Beli rumah tanpa bayar deposit
Pada artikel sebelum ini saya pernah berkongsi cerita mengenai konsep pelaburan hartanah. Dari sini anda telah mula faham sebagai pelabur hartanah lebih sedikit wang yang kita keluarkan lebih bernilai hartanah itu pada kita. Salah satu cara untuk kita membeli rumah tanpa deposit adalah dengan megambil 100% pinjaman dan wang muka sifar (zero entry cost) pada pakej pinjaman bank anda.
Adakah saya tidak perlu keluar duit langsung?
Wang muka sifar bukan lah bermaksud anda tidak perlu keluar duit langsung untuk membeli rumah, tetapi ia sebenarnya salah satu cara untuk kita mengurangkan pengantungan wang pada hartanah itu. Wang muka sifar atau sedikit tidak bermakna tiada bayaran langsung. Apa yang saya maksudkan jika adna mengambil pakej 100% pinjaman dari bank. anda masih perlu mencari wang “extra” untuk yuran guaman, duti setem, insurans dan kos-kos lain.
Apakah kelebihan wang muka sifar atau “zero entry cost” pada pelabur?
1. Membayar wang sedikit atau tanpa wang lansung
2. Boleh membeli sebanyak mana hartanah yang boleh
3. Tidak perlu menunggu wang simpanan cukup untuk deposit
4. Eksekutif baru boleh memiliki rumah
5. Pelajar kolej juga boleh membeli rumah, dengan jaminan ibu bapa
6. Membina portfolio hartanah semasa muda.
Wang muka sifar ini bukan hanya dapat memberi manfaat pada mereka yang mempunyai tabungan rendah malah ia juga dapat menggalakkan lebih ramai lagi eksekutif-eksekutif muda untuk memiliki rumah. Jika anda dapat membeli hartanah hari ini kenapa anda menunggu hari esok? bukan kah harga rumah-rumah semasa akan melonjak naik setiap tahun? jika anda dapat membeli hartanah hari ini lebih bagus dari menyesal untuk membeli hartanah yang lebih mahal keesokkan harinya.
Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah
No comments:
Post a Comment