensi kukuh bagi pelabur MRT untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam tahun-tahun akan datang,” kata beliau.

– BERNAMA


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Friday

Tips Cara Didik Anak cara Islam







Hari nie kita lari sikit dari tajuk property...tapi topik ini penting bagi setiap insan yang bergelar “ibu bapa, papa mama, ibu abah dll...”. cara didik anak cara islam.

Ada banyak tips yang diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah

Tips


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. .

12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

13. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

14. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

15. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian..

18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Pegangan bumiputera cecah 22%

PUTRAJAYA 17 Feb. - Pegangan ekuiti bumiputera dalam pasaran modal kini mencecah 22 peratus berbanding sasaran kerajaan 30 peratus, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, peningkatan pegangan itu dicapai antaranya berikutan sumbangan melalui pengagihan unit saham khas bumiputera melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

Bagi tahun lepas sahaja, beliau berkata, daripada 18 IPO atau 1.6 bilion unit saham khas bumiputera, sebanyak 1.5 bilion unit atau 91.6 peratus telah berjaya diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera.

Namun, katanya kementerian akan mengkaji semula keberkesanan instrumen ini kerana walau pun sudah lama dilaksanakan, pegangan baru mencecah 22 peratus.

"Kita sedang melihat cara lebih berkesan untuk tingkatkan penyertaan bumiputera di dalam syarikat-syarikat di Malaysia," katanya kepada media di luar Sesi Taklimat Unit Agenda Peneraju Bumiputera (Teraju) di Menara Usahawan di sini.

Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh dan wakil-wakil persatuan, dewan perniagaan, badan bukan kerajaan dan usahawan bumiputera.

Ditanya bila jangkaan sasaran 30 peratus itu boleh dicapai, menteri itu berkata, Teraju akan mencari instrumen yang lebih berkesan dan menetapkan tempoh sasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal bulan ini mengumumkan penubuhan Teraju bagi menyelaraskan isu-isu pembangunan ekonomi bumiputera. - BERNAMA

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Anda ada Dana Kecemasan?

Anda mungkin pernah mendengar pepatah ini, “Apabila hujan, ia turun dengan lebat!” Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Oleh itu, kita dinasihatkan agar menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum tsunami kewangan melanda!
Apakah yang dimaksudkan “Dana Kecemasan”?
“Dana kecemasan” biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan diluar jangkaan. Sebagai contoh:
  • Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru.
  • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan.
  • Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan.
  • Gigi geraham anda perlu dicabut.
  • Tiba-tiba syarikat anda bankrap.
Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Itulah masanya “hujan lebat”!
Mengapa Saya Perlu Ada “Dana Kecemasan”?
Sepertimana yang dikatakan oleh Forrest Gump dalam filemnya “Life is like a box of chocolates… you’ll never know what you’ll get!” (“Hidup ini seperti sekotak coklat... anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!”) Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pasa waktu itulah anda memerlukan lonjakan tambahan “Vitamin M” (duit kecemasan).
Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang (lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan “Ah Long”), jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda tetap mahu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.

Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan, semua orang memerlukan dana kecemasan.
Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?
Anda mungkin berfikir yang tiada baki duit yang dapat disimpan selepas membayar semua bil. Ramai orang, tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada, mengatakan mereka tidak dapat menyimpan. Itu adalah kerana perbelanjaan biasanya meningkat sehingga ia menggunakan semua duit lebihan anda.
Namun, hanya anda sahaja yang boleh mengubah keadaan ini. Begini caranya:
  • Bayar diri anda sendiri terlebih dahulu
  • Cipta satu “akaun simpanan automatik” yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan
  • Turunkan perbelanjaan anda dengan hidup secara bijak
  • Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat!
  • Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putusa asa!!
Apakah yang dimaksudkan “Bayar Diri Anda Sendiri Terlebih Dahulu”?
Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.
Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!” Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.

