Thursday

AKPK bantu urus hutang RM5 bilion



AGENSI Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menguruskan hutang individu mencecah RM5 bilion membabitkan 52,947 peminjam yang dirujuk di bawah Program Pengurusan Hutang (PPK) sejak 2006 sehingga akhir tahun lalu.

Pengurus Besar Operasinya, Azman Hasim berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 140,462 individu mendapatkan pertolongan AKPK membabitkan PPK dan sesi kaunseling.


Katanya, tahun lalu saja pihaknya menguruskan hutang 15,603 individu berbanding 16,184 tahun sebelumnya.

“Antara 2008 dan 2009, terdapat peningkatan mendadak bagi jumlah individu yang mendapatkan pertolongan kami. Peningkatan ini adalah kerana masalah kegawatan ekonomi.


“Bagaimanapun, jumlah itu mula menunjukkan kestabilan sepanjang tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas siri jelajah program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!) di Kuala Lumpur, semalam.


Mengulas program itu, beliau berkata, ia dianjurkan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai aspek kewangan dan pengurusan kewangan yang baik kepada individu dan golongan peminjam baru.

“Program ini adalah percuma dan diadakan di tujuh lokasi di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu,” katanya.


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: