loading...
Senario mencari PENYEWA, SUSAH or SENANG? | Farred Property
RSS

Senario mencari PENYEWA, SUSAH or SENANG?



Hari ini saya nak berkongsi satu senario yang mungkin membuka mata hati anda nanti.

Ceritanya begini, jeng jeng jeng

Satu hari yang indah di pagi yang hening seorang tuan rumah Amad ( bukan nama sebenar) berhasrat menyewakan rumah teres 2 tingkat di kawasan Kuala Lumpur. So Amad buat la iklan print satu kertas A4 dan letak di hadapan rumah yang nak sewa tu. Alangkah tak percayanya ke esok kan harinya palinggilan telefon bertubi-tubi berdering tanyakan pasal rumah sewa berkenaan.

Amad apa lagi tersenyum gembira la, so Amad buat la appoinment dengan potential penyewa. Lepas sorang sorang la Amad jumpa. Pada setiap orang tu, Amad akan cakap “ saya tak boleh nak beri keputusan sekarang pasal esok lusa pun ada orang nak tengok rumah tu lagi. Kalau encik/puan nak sewa rumah ni, bagi la duit dulu”. So lepas tu, orang yang kelima datang bawa duit dan berikan pada encik Amad. Apa lagi tersenyum kambing laa encik Amad ( dalam hati Amad kacang jer nak cari penyewa).

Penyewa tu pun masuk ke rumah encik Amad bulan depan. Memandangkan encik Amad ni buzy jugak orangnya so tak sempatla menjenguk rumah sewa nya. Yang dia tahu duit sewa masuk walaupun lambat tapi masuk. Masuk bulan 7, encik Amad tidak terima duit sewa dalam akaun dia, dia heran lalu pergi ke rumah sewanya. Nak jadikan cerita, penyewa dah lari dari rumah sewa dan tinggalkan barang-barang bersepah dalam rumah. Kos untuk membaiki rumah tu RM 25++ sedangkan sewanya hanya RM550 sebulan. Berbaloikah? Dengan apa yang terjadi pada encik Amad.

Saya rasa tak berbaloi, apa kata (andalah yang bijaksana tu). Saya dapat kesan kesalahan encik Amad (tuan rumah amatur) dan apa yang kita boleh improve kat sini. Encik Amad kena cari penyewa yang baik bukan penyewa yang boleh beri duit sewa cepat.

Tapi anda mungkin kata kita dah buat saringan penyewa yang ketat tapi dapat jugak penyewa “ dari neraka”. Apa yang boleh saya katakan, kita telah usaha, kalau dapat juga penyewa yang bermasalah. Yang penting kita dah usaha kan kan kan (^_^)


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Terima Kasih kerana Sudi Membaca
Judul: Senario mencari PENYEWA, SUSAH or SENANG?
Ditulis Oleh farid idris
Saya harap berikan link yang menuju ke artikel Senario mencari PENYEWA, SUSAH or SENANG? ini. Sesama blogger mari saling menghargai. Terima kasih atas perhatiannya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: