Thursday

Semi D untuk dijual dekat Putrajaya





Semi D berdekatan Putrajaya & Kajang

RENO pada bahagian Dapur sampai ke belakang.

40 x 80 sqft

3 bilik & 2 bilik air

Berhampiran dengan surau, taman permainan dan kedai

10 mini ke Alamanda Putrajaya
17 minit ke PICC
20 mini ke Cyberjaya
20 mini ke Bangi

RM 408 000 (Nego)

call Mohd 013-3652380

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom Google PageRank
Checking tool

Sunday

2 Sty New House @ Puncak Alam or Shah Alam 2 for RENT







Detail Below:

Status: Available

Transaction type: For Rent only

Address: Puncak Alam or Shah Alam 2

City: Shah Alam

State: Selangor

Country: Malaysia

Rental price: RM 1100

Negotiable: yes

Type: Terrace (Intermediate)

Storey: 2

Square Feet: 20 x 70

Furnishing type: Unfurnish

Occupied type: --

Title type: Individual

Beds: 4

Baths: 3


Other information

* Strategic Location

* Klinik, Kedai runcit, Kedai 99 SpeedMart, Restoran & Kedai Makan, Supermarket Econsave, McDonalds, 10-15 minit ke UiTM Puncak Alam


SEWA tidak termasuk BIL ELEKTRIK & AIR

DEPOSIT : 2 + 1 + deposit (Utiliti) + tenancy agreement


Kemasukan : April 2012
Please call Farred 019-3026305 untuk temujanji. Email : farred5077@gmail.com


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Kedai di Desa Pinggiran Putra untuk di JUAL SEGERA. Dekat dengan Putrajaya


Detail below:

Status: Available

Transaction type: For sale only

Address: Desa Pinggiran Putra

City: Dekat Putrajaya

State: Selangor

Country: Malaysia

Rental price: Call For Price
Sales
Price: RM300,000
Negotiable: yes

Type: Shop Lot (Intermediate)

Storey: 1

Square Feet: 20 x 70

Furnishing type: Unfurnish

Occupied type: --
Title type: Individual

Tenure: Leasehold (Malay Reserve)

Beds: 1

Baths: 2


Other information


* Strategic Location


Full Description: - 1 bilik /2 bilik air. Kedai dekat dengan Putrajaya. Kedai 20x70 .10 minit sampai ke Putrajaya & Alamanda. Sekolah baru dah nak siap. Pasaraya berdekatan adalah Alamanda...Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang- JUAL SEGERA !!-Harga RM 300K. Deposit 10%. Earnest Deposit 3%, balance 7% masa S&P. Lawyer akan diuruskan. Loan guna panel bank yang senang lulus. Dinasihatkan anda semak status Loan terlebih dahulu di mana-mana bank. Please call Farred 019-3026305 untuk temujanji. Email : farred5077@gmail.com


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Kedai utk dijual di Desa pinggiran Putra dekat Putrajaya







Status: Available
Transaction type: For sale only
Address: Desa Pinggiran Putra
City: Dekat Putrajaya
State: Selangor
Country: Malaysia
Rental price: Call For Price Sales
Price: RM300,000
Negotiable: yes
Type: Shop Lot (Intermediate) (Already Reno)
Storey: 1
Square Feet: 20 x 70
Furnishing type: Unfurnish
Occupied type: --
Title type: Individual
Tenure: Leasehold (Malay Reserve)
Beds: 1
Baths: 2

Other information

* Strategic Location
* Already Reno with aircond


Full Description: - 1 bilik /2 bilik air. Kedai dekat dengan Putrajaya. Kedai 20x70 .10 minit sampai ke Putrajaya & Alamanda. Sekolah baru dah nak siap. Pasaraya berdekatan adalah Alamanda...Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang- JUAL SEGERA !!-Harga RM 300K. Deposit 10%. Earnest Deposit 3%, balance 7% masa S&P. Lawyer akan diuruskan. Loan guna panel bank yang senang lulus. Dinasihatkan anda semak status Loan terlebih dahulu di mana-mana bank. Please call Farred 019-3026305 untuk temujanji. Email : farred5077@gmail.com
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Tuesday

Apt di Dataran Otomobil, Sek 15, Shah Alam utk SEWA



Apartment di Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam

Available = Bulan April

- 3 bilik 2 bilik air.
- Tingkat 3
- Berdekatan Toyota, UiTM dan PKNS
Syarat2 Sewa

============

- Sewa bulanan : RM 850.00

- Deposit : 2 + 1

- Api/Air : RM 400


call Mohd = 019-214 2380


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

semi D corner lot untuk dijual, dekat Putrajaya








Detail Below:

Status: Available

Transaction type: For sale only
Address: Desa Pinggiran Putra
City: Dekat Putrajaya
State: Selangor
Country: Malaysia
Rental price: Call For Price Sales
Price: RM550,000
Negotiable: yes
Type: Semi D (Corner Lot 7000 sq ft but already renovate)
Storey: 1
Square Feet: 7000 sq ft
Furnishing type: Unfurnish
Occupied type: --
Title type: Individual
Tenure: Leasehold
Beds: 4
Baths: 2
Other information

* Very Near Playground
* Very Near Shop


Full Description: - 4 bilik tidur/2 bilik air. Rumah dekat dengan padang bola dan taman permainan. Rumah Renovate 7000 sq ft . 10 minit sampai ke Putrajaya. Sekolah baru dah nak siap. Pasaraya berdekatan adalah Alamanda...Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang- JUAL SEGERA !!-Harga RM 550K. Deposit 10%. Earnest Deposit 3%, balance 7% masa S&P. Lawyer akan diuruskan. Loan guna panel bank yang senang lulus. Dinasihatkan anda semak status Loan terlebih dahulu di mana-mana bank. Please call Mohd 013-3652380 untuk temujanji. Email : farred5077@gmail.com
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Monday

Semi D dekat Putrajaya untuk dijual (Hot Deal!)






Detail Below:

Status: Available

Transaction type: For sale only
Address: Desa Pinggiran Putra
City: Dekat Putrajaya
State: Selangor
Country: Malaysia
Rental price: Call For Price Sales
Price: RM440,000
Negotiable: yes
Type: Semi D (Intermediate but already renovate)
Storey: 1
Square Feet: 42.5 x 80
Furnishing type: Unfurnish
Occupied type: --
Title type: Individual
Tenure: Leasehold
Beds: 3
Baths: 2
Other information

* Very Near Playground
* Very Near Shop


Full Description: - 3 bilik tidur/2 bilik air. Rumah dekat dengan padang bola dan taman permainan. Rumah Renoate 20x70 . 8 minit sampai ke Putrajaya. Sekolah baru dah nak siap. Pasaraya berdekatan adalah Alamanda...Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang- JUAL SEGERA !!-Harga RM 440K. Deposit 10%. Earnest Deposit 3%, balance 7% masa S&P. Lawyer akan diuruskan. Loan guna panel bank yang senang lulus. Dinasihatkan anda semak status Loan terlebih dahulu di mana-mana bank. Please call Mohd 013-3652380 untuk temujanji. Email : farred5077@gmail.com


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Friday

Bilionair Malaysia 11 orang, tambah satu

Bilionair Malaysia 11 orang, tambah satu

2 Mac 2012
logo forbes

SINGAPURA - Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.

Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.

Robert Kuok mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion.

Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.

Di tempat ketiga ialah Lee Kim Hua, yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion.

Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat.

Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.

Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat
dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.

Malaysia kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat.

Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi.

Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan nilai
AS$500 juta.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220 juta.

Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta.

Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya.

Tambahan kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta.

Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama.

Tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada AS$125 juta tahun lepas.

Berbeza dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012. - Bernama



Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Monday

Rumah Bukit Beruntung Harga Melambung tinggi!