Jadi, kuncinya ialah menjadikan tabiat menyimpan duit setiap kali mendapat gaji. Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya. Seperti yang dikatakan, “Out of sight, out of mind!” (“Apa yang tidak dapat dilihat, tiada dalam minda!”).
Berapa banyak yang patut saya simpan?
Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan selalu. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.
Matlamat anda adalah untuk mencipta dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.
Ingat: Mendapat tabiat meyimpan adalah lebih penting daripada berapa banyak yang anda simpan!

Di manakah saya patut menyimpan “Dana Kecemasan” saya?
Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan dalam waktu-waktu kecemasan. Namun ia tidak patut menjadi terlalu senang untuk anda menggunakannya dengan sesuka hati anda. Anda mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada kapital anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.
Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk membayar diri anda sendiri terlebih dahulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh mengarahkan majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan/amanah saham anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!
Bagaimana saya boleh tahu bila “Dana Kecemasan” dapat digunakan?
Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal. Masih ingatkah perbincangan kita tentang menetapkan syarat? Buat beberapa syarat untuk situasi yang anda boleh gunakan duit ini, supaya anda tidak membazirkannya. Kemudian patuhi syarat-syarat anda sendiri!
Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:
  • Adakah perbelanjaan ini satu Keperluan atau Kehendak?
  • Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
  • Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
  • Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
  • Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
  • Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan
    saya ini pada bulan depan?

Sentiasa ingat bahawa ini adalah “Dana Kecemasan” anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya! Tiada alasan!
Kesimpulan
Terdapat satu lagi pepatah Melayu yang mengatakan bahawa kita patut sediakan payung sebelum hujan. “Dana Kecemasan” ini adalah payung kita dan pastikan ia cukup besar untuk melindungi anda apabila hujan (tetapi pastikan tidak ada kebocoran!)
Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Sunday

Apa nak buat kalau dah jadi billionaire (^_^)



Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Katy Perry - Firework

Every human are special, this song is for you (^_^)



Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Thursday

AKPK bantu urus hutang RM5 bilion



AGENSI Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menguruskan hutang individu mencecah RM5 bilion membabitkan 52,947 peminjam yang dirujuk di bawah Program Pengurusan Hutang (PPK) sejak 2006 sehingga akhir tahun lalu.

Pengurus Besar Operasinya, Azman Hasim berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 140,462 individu mendapatkan pertolongan AKPK membabitkan PPK dan sesi kaunseling.


Katanya, tahun lalu saja pihaknya menguruskan hutang 15,603 individu berbanding 16,184 tahun sebelumnya.

“Antara 2008 dan 2009, terdapat peningkatan mendadak bagi jumlah individu yang mendapatkan pertolongan kami. Peningkatan ini adalah kerana masalah kegawatan ekonomi.


“Bagaimanapun, jumlah itu mula menunjukkan kestabilan sepanjang tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas siri jelajah program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!) di Kuala Lumpur, semalam.


Mengulas program itu, beliau berkata, ia dianjurkan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai aspek kewangan dan pengurusan kewangan yang baik kepada individu dan golongan peminjam baru.

“Program ini adalah percuma dan diadakan di tujuh lokasi di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu,” katanya.


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

SuperLink 2 tingkat di D'Kayangan Section 13 Shah Alam








Price: RM 730 000

Area:Shah Alam

Bedrooms: 5

Tenure: 99

Type: Houses

Size: 26x80 sq.ft.

Property Type: Double storey


Title type: Leasehold


Other info: Non Bumi Lot




Rumah SuperLink 2 tingkat di D'Kayangan Section 13 Shah Alam, Rumah Baru, Dekat dengan kemudahan awam.

Dekat dengan Giant dan Tesco Extra

Harga = RM 730 000

Built area = 2689sq ft

Land area = 26x80

5 bed room + 4 bathroom

Ada 2 unit.

Tolong call farred 013-3652380 untuk viewing


SOLD


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah