- Berani mengambil risiko
- Bijak. Walaupun berani, tetapi harus bijak mengambil risiko
- Up To Date dengan perubahan dan peredaran zaman.
- Bijak mengurus masa. Menjadi usahawan, mendedahkan diri pada pelbagai komitmen. Kadang-kadang nak jumpa beberapa orang dalam sehari. Kadang-kadang nak balas beratus email dalam sehari. Jadi, perlu bijak mengurus
- Tidak terlalu emotional. Emotional penting, tetapi jangan terbawa-bawa semasa menjalankan perniagaan. Mungkin hari ini seseorang itu kawan, hari lain menjadi lawan dan sebaliknya.
- Tegas. Terutama kepada mereka yang selalu cakap begini , "..dengan kawan-kawan pun nak berkira ke?".
- Kreatif. Kalau hari ini orang jual tudung, esok kita juallah tudung shawl. Kalau hari ini orang jual ebook, pakar ebook, esok kita jual lah, ebook, jutawan ebook. Sudah tentu ianya tidak terhad kepada penggunaan nama yang berbeza. Isi pun kena kreatif.
- Menggunakan semua medium yang ada. Jangan terlalu ego hendak menggunakan pelbagai medium lain. Adalah *****, kalau kita berfikir "disebabkan RK dah guna youtube untuk pemasaran, aku tak boleh guna youtube". Atau, "RK, guna Facebook, R1 guna facebook juga, R2 pun sama, aku taknak lah guna facebook". Tolonglah. Lantaklah orang lain nak kata apa, yang penting, kita mahu untung :p
- Ada matlamat. Tetapkan matlamat sebulan daripada sekarang. Setahun daripada sekarang. 5 tahun daripada sekarang. 10 tahun daripada sekarang.
- Pantang berundur. Gagal adalah satu perkataan. Bukan satu garisan penamat. Bila gagal, jadi macam bola. Melantun semula. Naik semula. Belajar daripada kegagalan.
- Ikut resam padi. Makin berisi makin tunduk. Jangan nak bongkak. Baru rasa RM1 juta, dah berlagak kalahkan Bill Gates.
- Laser. Ya. Anda perlu laser kepada diri sendiri. Tegur diri sendiri. Kalau tak reti, cuba buat macam ni. Berikan gelaran kepada diri kita "yang tak berapa betul". Kemudian, marah "dia". Tak faham? Baca 8 kali ayat ini.
- Sentiasa dahagakan ilmu. Setiap bulan saya akan spend sekurang-kurangnya USD100 untuk ebook, software dan lain-lain. (BM dan English). Ada orang lain, saya dengar $400, ada juga yang beribu-ribu sebulan. Ikut kemampuan anda. Kalau mampu pergi seminar. Pergi. Kalau mampu beli ebook, beli. Kalau mampu pergi bengkel pergi. Paling penting, jangan takut invest untuk diri sendiri.
- Networking. Untuk berjaya dengan kadar exponent, anda perlu mempunyai networking. Networking dengan orang yang berjaya. Tip networking. "Aku beri dan beri dan beri baru minta".
- Jujur. Contohi usahawan terbaik, Rasulullah. Kalau kain yang baginda jual koyak, baginda akan kata koyak. Tak payah berdolak dalih.
- Terima kritikan seadanya. Ramai yang menyuruh kita mesti terima kritikan. TAK. Bukan semua kritikan kita kena terima. Sebaliknya, terima kritikan yang membina sahaja. Kalau kritikan menjatuhkan, abaikan sahaja.
- Ada lagi sebenarnya ciri-ciri usahawan sejati ni, lain kali lah tambah…
Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah
No comments:
Post a Comment