Saya nak share kalau 5 tahun dulu saya survey, harga rumah di Bukit Beruntung jatuh gila-gila kan. Tapi sekarang dah naik kembali, sini ada beberapa rumah lelong yang sesiapa berminat nak membeli rumah lelong. List ni boleh tolong. Tarikh tu adalah tarih auction. Untuk maklumat lanjut, call saya la ya.


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Thursday

JOE GIRARD'S 13 RULES TO SUCCESS!

JOE GIRARD'S 13 RULES TO SUCCESS!

  1. HAVE A POSITIVE ATTITUDE
    Hang around with positive people, stay away from cry babies and complainers, because they will pull you down to their level. If something isn't going right in your life, keep it to yourself, no one wants to hear your problems, make people believe you are having a wonderful time.
  2. ORGANIZE YOUR LIFE
    Keep an appointment book so that you don't have to use the words that sicken me: "I FORGOT." At the end of each day, meditate upon what you did or did not do, so you can become stronger for tomorrow. Plan your work for the next day. If you know where you are going you will get there. If you don't, you are LOST!
  3. WORK WHEN YOU WORK
    Don't take long lunch hours, and only eat with people who can help your cause, not with other salespeople. Do not sneak out of work early, if you do you are a LOSER.
  4. OBSERVE GIRARD'S NO-NOs
    No smoking or chewing tobacco, no gum, no colognes, no profanity, no dirty jokes, no alcohol breath, and men do not wear earrings when you are working. Turn off cell phones - they're irritating. The biggest killer of them all is NOT BEING ON TIME.
  5. DRESS THE PART
    What kind of people are you dealing with? If you are selling to blue collar workers, don't wear $500 suits and expensive shoes, jewelry or watches (it's a big distraction). Wear it on your own time, not when you're working - clothes can turn people off.
  6. LISTEN!
    People can tell if you're not listening. The longer you listen, the more obligated people will feel towards you. The more you listen, the more likely a customer is going to do business with you. Listening shows that you care. "The mouth should only be used for eating - keep your mouth shut!" Silence is Golden.
  7. SMILE!
    A smile increases your face value. If people would smile more, your customers would feel better and want to do business with you, plus it's great for your health!
  8. RETURN ALL PHONE CALLS & EMAILS
    Not returning calls or emails are a way to lose customers and friends. Return your calls and emails as soon as possible. If you don't, that's a good way to burn a bridge!
  9. TELL THE TRUTH
    If you get caught in a lie even once, you will always be a liar. Even if you tell the truth for the rest of your life, you won't be trusted or believed, consider yourself DEAD.
  10. DON'T OVERCHARGE
    If you do, and the customer compares your deal with somebody else, you have lost him. Take a little and leave a little; Joe only worked on a small profit, but he was heavy on volume, averaging six retail automobile sales a day. Word of mouth got around that YOU CAN'T BEAT JOE GIRARD'S PRICE.
  11. STAND IN FRONT OF YOUR PRODUCT OR SERVICES, NOT BEHIND
    The most important thing to do for your customer is SERVICE them, and they will do business with you over and over again. This is what made JOE #1 IN THE WORLD.
  12. LOCK UP EVERY SALE
    After you have closed the sale, ask your customers why they bought from you - if they tell you why, they are reinforcing their trust in you. Therefore no more buyers' remorse, MEANING NO MORE CANCELLATIONS.
  13. REWARD YOURSELF
    Treat yourself well for all the smart work you have done; YOU DESERVE IT!
Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Tuesday

SPNB sasar bina 3,000 rumah

SPNB sasar bina 3,000 rumah
Oleh Zuraidah Mohamed

2012/01/31
SYARIKAT Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina 3,000 daripada 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan ini menerusi pelaksanaan pembinaan fasa pertamanya.

Pengerusinya, Datuk Ir Idris Haron, berkata SPNB yang diberi mandat kerajaan bagi melaksanakan projek RMR itu akan menggunakan konsep Sistem Binaan Industri (IBS) bagi memastikan rancangan membina 45 unit rumah RMR di setiap kawasan Parlimen tahun ini berjalan dengan lancar.
Katanya, sejak program RMR itu diperkenalkan lapan tahun lalu, SPNB menerima 44,359 permohonan dan daripada jumlah itu, 19,927 permohonan telah diluluskan membabitkan peruntukan RM1.2 bilion.
Pada masa sama, SPNB menyerahkan 17,049 unit rumah yang siap dibina kepada pemiliknya.

“SPNB diberi mandat untuk menerajui pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti di negara ini. Tahun ini, kami akan menumpukan kepada pelaksanaan projek rumah RMR dalam memastikan mereka khususnya yang berpendapatan rendah mempunyai kediaman yang selesa dan sempurna.

“Sebelum ini, SPNB berkemampuan membina 2,500 unit RMR setahun menerusi kaedah konvensional kerana sumber terhad, tetapi dengan IBS kami yakin pembinaan 10,000 unit rumah RMR setahun akan dapat dilaksanakan dengan jaya,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Idris berkata, setakat ini, kerajaan mengeluarkan subsidi RM340 juta bagi membina rumah RMR di seluruh negara dan tambahan peruntukan sebanyak RM200 juta menerusi Bajet 2012 bagi pembinaan 10,000 unit kediaman itu tahun ini.
Katanya, mereka yang hendak memohon program RMR mesti berpendapatan RM1,500 ke bawah selain sudah mempunyai keluarga, belum memiliki kediaman sendiri serta mempunyai tanah untuk dibangunkan rumah.

“Mereka hanya perlu membayar RM150 sebulan dengan tempoh pembiayaan selama 25 tahun. Ini bermakna harga rumah yang mereka bayar hanya RM45,000 sedangkan jika disemak nilai pasaran harga rumah berkenaan bernilai RM65,000,” katanya sambil memberitahu ruang rumah RMR kini diperluaskan dari hanya 850 kaki persegi kepada 1,000 kaki persegi yang merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Dalam pada itu, Idris berkata, bermula tahun ini SPNB menawarkan program rumah RMR berkenaan kepada mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 dengan memenuhi syarat ditetapkan iaitu tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah didiami usang, mempunyai tanah serta berkeluarga.

Bagaimanapun, katanya harga rumah adalah lebih tinggi iaitu antara RM95,000 hingga RM100,000 mengikut pasaran semasa. Tempoh bayaran balik selama 25 tahun dengan bayaran pinjaman RM350 sebulan.

“Program rumah RMR ini diperluaskan kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana kami mendapat permintaan yang banyak daripada golongan ini yang tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk memiliki kediaman sendiri.

“Bagaimanapun, bayaran bulanan adalah lebih tinggi sedikit kerana ia tidak termasuk dalam pemberian subsidi oleh kerajaan. Ini adalah antara langkah SPNB dalam membantu rakyat negara ini memiliki kediaman sendiri,” katanya rumah RMR berkenaan adalah juga jenis rumah banglo menerusi beberapa model baru yang akan diperkenalkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata SPNB akan menyiapkan sebanyak 3,500 unit rumah mampu milik yang berharga dari RM80,000 hingga RM200,000 tahun ini di seluruh negara.


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Thursday

GLC patut 'ambil' kuota bumi

GLC patut 'ambil' kuota bumi

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes.utusan@gmail.com

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Syarikat-syarikat milik kerajaan yang bergiat dalam sektor hartanah dan unit amanah hartanah wajar membeli kediaman kuota Bumiputera untuk mengelak aset berkenaan 'bertukar tangan'.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shahrom Md. Ariffin berkata, pendekatan itu dilihat sebagai cara terbaik dan lebih praktikal dalam usaha menyelamat hartanah yang diperuntukan kepada Bumiputera.

Beliau berkata, masalah kediaman tidak terjual itu disebabkan pembeli Bumiputera berminat tetapi masih belum membelinya.

Justeru, katanya, sekiranya kediaman-kediaman berkenaan dibeli oleh GLC , sekurang-kurangnya hak yang diperuntukan kepada Bumiputera terjamin.

''Siapa kata Bumiputera tidak berminat untuk memiliki kediaman, banyak yang masih mencari-cari dengan tumpuan terhad kepada kediaman berkos rendah dan sederhana. Jumlah Bumiputera yang mampu memberi rumah sederhana mewah dan mewah begitu kecil.

''Oleh itu, saya syorkan Permodalan Hartanah Bhd., Permodalan Nasional Bhd., Majlis Amanah Rakyat, AmanahRaya Bhd. atau Lembaga Tabung Haji mengambil alih hartanah-hartanah tersebut.

''Kalau Bumiputera secara individu tidak mampu, saya yakin agensi-agensi ini berupaya kerana mereka memiliki dana yang besar,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) supaya status hartanah lot Bumiputera ditukar secara automatik kepada bukan Bumiputera jika gagal dijual dalam tempoh masa tertentu.

Cadangan itu dibuat bagi mengatasi kerugian yang didakwa terpaksa ditanggung oleh pemaju ekoran gagal menjual hartanah berkenaan, selain perlu melunaskan kos tertentu untuk mengubahnya ber dasarkan undang-undang semasa.

Presidennya, Datuk Seri Michael K C Yam berkata, kaji selidik yang dilakukan REHDA mendapati masalah kegagalan menjual hartanah lot Bumiputera merupakan punca paling utama kerugian ditanggung oleh pemaju untuk empat tahun berturut-turut.

Mengulas mengenai tersebut, Shahrom mengakui REHDA tidak boleh dipersalahkan berhubung cadangan yang dilontarkan.

Ini kerana isu berkenaan adalah perkara lapuk yang dibincangkan hampir setiap tahun oleh para pemaju tetapi ia tidak dilihat secara serius oleh mana-mana pihak.

Akibatnya, kata beliau, isu itu bersifat bermusim tanpa tidak diketahui bilakah jalan penyelesaiannya mampu dilaksanakan.

Bagaimanapun, tegas beliau, jalan penyelesaian perlu dilihat secara teliti oleh kerajaan untuk mengelakkan para pemaju hartanah tempatan rugi dan pada waktu yang sama pertahankan hak Bumiputera.

Shahrom menambah, cadangan menukar hak milik hartanah yang diperuntukan itu tidak wajar dipertimbangkan kerana dikhuatiri keistimewaan itu akan hilang secara perlahan-lahan.

''Mekanisme yang betul perlu dibincang, diteliti dan dilaksanakan. Tetapi saya berpendapat kuota kediaman Bumiputera boleh diselamatkan oleh agensi-agensi terbabit,'' katanya.

Beliau berkata, di sebalik tumpuan agensi-agensi berkaitan kepada hartanah komersial, mereka boleh menambah hartanah kediaman sebagai portfolio baharu terutama di kawasan-kawasan utama yang berpotensi besar dan berdaya saing.

''Contohnya di kawasan Mont Kiara dan tengah-tengah kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur kerana kediaman di kawasan ini tidak akan jatuh dan baik untuk pelaburan jangka panjang.

''Dengan pembelian kediaman, entiti-entiti terbabit bukan sahaja membantu menangani masalah pemaju, pada masa sama GLC mampu mempertahan dan menyelamatkan hak milik Bumiputera.

''Mungkin kediaman yang mahal itu tidak mampu dimiliki Bumiputera pada masa sekarang, tetapi mungkin boleh dijual pada tahun-tahun mendatang. Siapa tahu ketika itu banyak Bumiputera yang mampu,'' katanya.

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Adakah Kita Wajib Bayar Zakat Simpanan Tabung Haji?

Berikut adalah jawapan dari laman web Tabung Haji:

Adakah pendeposit TH wajib membayar zakat simpanan atas wang simpanannya di TH ?

Jawapan:

Wang simpanan pendeposit-pendeposit TH disatukan dalam Kumpulan Simpanan Pendeposit-pendeposit dan dijadikan sebagai modal perniagaan. Modal perniagaan ini dilabur oleh TH dalam bidang-bidang perniagaan seperti pelaburan harta tanah, bangunan, perladangan, perusahaan dan bidang-bidang lain yang halal mengikut lunas-lunas Islam. Kumpulan Wang simpanan Pendeposit ini hanya digunakan oleh TH untuk tujuan perniagaan.

TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya di TH.

Ini merupakan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 May 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan tersebut memutuskan:

1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya.

2. Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan.

3. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas.

4. Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Monday

Kalau Melabur Jangan Sampai Rugi

Malam ni nak share satu ilmu yang saya rasa baik untuk saya...dan mungkin baik juga untuk anda.

“Di mana saya patut melabur?”

“Ok kah saya melabur di sini?”

“Adakah saya membuat keputusan pelaburan yang betul?”

Barangkali itu adalah persoalan-persoalan yang sering keluar dalam pemikiran kita semua apabila kita melabur, apatah lagi kalau kita baru hendak memulakan pelaburan.

Pertama, kita kena faham prinsip asas pelaburan yang paling penting iaitu jangan rugi. Pelabur yang bijak adalah pelabur yang tahu bagaimana untuk memastikan modalnya kekal. Maksudnya, kalau pelabur itu memulakan pelaburannya sebanyak RM 100, dia mesti cuba sedaya upaya agar nilai RM 100 itu kekal.

Betul, pelaburan juga datang dengan kos. Komisyen broker, ejen, guaman, spread, cukai dan sebagainya. Ini juga mesti diambil kira oleh kita semua. Maka, sekiranya sejurus selepas kita beli sesuatu produk pelaburan dan kita dapati kita tidak boleh terus menjualnya kembali paling kurang dengan harga kos, itu bermaksud kita dalam posisi rugi. Pelaburan kita telah rugi.

Justeru, kita perlu merangka plan pelaburan yang tepat untuk memastikan kerugian awal sebegitu dapat dikurangkan ke jumlah yang paling minima.

Di Malaysia, ada 2 penanda aras yang sangat sesuai untuk kita semua. Penanda aras yang dimaksudkan adalah:

1. Kadar pulangan fixed deposit (FD) / mudharabah di bank-bank yang ketika ini dalam sekitar 3-4% setahun.

2. Kadar pulangan Tabung Haji / ASB yang ketika ini dalam sekitar 5-7%.

Sudah tentu untuk individu yang mempunyai net-worth yang tinggi dan juga institusi pelaburan adalah dengan merujuk kadar pulangan bon / sukuk yang bertaraf AAA.

Instrumen kewangan yang disebut ini adalah instrumen kewangan yang mempunyai risiko yang rendah (secara umumnya). Justeru, modal pelaburan kita selalunya kekal dan kerugian tidak berlaku dengan mudah.

Jadi sekiranya kita mahu memulakan pelaburan di tempat lain kita perlu pastikan adakah kita boleh dapat lebih dari pulangan 3% di FD / mudharabah atau lebih dari 5-7% di Tabung Haji / ASB.

Ingat, RM 100 yang kita letak di FD / mudharabah membolehkan kita mendapat RM 3 dan menjadikan nilai pelaburan kita menjadi RM 103.

Kalau kita melabur RM 100 dan setahun kemudian nilainya menjadi RM 94 misalnya, itu bermakna kita sedang kerugian dan kita perlu menilai balik pelan pelaburan kita.

Harus kita ingat, sekiranya kita tidak berjaya mendapat pulangan melebihi dua penanda aras ini secara konsisten, maka kita perlu melihat kembali pelan pelaburan kita. Adakah kita telah melabur dengan pengetahuan dan kemahiran yang betul?

Adalah lebih baik kita meletakkan sahaja duit kita dalam FD / Mudharabah, Tabung Haji / ASB kalau pelaburan kita di tempat lain sentiasa rugi.

Ingat, prinsip utama ini sentiasa, jangan rugi.


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Wednesday

Dokumen untuk Apply Loan Rumah

Dokumen untuk Apply Loan Rumah

Assalamualaikum…

Ramai klien yang aku jumpa masih kurang pasti apa dokumen yang diperlukan untuk apply loan rumah. Dokumen yang tidak lengkap hanya akan melambatkan proses untuk bank meluluskan pinjaman korang.

Di bawah ini aku senaraikan dokumen-dokumen yang perlu di hantar ke bank semasa proses permohonan pinjaman rumah:

Dokumen wajib :
- Salinan fotostat kad pengenalan /passport yang jelas
- Salinan S&P

Bekerja Makan Gaji
- 3 bulan slip gaji terkini
- Salinan penyata EPF yang terkini
- 3 bulan salinan penyata bank/saving passbook/e-statement yang terkini (akaun gaji dan akaun simpanan hasil bisnes/rumah sewa). Pastikan nama pemohon di dalam penyata tersebut atau di muka depan saving passbook.
- surat pengesahan jawatan dari majikan (jika bekerja kurang dari setahun)
- Borang EA

Bekerja Sendiri
-Borang Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D/E) bagi sole proprietorship/partnership
- Borang 9, 24, 49 untuk syarikat plc
- Borang B
- 6-8 bulan salinan penyata bank terkini syarikat
- 3 bulan salinan penyata bank terkini individu

Gaji Berdasarkan Komisyen
- 1 tahun penyata komisyen untuk mendapat average pendapatan bulanan
- 1 tahun penyata bank/saving passbook/e-statement (akaun komisyen dikreditkan)
- Borang B

Wassalam..

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Sunday

Join Seminar Hartanah

Salam...Hari ini aku nak share dgn korang pasal seminar hartanah...bukan apa bak kata sifu or otai tanah
belajarlah sampai ke negara china. Tu sebab aku belajar pasal hartanah...nak cari ilmu baru yang boleh aku jadikan panduan
untuk aku sebagai agen ni.

Aku pegi seminar tu minggu lepas, tapi aku cakap memang berbaloi. Dengan harga seminar yang sederhana tapi pengisian
yang mantap. Dalam seminar itu aku dan kengkawan di dedahkan 3 benda nak jadi seorang pelabur. Aku bagi satu laa ya
...pelabur mesti ada ilmu. Macam mana nak cari ILMU tu ada banyak cara, antaranya datang seminar...macam aku buat, beli
buku, melabur masa, duit, baca blog, baca forum dan banyak lagi.

Walaupun seminar tu sampai larut malam, tapi tidak seorang pun yang berganjak dari tempat duduk masing-masing mendengar
sifu T menyampaikan ilmu. Semua focus 100%. Matlamat semua perserta dan saya adalah untuk KK (Kebebasan Kewangan).
Kami juga diajar 7 Jenis Passive income, ini kerana kita tidak boleh tutup minda kita pada satu passive income sahaja.
Donald Trump pun buat hartanah, buat rancangan Apprentice, dan jangan tak tahu...rancangan Miss World tu, yang telah
ditonton oleh ramai giler tu, dia yang buat dan dia juga ada buat buku.

Alhamdulillah sangat...aku dapat hadir seminar hartanah ini. Aku syorkan untuk korang juga.

Pengalaman aku la... dengan join seminar-seminar seperti ini...aku pesan pada diri aku sendiri...aku boleh AMALkan
apa yang diajarkan oleh sifu T seminar ni.

Ok laaa...jika korang rasa apa yang aku share ni baik untuk korang, jadikan lah panduan. Jika korang rasa tak berfaedah
korang buang la jauh-jauh.

Ok...salam


Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid myvi' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom